Lanun Malaysia (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lanun Malaysia
Kulit buku edisi pertama
Umum
PengarangEmilio Salgari
Tajuk asal
I pirati della Malesia
NegaraItali
BahasaItali
GenreNovel kembara
Penerbitan
PenerbitDonath
Tarikh penerbitan
1896
Jenis media
Cetak
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN NA Invalid ISBN
OCLC176915923

Lanun Malaysia (Itali: I pirati della Malesia) ialah novel kisah kembara karya penulis Itali Emilio Salgari dan diterbitkan dalam tahun 1896. Novel ini menampilkan Sandokan, watak Salgari nya yang paling masyhur.

Salgari menggunakan penulisan Henry Keppel, A Visit to the Indian Archipelago in H.M. Ship Maeander: With Portions of the Private Journal of Sir James Brooke, K.C.B. sebagai buku sumber buat novelnya.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kapal Young India yang sedang dalam perjalanan ke Sarawak dilanda taufan dan karam dekat Mompracem, Borneo. Lanun yang menyerang kapal karam itu ketemu Kammamuri, seorang pendekar yang berani. Kammamuri dipelawa menyertai lanun oleh sebab keberaniannya. Kammamuri sedang berusaha membebaskan tuannya, Tremal-Naik yang telah dibeloti dan dipenjara di Sarawak oleh The Exterminator (pembasmi), Rajah James Brooke dari Sarawak. Pembasmi lanun ini berniat menghantar Tremal-Naik ke sebuah pulau penjara yang teruk.

Sandokan and Yanez, dua protagonis novel Sandokan pulang menentang angkatan James Brooke, "Si Pembasmi". Sandokan dan orang-orangnya menawan kapal api dan memasuki pelabuhan di Sarawak. Namun, mereka termasuk perangkap Rajah Brooke dan terpaksa melepaskan diri daripada buruan Rajah Brooke sebelum dapat membantu Kammamuri. Kisah juga dirumitkaan dengan kehadiran Lord James Guillonk yang telah bersumpah akan membunuh Sandokan kerana Sandokan telah merampas anak buahnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai terjemahan[sunting | sunting sumber]

Versi bahasa Malaysia
  • Sandokan: Lanun Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku Malaysia. 2010. ISBN 9789830685335.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sandokan