Laut Weddell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laut Weddell ("Weddell Sea") sebagai sebahagian daripada Lautan Selatan

Laut Weddell adalah sebahagian daripada Lautan Selatan yang mengandungi Gir Weddell. Sempadan tanahnya ditetapkan oleh teluk yang terbentuk dari pantai Tanah Coats dan Semenanjung Antartika. Titik paling timur adalah Tanjung Norvegia di Pantai Puteri Martha, Tanah Permaisuri Maud. Ke timur Tanjung tersebut ialah Laut Raja Haakon VII. Banyak bahagian selatan laut dilitupi lapangan pentas ais yang besar dan kekal iaitu Pentas Ais Filchner-Ronne (bukan pek ais). Laut ini dikelilingi dua wilayah Antartik tuntutan Argentina (Argentina Antartika) dan Britain (Wilayah Antartika British) yang bertindih, serta juga separanya dalam wilayah tuntutan Chile (Wilayah Antartika Chile). Lebar paling luas laut ini adalah sekitar 2,000 km (1200 batu), dan kawasan ini sekitar 2.8 juta kilometer persegi.[1]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Laut ini dinamakan sempena James Weddell, seorang pelaut Scotland yang pertama kalinya memasuki laut pada tahun 1823 serta dahulunya menamakan laut ini sempena Raja George IV; ia dinamakan semula sempena Weddell pada tahun 1900.[2] Juga di 1823, seorang kapten penangkap anjing laut Amerika Syarikat iaitu Benjamin Motto mendakwa telah melihat tanah pada sekitar 10-12° di timur laut sempadan timur sebenar lautan ini. Beliau memanggil kawasan ini New South Greenland (Greenland Selatan Baru), namun kewujudan tempat ini telah disangkal ketika laut ini lebih dijelajahi sepenuhnya pada awal abad ke-20. Weddell mampu berlayar ke arah selatan sehingga sejauh 74°S; iaitu pelaaran paling ke selatan yang pernah dicapai sehingga pelayaran telah dibuat oleh William Speirs Bruce pada tahun 1903.

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Lautan Weddell banyak ikan paus dan anjing laut. Fauna laut yang khusus didapati termasuk anjing laut Weddell dan paus pembunuh, paus kelasa, paus minke, anjing laut leopard, dan anjing laut pemakan ketam (crabeater seal) yang sering dilihat pada dalam pelayaran ke lautan ini.

Penguin Adélie adalah spesies penguin yang dominan di kawasan terpencil ini kerana kebolehan ia membiasakan diri kepada persekitaran yang sukar di sana. Sebuah koloni yang mengandungi lebih 100,000 pasangan Adélie boleh didapati di Pulau Paulet.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota

  1. ^ "Weddell Sea". Encyclopædia Britannica. Dicapai Julai 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ Smith (2004), m/s. 38