Pergi ke kandungan

La bohème

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)


La bohème[1] (sebutan "La Bo-vem") ialah opera empat babak arahan penggubah Giacomo Puccini untuk libreto Itali, ditulis bersama Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa, berdasarkan cerita Scènes de la vie de Bohème oleh Henri Murger.

Persembahan pertama La bohème dibuat di Teatro Regio (sekarang dikenali sebagai Teatro Regio Torino), di Turin, pada 1 Februari, 1896, di bawah pimpinan konduktor muzik yang muda Arturo Toscanini.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1946, lima puluh tahun selepas persembahan pertama tersebut, Toscanini sekali lagi menjadi konduktor muzik untuk persembahan La bohème untuk rancangan di radio Amerika Syarikat. Persembahan itu kemudiannya dirakamkan di dalam rekod dan juga cakera padat. Rakaman tersebut merupakan satu-satunya rakaman kerjaseni Puccini yang dibuat oleh konduktor asal opera.

Ruggiero Leoncavallo, seorang penggubah Itali juga membuat opera yang menggunakan nama La bohème tetapi membuat libretonya sendiri. La bohème arahan Leoncavallo dipersembahkan buat pertamakali pada 1897, lebih menumpukan kepada hubungan Musetta dan Marcello berbanding dengan hubungan Mimì dan Rodolfo di dalam opera Puccini.

La bohème arahan Leoncavallo sudah hampir hilang masakini tetapi opera Puccini kekal sehingga ke hari ini, malah menurut Persatuan opera Amerika, La bohème arahan Puccini adalah opera nombor 2 yang paling kerap dipersembahkan di Amerika utara, [2],hanya satu tangga di bawah Madama Butterfly, yang juga hasil karya Puccini.

Poster asal
Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
Mac 19, 1896
(Konduktor: Arturo Toscanini)
Rodolfo, seorang pemuisi tenor Evan Gorgo
Mimì, tukang jahit soprano Cesira Ferrani
Marcello, pelukis bariton Tieste Wilmant
Schaunard, ahli muzik bariton Antonio Pini-Corsi
Colline, ahli falsafah bes Michele Mazzara
Musetta, penyanyi soprano Camilla Pasini
Benoît, tuan tanah bes Alessandro Polonini
Alcindoro, ahli canselor bes Alessandro Polonini
Parpignol, penjual mainan tenor Dante Zucchi
Polis berpangkat sarjan bes Felice Fogli
Para pelajar, wanita-wanita berkerja, penduduk kawasan tersebut, tuan–tuan punya kedai,
penjual jalanan,askar-askar,pelayan-pelayan,kanak-kanak

Aria-aria terkenal

[sunting | sunting sumber]
  • "Che gelida manina" - Rodolfo dalam Babak I
  • "Sì, mi chiamano Mimì" - Mimì dalam Babak I
  • "O soave fanciulla" - Rodolfo & Mimì dalam Babak I
  • "Quando me'n vo soletta per la via" - Musetta dalam Babak II
  • "Donde lieta uscì al tuo grido d'amore" - Mimì dalam Babak III
  • "O Mimì, tu più non torni" - Rodolfo & Marcello dalam Babak IV
  • "Vecchia zimarra" - Colline dalam Babak IV
  • "Sono andati? Fingevo di dormire" - Mimì dalam Babak IV
  • "Gichi Macko a culcha candela masiro e passer" - Mimi Bualetto V
  1. ^ Tajuk diambil dari bahasa Perancis walaupun kesemua arianya dinyanyikan di dalam bahasa Itali, sebutan IPA: [labɔɛm] merujuk kepada cara hidup orang bohemia dari negara Republik Czechoslovakia.
  2. ^ "Top 20 dari laman OPERA America". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-13. Dicapai pada 2007-09-28.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]