Lee Da-hae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Byun. Dalam nama panggung atau nama pena, nama keluarga ialah Lee.
Lee Da-hae
Lee Da-Hae in IRIS2 Press.jpg
KelahiranByun Da-hae
(1984-04-19) 19 April 1984 (umur 34)
Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Nama lainLee Da-hey
PendidikanTeater dan Perfileman
Pusat pendidikanUniversiti Konkuk[1]
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2001–sekarang
EjenFNC Entertainment
(2014–2016)
JS Pictures
(2016–sekarang)
Nama Korea
Hangul이다해
Hanja
Perumian SemakanI Dahae
McCune–ReischauerRi Tahae
Nama lahir
Hangul변다혜
Hanja
Perumian SemakanByeon Dahye
McCune–ReischauerPyŏn Tahye

Lee Da-hae atau Lee Da-hey (lahir Byun Da-hae pada 19 April 1984) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau terkenal menerusi lakonannya di dalam drama My Girl (2005), Green Rose (2005), The Slave Hunters (2010), Miss Ripley (2011) dan Hotel King (2014).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Byun Da-hae lahir di Seoul, Korea Selatan. Ketika masih belajar di sekolah rendah, beliau dan keluarganya berpindah Sydney, Australia. Ketika membesar di sana, beliau membuat persembahan tarian tradisional Korea di hadapan penonton. Selepas tamat pembelajaran dari Sekolah Tinggi Perempuan Burwood, beliau kembali ke Korea pada tahun 2001 untuk mengejar kerjaya dalam bidang lakonan. Beliau tinggal bersama ibunya di Seoul manakala bapa dan abangnya masih menetap di Sydney.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Byun membuat penampilan pertamanya dalam industri hiburan apabila beliau memenangi Pertandingan Ratu Cantik Miss Chunhyang ke–71 pada tahun 2001. Menggunakan nama pentas Lee Da-hae, beliau mula muncul sebagai watak kecil dan sokongan di dalam drama.

Pada tahun 2004, Lee dipilih sebagai watak utama dalam drama Lotus Flower Fairy (juga dikenali sebagai Heaven's Fate[3]).[4] Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke–41 untuk persembahan lakonannya.

Pada tahun 2005, beliau muncul di dalam drama Green Rose dan My Girl.[5] Drama My Girl berjaya melonjakkan populariti beliau di peringkat domestik dan Asia.

Beliau kembali ke dalam genre romantik komedi pada tahun 2007 menerusi drama Hello! Miss.[6] Pada tahun 2008, beliau membintangi drama Robber. Pada tahun yang sama, Lee dipilih sebagai watak utama dalam drama East of Eden.[7] Beliau meninggalkan drama ini semasa episod 40.[8][9]

Lee menyertai J. Tune Entertainment pada tahun 2009. Beliau muncul dalam video muzik untuk lagu "Pas de Deux" bersama penyanyi/pelakon Taiwan, Wilber Pan. Beliau juga menyambung pelajaran di Universiti Konkuk di dalam Teater dan Perfileman.

Pada tahun 2010, Lee membintangi drama The Slave Hunters sebagai Un-nyun.[8] Lee kemudiannya membuat penampilan kameo dalam The Fugitive: Plan B.

Beliau kemudiannya dipilih sebagai watak utama untuk filem Gabi, adaptasi novel Russian Coffee oleh Kim Tak-hwan. Lee bersetuju untuk membintangi filem ini menerusi perjanjian lisan,[10] tetapi selepas beliau menarik diri daripada projek ini sepuluh hari selepas penggambaran bermula, syarikat Ocean Film menyaman beliau kerana melanggar kontrak. Pada bulan September 2012, mahkamah membuat keputusan memihak kepada plaintif, mengarahkan Lee untuk membayar ₩21 juta (AS$19,000) ganti rugi 40% liabiliti.[11] Lee digantikan oleh Kim So-yeon.

Pada bulan Februari 2011, beliau mengacarakan Anugerah Seni dan Budaya Seoul.[12] Pada tahun yang sama, Lee membintangi drama Miss Ripley.

