Letupan Mumbai 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Mumbai2006.jpg
Salah sebuah gerabak kereta api yang musnah.

Letupan di stesen kereta api komuter Mumbai, India terjadi pada hari Selasa, 11 Julai 2006 membunuh 200 nyawa melalui bom kereta. Tujuh letupan berasingan di stesen kereta api penumpang di Jalan Matunga , Mahim, Bandra, Khar Road, Jogeshwari, Bhayandar dan Borivali. Lebih 714 orang cedera .

Serangan bom ini sama masa dengan serangan bom di Srinagar, sempadan Jammu dan Kashmir.

Siapa bertanggungjawab[sunting | sunting sumber]

India menyalahkan puak pemisah militan Kashmir, Lashkar e-Tayyaba yang berpangkalan di Pakistan. Bahan letupan gred tinggi RDX sebagai bukti penglibatan Lashkasr e-Tayyaba.Tetapi [Abdullah Ghaznawi]] dari Lashkar e-Tayyaba menafikan kumpulan mereka terbabit kerana siasatan forensik menunjukkan hanya bahan letupan hanyalah dinamit dan ammonium nitrat.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan India , M K Narayanan mendakwa Agensi Perisikan Pakistan terbabit kerana serangan itu berciri ISI. Pakistan mahukan bukti lengkap.

Pesuruhjaya Polis Mumbai A N Roy menegaskan Skuad Anti Keganasan India akan memburu Rahil, Sayyad Zabiuddin dan Zulfeqar Fayyar kerana disyakki terbabit.

Polarisasi Hindu Islam[sunting | sunting sumber]

Maulana Jalaluddin Umri dari Lembaga Undang-Undang Diri All India Muslim bimbang umat Islam akan diserang puak Hindu di Mumbai, India.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]