Lanyrd (Sistem direktori persidangan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lanyrd
Maklumat umum
URLlanyrd.com
JenisPengurusan acara, Rangkaian Sosial
Ditubuhkan2010 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PengasasSimon Willison, Natalie Downe
Kandungan dan sokongan
KomersialYa
Dilancarkan pada2010; 14 tahun yang lalu (2010)
Status terkiniTidak lagi dalam perkhidmatan
Perangkaan
Kedudukan Alexa161,739 (30 November 2017) Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lanyrd (disebut dan dinamakan sempena "lanyard" ) ialah sebuah tapak laman web direktori untuk acara persidangan akademik. Ia dicipta oleh Simon Willison dan Natalie Downe dan dilancarkan pada tahun 2010. [1] Laman web ini dicipta semasa pasangan itu sedang berbulan madu. [2]

Sistem laman web ini menyusun catatan blog, foto dan liputan daripada acara persidangan dan memastikan ia teratur mengikut sesi dan penceramah. Pengguna di laman web akan dikenal pasti melalui API Twitter dan acara dikongsikan kepada pengguna berdasarkan kenalan mereka di Twitter. Syarikat itu menerima sebanyak $1.4 juta dalam pembiayaan pemula pada September tahun 2011, [3] setelah mengambil bahagian dalam program inkubator permulaan anjuran Y Combinator . [4] [5] Syarikat itu berpangkalan di kawasan Bulatan Jalan Lama di London . [6]

Pada Oktober tahun 2011, Lanyrd melancarkan aplikasi dalam sistem iOS untuk peranti iPhone dan iPod Touch . [7]

Untuk membantu peserta pada persidangan SXSW Interactive pada tahun 2012 di Austin, Texas, Lanyrd telah melancarkan sesi persidangan dengan penyenaraian tapak laman web khas dengan menyenaraikan senarai penceramah, dan membenarkan individu melihat rakan mereka dari Twitter yang menghadiri atau bercakap pada sesi yang dijadualkan. [8] Mereka juga menyediakan data SXSW dalam bentuk iPhone dan aplikasi web mudah alih. [9] [10] Di samping itu, Lanyrd menghasilkan plugin untuk pelayan laman web Google Chrome, Firefox, Opera dan Safari. Lanyrd juga memberi fungsi untuk menapis tweet yang menyebut SXSW atau daripada peserta SXSW. [11] Laman web ini menjadi alat yang berguna untuk mengaggregatkan aktiviti persidangan.

Pada September tahun 2013, Lanyrd telah diperolehi oleh syarikat Eventbrite . [12] [13] Selepas pemerolehan, url laman web lanyrd.com tidak lagi berfungsi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MacManus, Richard (5 September 2011). "Happy Appiversary, Lanyrd". ReadWriteWeb. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 January 2012. Dicapai pada 6 January 2012.
  2. ^ Johnson, Bobbie (9 September 2011). "How Lanyrd went from Casablanca to conference circuit". GigaOm.
  3. ^ Butcher, Mike (6 September 2011). "Lanyrd Secures $1.4 million In Seed Funding To Make Conferences More Social". TechCrunch.
  4. ^ Roush, Wade (11 April 2011). "Lanyrd: Twitter Meets LinkedIn Meets IMDB for the Conference Circuit". Xconomy.
  5. ^ Myers, Courtney Boyd (31 January 2011). "Lanyrd launches to change the conference landscape using Twitter". The Next Web.
  6. ^ Lindberg, Oliver (9 September 2011). ".net awards 2011: top 10 developers".
  7. ^ Lanyrd for iPhone, on iOS 4 and iOS 5, Lanyrd blog
  8. ^ Boyd Myers, Courtney (6 March 2012). "Lanyrd leverages Twitter to show you which SXSWi panels you should attend". The Next Web. Dicapai pada 12 March 2012.
  9. ^ Dao, Alex (8 March 2012). "Companies Aim To Get Noticed at SXSW with New Offerings". BetaKit. Dicapai pada 12 March 2012.
  10. ^ Rowinski, Dan (31 January 2012). "How Lanyrd Uses HTML5 for a Great Mobile Web App". ReadWriteWeb. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2012. Dicapai pada 12 March 2012.
  11. ^ Butcher, Mike (22 February 2012). "How To Temporarily Silence All Those Annoying Twitterers At SXSW". TechCrunch. Dicapai pada 12 March 2012.
  12. ^ Lanyrd acquired by Eventbrite, Lanyrd blog
  13. ^ Ha, Anthony. "Making Its First Acquisitions, Eventbrite Buys Ticketing Service Eventioz And Event Data Company Lanyrd". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]