Lee yang fasih dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin mempunyai jumlah peminat yang besar di China dengan lebih daripada enam juta pengikut dalam mikroblog Weibo. Beliau membuat penampilan drama China pertamanya pada tahun 2012.[13][14] Pelakon wanita Korea Selatan sebelum ini yang muncul dalam penerbitan China bercakap skrip dalam Bahasa Korea dan kemudiannya dialih suara tetapi Lee bekerja keras untuk menguasai bahasa dan menghafal sepenuhnya skrip, menjadikannya pelakon wanita Korea Selatan pertama untuk berlakon dalam Bahasa Mandarin.[15] Lee membintangi Love Recipe bersama pelakon Taiwan, Joe Cheng.[16][17] Drama ini dirakam di Shanghai dan disiarkan menerusi saluran Hunan TV.[18] Juga pada tahun itu, kontrak beliau bersama DBM Entertainment berakhir dan beliau menyertai agensi baru, Forestar Entertainment.[19][20]

Lee kembali membintangi drama Korea pada tahun 2013 menerusi Iris II.[21][22] Ini merupakan kali ketiga beliau membintangi bersama Jang Hyuk selepas Robber (2008) dan The Slave Hunters (2010).[23]

Pada bulan Disember 2013, Lee menfailkan tuduhan fintah terhadap pengguna internet yang menyebarkan khabar angin yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pelacuran selebriti.[24][25] Pendakwa membersihkan nama Lee daripada tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa beliau bukan daripada salah seorang selebriti yang sedang disiasat.[26][27]

Lee menandatangani kontrak bersama agensi baru, FNC Entertainment pada tahun 2014.[28][29] Beliau bersatu semula bersama bintang My Girl, Lee Dong-wook dalam drama Hotel King.[30][31] Selepas Hotel King berakhir, Lee mendapat tujuh kontrak pengiklanan bersama jenama di seluruh Asia.[32]

Lee dipilih untuk membintangi drama Korea-China, Best Couple. Ia merupakan siri TV pertama yang diterbitkan oleh syarikat China, Alibaba dan disiarkan di China pada awal tahun 2016.[33]

Pada bulan April 2016, Lee meninggalkan FNC Entertainment dan menandatangani kontrak bersama JS Pictures.[34]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2002 Park Jong-cheol, a Fine Young Man
(순수청년 박종철)
Lee Eun-joo MBC
Ling Ling (링링) Song Eun-ha MBC
2003 Good News (기쁜 소식) MBC
2004 Sweet 18 (낭랑18세) Moon Ga-young KBS2
Star's Echo (별의 소리) Ji-young MBC / Fuji TV
Lotus Flower Fairy / Heaven's Fate (왕꽃 선녀님) Yoon Cho-won MBC
2005 Green Rose (그린로즈) Oh Soo-ah SBS
My Girl (마이걸) Joo Yoo-rin SBS
2007 Hello! Miss (헬로 애기씨) Lee Su-ha KBS2
2008 Robber (불한당) Jin Dal-rae SBS
East of Eden (에덴의 동쪽) Min Hye-rin MBC
2010 The Slave Hunters (추노) Un-nyun / Kim Hye-won KBS2
The Fugitive: Plan B (도망자 Plan B) Hye-won (kameo) KBS2
Haru: An Unforgettable Day in Korea (하루) Penulis skrip
2011 Miss Ripley (미스 리플리) Jang Mi-ri MBC
2012 Love Recipe / Love Actually (愛的蜜方) Wang Xiao Xia Hunan TV
2013 Iris II (아이리스 2) Ji Soo-yeon KBS2
2014 Hotel King (호텔킹) Ah Mo-ne MBC
2016 Best Couple (최고의커플) (最佳情侣) Choi Hwan-young Hunan TV

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2013 Running Man Tetamu (episod 82–83) SBS
2016 Tetamu (episod 289–290)
2017 Guesthouse Daughters Ahli (episod 1–sekarang) KBS2

