Penyatuan semula China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Penyatuan semula China, lebih tepat lagi "Penyatuan semula antara selat" (Cross-strait (re)unification), ialah suatu konsep iredentis China Raya yang berhasrat menyatukan Republik Rakyat China dan Taiwan kepada suatu negara berdaulat. Konsep ini dibangunkan pada tahun 1970-an sebagai salah satu strategi Parti Komunis China demi mendekati "isu [berkaitan] Taiwan" apabila China mula menjalinkan hubungan diplomatik bersama beberapa negara asing termasuk Amerika Syarikat[1] dan Jepun.[2]

Pandangan[sunting | sunting sumber]

Taiwan[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk Taiwan menyokong status quo sedia ada demi mengelakkan pergelutan bersenjata dengan China, namun ada sebahagian penduduk yang ingin menetapkan status Taiwan sebagai suatu entiti yang tersendiri yang memisahkan identiti Cinanya daripada entiti politik China (台灣正名運動, Taiwan zhengmin yundong).[3]

Penyatuan segera tidak disokong mana-mana parti politik dalam Taiwan. Pendirian Parti Dekat dengan Rakyat mahukan status quo dikekalkan manakala Kuomintang menyatakan keutamaan mempertahankan kedaulatan Republik China serta status "China yang satu" yang lebih memihak kepada pemerintah Republik China. Parti-parti tersebut yang membentuk "Pakatan Se-Biru" ini dilihat sebagai penyokong secara tradisi - yakni mereka mahu Taiwan mengaitkan budayanya sendiri dengan China tanpa melepaskan sebarang identiti negara yang tersendiri.

Tanah Besar China[sunting | sunting sumber]

Penduduk Tanah Besar mempunyai pendapat yang agak berkepincangan mengenai pedekatan ini, di mana banyak mengambil pertimbangan kawasan strategik Taiwan yang berdekatan dengan Laut China Selatan setra kerjasamanya dengan Amerika Syarikat]] yang dilihat bisa menggugat Republik Rakyat China.[4]

Banyak penduduk Tanah Besar riasu akan ancaman pergerakan Kemerdekaan Taiwan (“台独”) yang dilihat sama ada sebaagi puak pemisah radikal,[5] sebagai pihak yang ingin menunjukkan suatu "muka poliitk" berlagak kuat senata-mata sehingga menggadaikan pembangunan Taiwan.[6] Kerisauan ini semakin membuak dengan pelantikan Tsai Ing-wen dari Parti Progresif Demokratik yang mendokong pergerakan ini sebagai Presiden Taiwan, di mana polisi-polisi beliau dianggap bisa memecahbelahkan China serta memburukkan hubungan antara China dan Taiwan.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "U.S.-China Relations". Council on Foreign Relations (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 7 November 2017. 
  2. ^ Tao, Xie. "The Politics of History in China-Japan Relations". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 7 November 2017. 
  3. ^ Yu, Ching-hsin (15 Mac 2017). "The centrality of maintaining the status quo in Taiwan elections". Brookings (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 8 November 2017. 
  4. ^ 大陆的年轻人应该如何看待台湾,台湾人,台湾问题呢? - 知乎. www.zhihu.com (dalam bahasa Cina). Dicapai 7 November 2017. 
  5. ^ 真正的大陆人对台湾问题的看法_台湾_天涯论坛_天涯社区. bbs.tianya.cn. Dicapai 2017-11-07. 
  6. ^ 凯迪网络. [原创]关于台湾问题,大陆人必须明白的一句话…… 【猫眼看人】-凯迪社区. club.kdnet.net. Dicapai 2017-11-07. 
  7. ^ 中国大陆如何看待台湾的转型正义_观点-多维新闻网. news.dwnews.com. Dicapai 7 November 2017.