Lateen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Layar bentuk lateen yang digunakan pada kapal layar kecil.

Lateen (daripada bahasa Inggeris, lateen, daripada bahasa Perancis, latine, bermaksud "Latin"[1]) atau "tali-menali Latin" ialah layar bentuk tiga segi yang dipasang pada yard (spar pada bahagian bawah layar) dan diletak senget (bersudut) pada tiang layar. Duduknya mengikut arah luan-buritan.

Layar lateen berasal daripada zaman Rom kuno dan sering dijumpai di wilayah Laut Mediterranean, Sungai Nil, dan wilayah barat laut Lautan Hindi di mana ia merupakan tali-menali standard buat kapal dhow dan falukah. Layar lateen masih digunakan sebagai tali-menali kapal ikan di Mediterranean, dan ia terkenal di kalangan pengguna bot layar kecil seperti dingi.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]