LG Chem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
LG Chem
Nama dahulu
  • Lak Hui Chemical (1947-1966)
  • Lak Hui Chemical Industries (1966-1973)
  • Lucky Ltd. (1973-1995)
Awam
KSE: 051910, KSE: 051915
ISINKR7051910008 Edit this on Wikidata
IndustriBahan kimia
Ditubuhkan1947 (didaftarkan kembali sebagai badan undang-undang pada 2001)
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
KeluaranBahan mentah, bahan kimia, bahan elektronik dan teknologi maklumat, penyelesaian tenaga
Hasil US$ 20,4 bilion (2012)[1]
US$ 1,9 bilion (2010)[1]
Bilangan kakitangan
20.000+ (2015)
IndukLG Corporation
Laman web rasmi
lgchem.com

LG Chem Ltd. (Korea: LG화학), atau juga disebut LG Chemical, ialah syarikqt kimia terbesar di Korea[1] yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan. LG Chem merupakan syarikat kimia dengan jumlah penjualan terbesar ke-10 di dunia pada tahun 2017. Syarikat ini ditubuhkan dengan nama Lucky Chemical Industrial Corporation untuk menghasilkan kosmetik. Syarikat ini kini hanya terlibat dalam penjualan perniagaan-kepada-perniagaan, setelah pembahagian produk peruncitannya dipisahkan kepada LG Household & Health Care.

Syarikat ini memiliki lapan kilang di Korea Selatan serta 29 lokasi perniagaan di 15 negara, iaitu satu syarikat induk di China, 14 anak syarikat yang beroperasi dalam bidang perkilangan, lima anak syarikat yang bergiat aktif di bidang pemasaran, tujuh cawangan, dan dua pusat penyelidikan dan pembangunan.[petikan diperlukan] Financial Times melaporkan pada 2 April 2017, bahawa LG Chem akan mula menghasilkan bateri di China. Pada saat itu, China menyumbang sepertiga dari jumlah penjualan syarikat ini.[2] Pada bulan April 2019, LG Chem menuntut SK Innovation atas tuduhan mencuri rahsia dagang untuk menghasilkan bateri kenderaan elektrik.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "LG Chem Ltd". InsideView. Diarkibkan daripada yang asal pada September 11, 2013. Dicapai pada January 10, 2015.
  2. ^ Jung-a, Song (April 2, 2017). "LG Chem holds faith in China despite battery of obstacles". Financial Times. Dicapai pada April 3, 2017.
  3. ^ Lambert, Fred (April 30, 2019). "LG Chem sues SK Innovation over allegedly stealing electric car battery trade secrets". Electrek.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]