Asid karboksilik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Struktur bagi asid karboksilik. R (radikal) mewakili mana-mana kumpulan berfungsi lain.

Asid karbosilik merupakan sejenis asid organik yang disifatkan melalui kewujudan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil.[1] Formula asas asid karbosilik ialah R-COOH, di mana R merujuk kepada kumpulan berfungsi monovalen. Sesebuah kumpulan karboksil merupakan kumpulan berfungsi yang terdiri daripada karbonil (RR'C=O) dan hidroksil (R-O-H), yang mempunyai formula kimia -C(=O)OH yang biasanya ditulis sebagai -COOH atau -CO2H.[2]

Asid karboksilik boleh mempunyai lebih dari satu kumpulan berfungsi. Asid karboksilik yang memiliki dua kumpulan karboksil dipanggil asid dikarboksilik (alkandioat), asid trikarboksilik (alkantrioat) jika tiga kumpulanntersebut dijumpai, dan begitulah seterusnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Lihat pula[sunting | sunting sumber]