Lepus saxatilis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelinci Belukar
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Lagomorpha
Keluarga: Leporidae
Genus: Lepus
Subgenus: Proeulagus
Spesies: L. saxatilis
Nama binomial
Lepus saxatilis
Taburan Lepus saxatilis

Kelinci Belukar (Lepus saxatilis) ialah satu spesies arnab yang ditemui di Afrika Selatan, Afrika tengah, dan Namibia. Ia ditemui di kawasan 1 - 2 km atas paras laut. Bulu dorsalnya berwarna kelabu dan hitam, manakala bulu ventralnya putih. Ekornya berwarna hitam putih, manakala bulu pada mukanya lebih cerah ronanya. Kelinci ini mampu membesar hingga panjangnya 45–65 cm, dan beratnya 1.5 - 4.5 kg. Biasanya, yang betina lebih besar daripada yang jantan. Setiap anak kelinci yang baru lahir purata beratnya 115 gram, dan jarang sekali menerima jagaan induk. Kelinci belukar yang dikurung mampu hidup selama enam hingga tujuh tahun, manakala yang liar pula jarang sekali menjangkaui usia setahun. Arnab ini boleh terlepas dari pemangsa dengan tidak berganjak hingga saat terakhir, kemudian cuba berlari secara siku-sika. Bulunya sering dipenuhi kutu dan pinjal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]