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Artis
2002 "Someday" J-Walk
2007 "I Love Rock 'n' Roll" (versi Korea) Lee Da-hae
2008 "Memory" Kim Bum-soo
2009 "Pas de Deux" Wilber Pan
"Today's Horoscope" (오늘의 운세) Kim Hyung-joong
2010 "I Will Move Away" (비켜줄께) Browneyed Soul

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Nota
2006 "If You are Willing To" (당신이 원하신다면) lagu dari runut bunyi My Girl
2007 "I Love Rock 'n' Roll" (versi Korea)
2008 "Can, Can, Can!"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2001 Pertandingan Miss Chunhyang ke–71 N/A N/A Menang
2004 Anugerah Drama MBC Pelakon Baru Wanita Terbaik Lotus Flower Fairy Menang
2005 Anugerah Seni Baeksang ke–41 Pelakon Baru Wanita Terbaik untuk TV Menang
Anugerah Drama SBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Istimewa Green Rose Menang
2005 Anugerah Drama SBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Istimewa My Girl Menang
2006 Anugerah Drama SBS 10 Bintang Teratas My Girl Menang
2007 Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Minisiri Hello! Miss Menang
2008 Anugerah Drama MBC Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita East of Eden Dicalonkan
Anugerah Drama SBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Istimewa Robber Dicalonkan
2009 Anugerah Festival Model Asia ke–4 Anugerah Bintang Popular N/A Menang
2010 Hari Penjimatan ke–47 Petikan Presiden untuk Penjimatan N/A Menang
Anugerah Fesyen China Pemimpin Fesyen Asia[35] N/A Menang
Anugerah Drama KBS Anugerah Pasangan Terbaik bersama Jang Hyuk The Slave Hunters Menang
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang Dicalonkan
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Dicalonkan
2011 Anugerah Festival Model Asia ke–6 Anugerah Bintang Asia N/A Menang
Anugerah Asia Buzz Yahoo! Bintang Teratas Wanita Korea N/A Menang
Anugerah Hiburan dan Budaya Korea ke–19 Daesang (Anugerah Utama) untuk Lakonan di dalam Drama Miss Ripley Menang
Anugerah Drama MBC Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Minisiri Dicalonkan
2012 Anugerah Filem dan Drama LeTV ke–3 Pelakon Wanita Terbaik di dalam Drama TV[36] Love Actually Menang
2013 Anugerah Festival Model Asia ke–8 Anugerah Bintang Asia N/A Menang
Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang Iris II Dicalonkan
2014 Anugerah Drama MBC Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Projek Istimewa Hotel King Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "이다해". Naver Profiles. Dicapai 2011-08-06. 
  2. ^ "Goodwill Ambassadors". Australia-Korea Year of Friendship 2011. Diarkibkan daripada asal pada 2011-05-13. Dicapai 2014-02-25. 
  3. ^ "Heaven's Fate". MBC Global Media. Dicapai 2014-02-25. 
  4. ^ Lee, Jin-yeong (2004-05-04). "Kim Sung-tak to Play Lead In MBC's Fairy of the Flower King". The Dong-a Ilbo. Dicapai 2014-02-25. 
  5. ^ Shin, Hae-in (2005-12-12). "An 'irresistible trickster' to meet viewers in My Girl". The Korea Herald. Dicapai 2014-02-25. 
  6. ^ Lee, Min-a (2007-03-20). "Lee returns to romantic comedies". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2014-02-25. 
  7. ^ Han, Sang-hee (2008-08-19). "TV Dramas Gear Up for Post-Olympics Race". The Korea Times. Dicapai 2014-02-25. 
  8. ^ a b Han, Sang-hee (2010-01-05). "Heroines Line Up for Dramas in 2010". The Korea Times. Dicapai 2014-02-25. 
