Larian Sempadan Antarabangsa 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Larian Sempadan Antarabangsa 2010 diadakan di titik sempadan Padang Besar, Perlis pada 17 April 2010. Larian ini diadakan sempena Hari Polis Malaysia ke-203. Larian ini diharap menjadi pemangkin hubungan erat penduduk sempadan Malaysia-Thailand.

Seramai 500 peserta termasuk 100 peserta dari Thailand turut menyertainya.Peserta akan berlari sejauh antara tiga dan lapan kilometer . Ada 9 kategori termasuk kategori antarabangsa. Larian bermula dari Arked Niaga Padang Besar dan berakhir di Ibu Pejabat Daerah Polis Padang Besar. Pelepas larian ialah Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun dan Gabenor Wilayah Satun, Sumeth C.Vatnikul.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]