Kuomintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Naval Jack of the Republic of China.svg

Parti Kuomintang China (disingkatkan sebagai KMT) (Cina Tradisional: 中國國民黨, Cina Ringkas: 中国国民党, pinyin: Zhōngguó Guómíndǎng) [1], juga diterjemah sebagai Parti Kebangsaan China, ialah sebuah parti politik di Republik China yang kini berwilayahkan Taiwan, dan kini merupakan parti politik terbesar dari segi bilangan kerusi yang diduduki di Yuan Perundangan. KMT ialah sebuah ahli Kesatuan Demokrat Antarabangsa.

Bersama-sama Parti Keutamaan Rakyat dan Parti Baru China, KMT membentuk parti campuran Pan-Biru yang mendukung menyatuan semula dengan tanah besar China. Namun begitu, seperti mana yang dikenakan kepada lawannya Parti Progresif Demokratik, KMT terpaksa menyederhanakan pendiriannya dengan mendukung status politik dan status quo Taiwan masa kini.

Selaku parti politik tertua yang masih wujud di Asia,[2] KMT ditubuhkan di China pada tahun 1912 oleh Song Jiaoren dan Sun Yat-sen sejurus selepas Revolusi 1911. Kemudian di bawah pimpinan Chiang Kai-shek, KMT memerintah kebanyakan wilayah China sejak tahun 1928 sehingga pengundurannya ke Taiwan pada tahun 1949 setelah ditewaskan Parti Komunis China (CPC). Di Taiwan, KMT mengawal kerajaan di bawah sistem negeri satu parti sehinggalah pembaharuan yang dijalankan sejak 1970-an hingga 1990-an melonggarkan pegangan kuasanya. ROC pernah bersinonim dengan KMT dan memang dikenali sebagai "China Nasionalis" sempena parti pemerintahnya.

Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat parti KMT di Taipei, Taiwan
KMT mengendali pejabat-pejabat di semua Chinatown utama di dunia. Ibu pejabat parti di Amerika Syarikat terletak di Chinatown San Francisco, menghadap premis Chinese Six Companies.

Senarai pemimpin Kuomintang (1912-1914)[sunting | sunting sumber]

Presiden:

  1. Song Jiaoren (1912-1913)

Premier:

  1. Sun Yat-sen (1913-1914)

Senarai pemimpin Kuomintang China (1919-kini)[sunting | sunting sumber]

Premier:

  1. Sun Yat-sen (1919-1925)
  2. Zhang Renjie (1925-1926)

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat:

  1. Hu Hanmin (1927-1931)
  2. Wang Jingwei (1931-1933)
  3. Chiang Kai-shek (1933-1938) (mengisytiharkan diri)

Ketua Pengarah:

  1. Chiang Kai-shek (1926-1927)
    Kekosongan (1927-1935)
  2. Hu Hanmin (1935-1936)
    Kekosongan (1936-1938)
  3. Chiang Kai-shek (1938-1975)

Pengerusi:

  1. Chiang Ching-kuo (1975-1988)
  2. Lee Teng-hui (1988-2000)
  3. Lien Chan (2000-2005)
  4. Ma Ying-jeou (2005-2007)
  5. Wu Po-hsiung (2007) (sementara)
  6. Chiang Pin-kung (2007) (sementara)
  7. Wu Po-hsiung (2007-2009)
  8. Ma Ying-jeou (2009-kini)

Timbalan pengerusi kini[sunting | sunting sumber]

Senarai Setiausaha Agung Kuomintang China[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pusat:

  1. Yeh Ch'u-ts'ang (1926-1927)
  2. Post abolished (1927-1929)
  3. Chen Li-fu (1929-1931)
  4. Ting Wei-feng (1931)
  5. Yeh Ch'u-ts'ang (1931-1938)
  6. Chu Chia-hua (1938-1939)
  7. Yeh Ch'u-ts'ang (1939-1941)
  8. Wu Tieh-cheng (1941-1948)
  9. Cheng Yen-feng (1948-1950)

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pembaharuan Pusat:

  1. Chang Chi-yun (1950-1952)

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat:

  1. Chang Chi-yun (1952-1954)
  2. Chang Li-sheng (1954-1959)
  3. Tang Tsung (1959-1964)
  4. Ku Feng-hsiang (1944-1968)
  5. Chang Pao-shu (1968-1979)
  6. Chiang Yen-si (1979-1985)
  7. Ma Su-lei (1985-1987)
  8. Lee Huan (1987-1989)
  9. James Soong (1989-1993)
  10. Hsu Shui-teh (1993-1996)
  11. Wu Po-hsiung (1996-1998)
  12. Chang Hsiao-yen (1998-1999)
  13. Huang Kun-fei (1999-2000)
  14. Lin Fong-cheng (2000-2005)
  15. Chan Chuen-pao (2005-2007)
  16. Wu Tun-yi (2007-kini)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bergere, Marie-Claire; Janet Lloyd (2000). Sun Yat-sen. Stanford, California: Stanford University Press. ISBN 0-8047-4011-9. 
  • Roy, Denny (2003). Taiwan: A Political History. Ithaca, New York: Cornell University Press. ISBN 0-8014-8805-2. 

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Art 1, Party Charter, Kuomintang of China [1]
  2. http://media.hoover.org/documents/newsletter_2006spring.pdf

Bacaan Lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Chris Taylor, "Taiwan's Seismic shift," Asian Wall Street Journal, 4 Februari 2004 (tidak terdapat di Internet)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]