L'uomo vitruviano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
L'uomo vitruviano
PelukisLeonardo da Vinci
Tahunsekitar tahun 1490
JenisPena dan tinta dengan wash pada metalpoint
di kertas
Dimensi34,6 cm × 25,5 cm (136 in × 100 in)
LokasiGallerie dell'Accademia, Venezia

Le proporzioni del corpo umano secondo Vitruvio ("Kadar ukuran tubuh manusia menurut Vitruvius") atas ringkasnya L'Uomo Vitruviano (sebutan bahasa Itali: [ˈlwɔːmo vitruˈvjaːno], "Manusia Vitruvius"; bahasa Inggeris: Vitruvian Man) adalah sebuah lukisan dakwat atas kertas yang dibuat oleh Leonardo da Vinci sekitar tahun 1490.[1]

Lukisan ini menggambarkan seorang lelaki dalam dua kedudukan yang tumpang tindih dengan tangan dan kakinya berjauhan dalam suatu bulatan dan segi empat disertai catatan berdasarkan kandungan Buku III risalah De architectura karya Vitruvius, seorang jurubina Romawi kuno yang menggambarkan sosok manusia sebagai sumber utama ukuran badan antara asas kepada jurusan ilmu seni bina. Vitruvius menetapkan bahawa suatu sosok tubuh yang ideal harus memiliki tinggi lapan kepala. Lukisan Leonardo biasanya diberi nama untuk menghormati jurubina tersebut.

Lukisan ini tersimpan dalam Gabinetto dei disegni e stampe di Gallerie dell'Accademia, di Venezia, Italia, dengan nombor rujuk 228. Lukisan ini hanya dapat dipamerkan kepada orang ramai sekali-sekala sepertimana kebanyakan karya kertas ciptaan Leonardo da Vinci.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Secret Language of the Renaissance – Richard Stemp
  2. ^ "The Vitruvian man". Leonardodavinci.stanford.edu. Dicapai pada 2010-08-20.
  3. ^ "Da Vinci's Code". Witcombe.sbc.edu. Dicapai pada 2010-08-20.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Leonardo da Vinci