Legally Blonde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Legally Blonde
PengarahRobert Luketic
Lakon layar
BerdasarkanLegally Blonde oleh
Amanda Brown
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiAnthony B. Richmond
Disunting olehAnita Brandt-Burgoyne
Muzik olehRolfe Kent
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMetro-Goldwyn-Mayer
Tarikh tayangan
  • 13 Julai 2001 (2001-07-13)
Masa tayangan
96 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$18 juta
Pecah panggung$141.8 juta

Legally Blonde merupakan filem komedi Amerika Syarikat 2001 yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama oleh Amanda Brown. Ia diarahkan oleh Robert Luketic, skrip oleh Karen McCullah Lutz dan Kirsten Smith, serta dibintangi olehi Reese Witherspoon, Luke Wilson, Selma Blair, Matthew Davis, Victor Garber, dan Jennifer Coolidge.

Filem ini telah dilancarkan pada 13 Julai 2001, dan menerima kritikan positif dari pengkritik. Ia telah dicalonkan dalam Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik: Muzikal atau Komedi.[2] dan berada di tangga ke-29 oleh Bravo menerusi senarai 100 filem lucu pada tahun 2007.[3] Witherspoon turut menerima pencalonan Golden Globe menerusi Pelakon Wanita Terbaik - Muzikal atau Komedi; dan MTV Movie Awards 2002 untuk Persembahan Wanita Terbaik.

Kejayaan filem ini telah menghasilkan kesinambungannya pada tahun 2003 Red, White & Blonde, dan 2009 Legally Blondes. Selain itu, Legally Blonde: The Musical yang dibintangi oleh Laura Bell Bundy telah bermula pada 23 Januari 2007 di San Francisco dan 29 April 2007 di Bandar Raya New York.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Elle Woods merupakan pelajar jurusan fesyen yang mahu menambat semula hati bekas teman lelakinya, Warner Huntington III. Elle telah memasang hasrat untuk memasuki Sekolah Undang-Undang Harvard dan pelbagai usaha telah dilakukan olehnya termasuklah mendapat skor 179 bagi melayakkannya memasuki Harvard, di mana Warner turut belajar. Di Harvard, personalitinya yang berbeza berbanding pelajar lain. Elle juga telah bertemu dengan Vivian Kensington yang telah menjadi tunangan Warner. Vivian tidak selesa dengan kehadiran Elle dan telah memalukan Elle dengan menjemput Elle ke "parti kostum" yang sebenarnya hanyalah parti biasa. Elle telah memaklumkan kepada Warner bahawa dia ingin memohon program latihan amali di syarikat Profesor Callahan, namun diperlekeh oleh Warner. Elle sedar bahawa Warner tidak akan kembali kepadanya dan Elle mula berubah untuk menjadi lebih baik. Beberapa bulan selepas perubahan dramatik, Elle diterima menyertai program latihan amali di syarikat guaman Callahan bersama-sama dengan Warner dan Vivian. Mereka diarahkan untuk turut sama-sama dalam kes melibatkan pembunuhan suami kepada Brooke Windham, idola kecantikan Elle. Brooke telah menafikan penglibatannya dan telah dipercayai oleh Elle. Callahan pula ragu-ragu dengan Brooke memandangkan tiada alibi. Pada suatu hari, Callahan telah menggoda Elle di dalam pejabatnya dan ini telah membuatkan Elle berhenti dari mengikuti latihan amali di firma guaman Callahan. Mengetahui hal ini, Brooke telah bertindak memecat Callahan dari menjadi peguam belanya dan bertindak melantik Elle mewakili dirinya. Pada mulanya Elle kelihatan kekok, namun akhirnya berjaya membebaskan Brooke setelah didapati anak tiri Brooke adalah pembunuh sebenar. Dua tahun kemudian, Elle diberi penghargaan untuk berucap di hari graduasinya. Dia dan Vivian menjadi teman rapat. Elle juga turut bertemujanji dengan Emmett.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Legally Blonde (12)". British Board of Film Classification. August 6, 2001. Dicapai pada October 31, 2016.
  2. ^ Jamie Allen / CNN (2001). "CNN.com - Globes: 'Beautiful,' 'Moulin' golden - December 20, 2001". Edition.cnn.com. Dicapai pada 2016-03-12.
  3. ^ "BRAVO 100 Funniest Movies". The Film Spectrum. Dicapai pada 2016-03-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]