Padang Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Padang Besar
ڤدڠ بسر

(Mukim Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis)
巴东勿刹
Nama panggilan: Padang, PB, Pekan Sempadan,Syurga Beli Belah
Padang Besarڤدڠ بسر yang terletak di Malaysia
Padang Besar
ڤدڠ بسر
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 6°39′38″N 100°19′18″E / 6.66056°U 100.32167°T / 6.66056; 100.32167
Negara Malaysia
Negeri Perlis
Kerajaan
 • DUN Yip Soon Onn
Populasi (2008)
 • Jumlah Sekitar 10,000 orang
Zon waktu MST (UTC+8)
Poskod 02100
Kod kawasan 04

Padang Besar merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia bersempadan dengan Wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar (ปาดังเบซาร์), yang mana sering dirujuk sebagai "Pekan Siam" oleh masyarakat tempatan.

Bandar ini menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana terdapat pasar terbuka yang bebas beroperasi antara dua negara.

Padang Besar terletak dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Ahli parlimen Padang Besar adalah Y.B. Datuk Zahidi Zainul Abidin, dari parti UMNO.[1]

Keretapi tren ETS juga telah berakhir di Padang Besar dan banyak membantu masyarakat sini. Pada zaman ini, perjalanan ke Kangar dan Kuala Lumpur adalah mengambil masa lebih kurang 5 jam menghubungai bandar terakhir Malaysia ini dan ibu negeara. Jadi, jam diambil sampai ke destinasi keretapi laju Malaysia ini adalah serentak dengan jam keretapi laju di China iaitu dari Shanghai ke Beijing.

Keretapi tren ETS ini juga telah memudahkan perjalanan Padang Besar ke Arau dan Kangar supaya tiba dengan cepat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]