  9. ^ "Lee Da Hae opens up on leaving East of Eden". Allkpop. 2009-05-20. Dicapai 2015-09-11. 
  10. ^ Kim, Heidi (2010-12-30). "Joo Jin-mo and Lee Da-hae cast in new historical film". TenAsia. Dicapai 2014-02-25. 
  11. ^ "Lee Da Hae's lawsuit has came to a final decision and she is responsible to pay Ocean Film for their partial loss". Korea Star Daily via Yahoo!. 2012-09-04. Dicapai 2014-02-25. 
  12. ^ "Lee Da Hae vents about her wardrobe mishap at the Seoul Arts and Culture Awards". Allkpop. 2011-03-01. Dicapai 2014-02-25. 
  13. ^ Park, Eun-jee (2012-08-10). "Lee Da-hae to debut on Hunan TV". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2014-02-25. 
  14. ^ "Actress Lee Da-hae Meets Fans in China". The Chosun Ilbo. 2011-08-25. Dicapai 2014-02-25. 
  15. ^ "Lee Da-hae Displays Language Skills in Chinese Soap". The Chosun Ilbo. 2012-04-07. Dicapai 2014-02-25. 
  16. ^ Hong, Lucia (2012-03-02). "Lee Da-hae to play female lead in Chinese TV series". TenAsia. Dicapai 2014-02-25. 
  17. ^ Lee, Eun-ah (2013-08-08). "Lee Da-hey's Chinese Drama to Premiere in Korea". TenAsia. Dicapai 2014-02-25. 
  18. ^ Hong, Lucia (2012-04-06). "Lee Da-hae's Chinese TV series to begin air in August". TenAsia. Dicapai 2014-02-25. 
  19. ^ "이다해(Lee Da Hey)". Forestar Entertainment. Dicapai 2014-02-25. 
  20. ^ Hong, Lucia (2012-02-29). "Lee Da-hae signs with Jung Suk-won's agency". TenAsia. Dicapai 2014-02-25. 
  21. ^ "Lee Da Hae's Interview With Marie Claire (Part 1)". Hallyu Interview. 2013-03-12. Dicapai 2014-02-25. 
  22. ^ "Lee Da Hae's Interview With Marie Claire (Part 2)". Hallyu Interview. 2013-03-12. Dicapai 2014-02-25. 
  23. ^ Sunwoo, Carla (2012-09-21). "Jang Hyuk and Lee Da-hae to star in Iris 2". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2014-02-25. 
  24. ^ Lee, Sun-min (2013-12-18). "Stars sue to stop rumors". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2014-02-25. 
  25. ^ Bae, Ji-sook (2013-12-23). "Celebrities want rumormongers rooted out". The Korea Herald. Dicapai 2014-02-25. 
  26. ^ "Actresses cleared of prostitution allegations". The Korea Times. 2013-12-19. Dicapai 2014-02-25. 
  27. ^ Park, Si-soo (2013-12-20). "Stars declare war on rumor-mongers". The Korea Times. Dicapai 2014-02-25. 
  28. ^ Lee, Cory (2014-01-06). "Actress Lee Da-hey Joins FNC Entertainment". TenAsia. Dicapai 2014-02-25. 
  29. ^ Lee, Sun-min (2014-01-07). "New Year brings new agencies". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2014-02-25. 
  30. ^ Kim, Jessica (2014-02-13). "Lee Dong-wook, Lee Da-hae to Star in New Series". TenAsia. Dicapai 2014-02-25. 
  31. ^ Lee, Min-ji (2014-03-27). "Hotel King Lee Dong Wook and Lee Dae Hae Praise Each Other". enewsWorld. Dicapai 2014-03-30. 
  32. ^ "Lee Da-hae lands seven commercials". Hancinema. 2014-08-06. Dicapai 2015-03-04. 
  33. ^ Jin, Min-ji (2015-08-15). "Lee Da-hey mulling new role". Korea JoongAng Daily. Dicapai 2015-10-19. 
  34. ^ Be, So-dam (2016-04-06). "이다해, 결국 JS픽쳐스와 전속계약 확정[공식입장]". OSEN. Dicapai 2016-04-06. 
  35. ^ Kim, Heidi (2010-11-30). "Actress Lee Da-hae wins China Fashion Awards". TenAsia. Dicapai 2014-02-25. 
  36. ^ Ho, Stewart (2012-10-12). "Lee Da Hae Wins Best Actress Award at China's 3rd LETV Movie and Drama Awards". enewsWorld. Dicapai 2014-02-25. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]