Lemak politaktepu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Lemak politaktepu merupakan lemak yang terdiri daripada rantaian hidrokarbon yang memiliki dua atau lebih ikatan kembar (double bond) karbon–karbon☃☃☃☃ Lemak politaktepu selalu ditemui dalam kekeras, benih, ikan, minyak benih dantiram.☃☃ "Tak tepu" bermaksud bahawa molekulnya mengandungamaun hidrogen yang i kurandaripada maksimum (jika tiada ikatan kembar). Bahan-bahan ini wujud dalam bentuk isomer cis atau trans sejajar dengan geometri ikatan kembar.

Struktur kimia lemak politaktepu asid linoleik.
Gambaran 3D bagi molekul asid linoleik.

Kedudukan ikatan kembar karbon-karbon dalam rantaian asid karboksilik ditandakan dengan huruf Yunani.☃☃ Atom karbon yang paling dekat dengan kumpulan karboksil ialah karbon alpha, diikuti karbon beta dan selanjutnya. Dalam asid lemak, atom karbon dari kumpulan metil di hujung rantaian hidrokarbon dipanggil karbon omega kerana omega ialah huruf terakhir abjad Yunani. Asid lemak omega-3 mempunyai ikatan kembar yang bezanya tiga karbon dari karbon metil, sementara asid lemak omega-6 mempunyai ikatan kembar yang bezanya enam karbon dari karbon metil.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Kajian awal mendapati bahawa asid lemak omega-3 dalam minyak alga, minyak ikan, ikan dan makanan laut mengurangkan risiko serangan jantung.[1] Kajian awal lain menunjukkan bahawa asid lemak omega-6 dalam minyak bunga matahari dan minyak kesumba mungkin juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Omega-3 Fatty Acids and Health: Fact Sheet for Health Professionals". US National Institutes of Health, Office of Dietary Supplements. 2 November 2016. Dicapai 5 April 2017. 
  2. ^ Willett, Walter C (September 2007). "The role of dietary n-6 fatty acids in the prevention of cardiovascular disease". Journal of Cardiovascular Medicine. 8: S42–5. doi:10.2459/01.JCM.0000289275.72556.13. PMID 17876199.