Leonardo da Vinci
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (November 2018) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Leonardo di ser Piero da Vinci (15 April 1452 – 2 Mei 1519), lebih dikenali sebagai Leonardo da Vinci merupakan pakar dalam pelbagai bidang Itali pada zaman Renaissance.
Dia telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Dia juga dikenali kerana ciptaan yang dibuat sebelum zamannya tetapi tidak pernah diterbitkan semasa hidupnya. Tambahan lagi, dia membantu memajukan pengajian mengenai anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Kisah hidupnya digambarkan dalam biografi Vite oleh Giorgio Vasari.
Leonardo dilahirkan di Vinci, Itali. Bapanya Ser Piero da Vinci merupakan tuan punya tanah atau tukang yang kaya, ibunya Caterina, gadis petani. Ia telah dicadangkan bahawa Caterina merupakan hamba yang berasal dari Timur Tengah yang dimiliki oleh Piero, tetapi tiada bukti kukuh.
Zamannya merupakan zaman sebelum kelaziman penggunaan nama keluarga (surname) di Eropah, oleh itu nama penuhnya adalah "Leonardo di ser Piero da Vinci", yang bererti "Leonardo, anak lelaki Piero, dari Vinci". Leonardo sendiri menandatangani hasil kerjanya sebagai "Leonardo" atau "Io, Leonardo" ("Saya, Leonardo"). Dengan itu, kebanyakan pakar merujuk hasil kerjanya sebagai "Leonardos," bukannya "da Vincis." Kemungkinannya dia tidak menggunakan nama bapanya kerana dia anak luar nikah.
Leonardo membesar dengan bapanya di Florence. Dia merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Dia menjadi anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466. Kemudian, dia menjadi pelukis bebas di Florence.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |