Lelas kornea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lelas kornea
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Lelas kornea
PengkhususanPerubatan kecemasan
GejalaSakit mata, kepekaan cahaya[1]
Permulaan biasa
Pantas[2]
TempohKurang tiga hari[1]
PuncaLuka kecil, penggunaan kanta sentuh[1]
Pemeriksaan melalui alat lampu celahan[1]
Ulser kornea, bola mata reptur[1]
PencegahanPelindung mata[1]
Kekerapan3 per 1,000 orang pertahun (Amerika Syarikat)[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lelas kornea, lecet kornea atau abrasi kornea merupakan calar yang terdapat pada permukaan kornea, iaitu sebuah bahagian yang terdapat pada mata.[3] Gejala lelas kornea termasuk kesakitan pada mata, mata menjadi kemerahan, kepekaan terhadap cahaya (fotosensitiviti), dan terasa seperti benda asing berada di dalam mata. Kebanyakan mangsa yang terkena akan pulih sepenuhnya dalam masa tiga hari.[1][4] Penyakit lelas kornea dikenali sebagai corneal abrasion dalam bahasa Inggeris.[5]

Kebanyakan kes disebabkan oleh trauma kecil pada bahagian mata sebagaimana boleh berlaku melalui penggunaan kanta sentuh atau tercucuk dengan benda tajam seperti kuku, pen, atau berus alat solekan.[4] Kira-kira terdapat 25% kes lelas korea yang dilaporkan berlaku di tempat kerja. Diagnosis selalunya dilakukan melalui pemeriksaan lampu celahan (slit lamp exam) selepas pewarna fluoresein telah diaplikasikan pada bahagian kornea. Kecederaan yang lebih ketara seperti ulser kornea, bola mata reptur/pecah, sindrom hakisan kornea berulang/jadi semula dan benda asing dalam mata.[1] Pencegahan lelas kornea termasuk penggunaan pelindung mata. Rawatan lelas kornea biasanya menggunakan salap antibiotik sahaja.[1][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j Ahmed F, House RJ, Feldman BH (September 2015). "Corneal Abrasions and Corneal Foreign Bodies". Primary Care. 42 (3): 363–75. doi:10.1016/j.pop.2015.05.004. PMID 26319343.
  2. ^ Leik MT (2013). Family Nurse Practitioner Certification Intensive Review: Fast Facts and Practice Questions, Second Edition (ed. 2). Springer Publishing Company. m/s. 112. ISBN 9780826134257. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-07.
  3. ^ "Corneal Abrasion". nei.nih.gov. National Eye Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-07. Dicapai pada 2016-11-06.
  4. ^ a b Fariha Zakaria (13 September 2019). "Lelas Kornea". HelloDoktor.com. Hello Health Group Pte. Ltd. Dicapai pada 9 Jun 2023.
  5. ^ "lelas kornea". Istilah MABBIM. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  6. ^ Lim CH, Turner A, Lim BX (July 2016). "Patching for corneal abrasion". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 7 (7): CD004764. doi:10.1002/14651858.CD004764.pub3. PMC 6457868. PMID 27457359.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]