Legion Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pasukan Legion Arab Tahun 1940-an
Lencana Pasukan Legion Arab

Legion Arab (al-Jaysh al-Arabī) adalah pasukan bersenjata Transjordan yang kemudiannya dijadikan asas kepada pembentukan Tentera Jordan.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Pasukan legion Arab ditubuhkan dalam tahun 1921 oleh Leftenan Kolonel Frederick Gerard Peake sebagai satu pasukan polis bersenjata yang ditugaskan untuk menjaga keamanan di kalangan puak-puak dan suku kaum di wilayah Transjordan dan untuk menjaga keselamatan di sepanjang jalan raya utama Baitulmuqaddis - Amman. Pada mulanya, pasukan ini hanya mempunyai kekuatan 150 orang anggota. Kebanyakannya ditugaskan di sepanjang jalan raya Baitulmuqaddis - Amman.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1939, John Bagot Glubb, yang lebih dikenali sebagai Glubb Pasha mengambil alih pemerintahan pasukan ini dan secara beransur-ansur melatih pasukan ini menjadi pasukan tentera terbaik di bumi Arab.

Semasa Perang Dunia II, Legion Arab membantu usaha perang Britain dengan memerangi sekutu-sekutu Nazi di medan Timur Tengah, dan seterusnya memainkan peranan penting dalam kempen Syria - Lebanon dan di semasa Perang Iraq-Inggeris. Kedua-dua kempen tersebut membawa kejayaan besar kepada Tentera British.

Selepas Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Arab-Israel tahun 1948, pasukan Legion Arab merupakan pasukan Arab paling berjaya. Pada mulanya pasukan ini dikerahkan ke wilayah Transjordan mengikut mandat yang diberikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejurus sebelum berakhirnya mandat British. Selepas perbalahan meletus, Legion Arab memasuki wilayah Palestin.

Kejayaan Legion Arab secara amnya membawa malu kepada kerajaan British kerana Legion Arab dipimpin oleh pegawai-pegawai British, termasuklah pegawai pemerintahnya, John Glubb. Kerajaan British memerintahkan pegawai-pegawai British untuk meninggalkan Legion Arab dan pulang ke unit-unit British di Transjordan. Ramai pegawai British, termasuk seorang Panglima Briged terpaksa meninggalkan pasukan Legion Arab dan menyusup masuk ke Transjordan untuk pulang ke unit mereka tetapi menyusup semula untuk pulang berkhidmat dengan Legion Arab. Tindakan mereka menyebabkan seorang ahli Parlimen British menuntut supaya Glubb Pasha dipenjarakan kerana berkhidmat dengan tentera asing tanpa kebenaran Raja Britain.

Di Latrun, Legion Arab menyekat jalan ke Baitulmuqaddis. Askar-askar Legion Arab dengan bantuan kereta perisai menawan kawasan penduduk Yahudi di Baitulmuqaddis dan mengiringi mereka keluar pada 28 Mei 1948. Legion Arab juga menjamin keselamatan di Tebing Barat. Semasa Perang Tahun 1948, pasukan Legion Arab Transjordan mempunyai kekuatan 8,000–12,000 orang anggota yang disusun menjadi 4 Rejimeninfantri mekanis dan dibantu 40 pucuk meriam dan 75 buah kereta perisai. Pasukan Legion Arab kemudiannya diperkuatkan dengan 3,000 orang anggota Transjordanian Frontier Force. Selepas perang tahun 1956, Legion Arab diubahkan dan dijadikan asas pembentukan Tentera Jordan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • P.J. Vatikiotis, (1967). Politics and the Military in Jordan: A Study of the Arab Legion, 1921-1957, New York, Praeger Publishers. ISBN