Bom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bom GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast

Bom (Jawi: بوم) merupakan alat yang menghasilkan ledakan yang mengeluarkan tenaga secara besar dan cepat. Ledakan ini biasanya terhasil akibat tindak balas kimia eksotermik bahan letupan. Perkataan bom berasal daripada bahasa Yunani βόμβος (bombos), satu istilah yang meniru bunyi ledakan 'bom' dalam bahasa tersebut.

Ledakan yang dihasilkan menyebabkan kehancuran dan kerosakan terhadap benda mati dan benda hidup di sekitarnya, yang diakibatkan oleh pergerakan tekanan udara dan pergerakan serpihan-serpihan yang terdapat di dalam bom, mahupun serpihan benda-benda di sekitarnya. Selain itu, bom juga dapat membunuh manusia dengan hanya bunyi yang dihasilkannya. Bom telah dipakai selama berabad-abad dalam peperangan konvensional mahupun bukan-konvensional.

Bom adalah senjata; istilah "bom" jarang digunakan untuk menyebut bahan peledak yang digunakan untuk keperluan masyarakat, misalnya dalam pembangunan. Alat peledak dalam ketenteraan juga banyak yang tidak disebut "bom". Pemakaian kata "bom" dalam ketenteraan biasanya digunakan untuk menyebut senjata peledak yang dijatuhkan tanpa pemandu dari pesawat udara. Senjata peledak tentera lainnya misalnya grenad, ranjau, peluru berpandu, peluru, dan peledak kedalaman tidak disebut "bom".

Jenis-jenis[sunting | sunting sumber]

Gambarajah bom pemasa mudah dalam bentuk bom paip
Bom nuklear B61 Amerika Syarikat atas pengangkut
Bom udara tanpa kawalan yang tidak meletup dengan fius sebtuh yang digunakan oleh Tentera Udara Portugis, Perang kemerdekaan Guinea-Bissau, 1974.

Pakar letupan biasanya membezakan antara bom ketenteraan dan bom biasa. Bom ketenteraan kebiasaanya ialah senjata yang dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Bom tersebut direka dan dibina mengikut rekabentuk standard serta menggunakan komponen yang serupa, dan dipasang pada peledak yang standard. Bom ditambahbaik ("improvised explosive device" IED) terbahagi kepada tiga kategori asas, mengikut saiz dan cara penghantaran. IED jenis 76, ialah bom bungkusan atau beg bimbit, jenis 80 ialah "baju bunuh diri" yang dipakai oleh pengebom dan jenis 3 ialah kenderaan diisi dengan bahan letupan untuk menghasilkan bomb skala besar yang pegun atau mudah alih.

Bom ditambahbaik ini biasanya tidak stabil dan mampu meledak secara tiba-tiba dan tidak sengaja oleh kesan-kesan seperti impak dan geseran kepada kejutan elektrostatik. Malah, pergerakan kecil, perubahan suhu, atau penggunaan telefon atau radio mampu menyebabkan peledakan. Sebarang interaksi dengan alat atau bahan letupan oleh orang tidak terlatih ialah satu keadaan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan. Cara paling selamat apabila menjumpai bahan letupan ialah melarikan diri sejauh mungkin.

Bom atom dihasilkan berdasarkan teori dimana apabila atom besar terlakur, jumlah tenaga yang besar dibebaskan. Senjata termonuklear, (dikenali sebagai "bom hidrogen") menggunakan tenaga dari proses pelakuran nuklear untuk menghasilkan letupan yang lebih berkuasa menggunakan pelakuran nuklear.

Istilah bom kotor merujuk kepada alat yang menggunakan letupan kecil untuk menyebarkan bahan berbahaya dalam kawasan luas. Kebiasaanya dikaitkan dengan bahan radiologi atau kimia, bom kotor bertujuan untuk membunuh atau mencederakan kemudian menghalang kemasukkan ke kawasan tercemar sehingga pembersihan menyeluruh dapat dijalankan. Dalam kes persekitaran bandar, pembersihan akan mengambil masa yang panjang, menyebabkan kawasan yang dicemari tidak dapat didiami untuk tempoh yang lama.

Kuasa bom yang besar biasanya diukur menggunakan kilotan (kt) atau megatan (Mt) TNT. Bom terkuat yang pernah digunakan dalam serangan ialah dua bom atom yang digugurkan Amerika Syarikat untuk menyerang bandar Hiroshima dan Nagasaki. Namun, bom yang paling berkuasa yang pernah diuji ialah Tsar Bomba. Bom bukan nuklear yang paling berkuasa ialah "Father of All Bombs" (Bapa segala Bom) milik Rusia (secara rasminya "Bom Termobarik Penerbangan dengan Kuasa Tambahan")[1] diikuti oleh "Emak Segala Bom" (Mother of All Bombs, rasminya Massive Ordnance Air Blast) milik tentera udara Amerika Syarikat.

Berikut merupakan senarai lima jenis bom berbeza berdasarkan mekanisme letupan yang digunakan.

Gas termampat[sunting | sunting sumber]

Letupan kecil boleh dihasilkan dengan meningkatkan tekanan udara di dalam satu bekas sehingga bekas tersebut tidak dapat menampung tekanan yang berlebihan tersebut, seperti dalam bom ais kering. Secara teknikalnya, alat yang menghasilkan letupan seperti ini tidak dikelaskan sebagai bom mengikut definisi yang diberikan sebelum ini. Namun, letupan yang dihasilkan masih boleh menyebabkan kecederaan, kerosakkan harta benda atau kematian. Cecair dan gas yang mudah terbakar yang tersebar oleh letupan ini boleh ternyala jika didedahkan kepada percikan atau api.

Bahan letupan lemah[sunting | sunting sumber]

Bom termudah dan terawal menyimpan tenaganya dalam bentuk bahan letupan lemah seperti mesiu. Bahan letupan lemah mengandungi garam pengoksidaan, seperti potasium nitrat, dengan bahan api pepejal seperti arang atau serbuk aluminium. Campuran ini terbakar dengan pantas apabila dinyalakan, menghasilkan gas panas. Dalam situasi normal, pembakaran ini berlaku terlalu perlahan untuk menghasilkan gelombang tekanan yang cukup. Oleh itu, bahan letupan lemah digunakan dalam kuantiti yang besar atau diletakkan dalam kuantiti yang besar atau di dalam bekas dengan tekanan letusan tinggi untuk menjadi berguna sebagai bom.

Bahan letupan kuat[sunting | sunting sumber]

Bom letupan kuat ialah bom yang menggunakan proses yang dinamai peledakan untuk untuk berubah dari molekul bertenaga tinggi kepada molekul bertenaga rendah dengan cepat.[2]

Peledakan berbeza dari pembakaran dimana tindak balas peledakan bergerak lebih laju dari bunyi, dalam gelombang kejutan yang besar. Oleh itu, gelombang tekanan yang dihasilkan oleh bahan letupan kuat tidak akan meningkat jika diletakkan dalam bekas kerana peledakan berlaku dengan terlalu pantas sehinggakan plama tidak mengembang dengan banyak sebelum semua bahan letupan telah bertindak balas. Hal ini menyebabkan penciptaan letupan plastik. Bekas kadang-kadang digunakan dalam bom letupan kuat tetapi bertujuan untuk serpihan. Kebanyakkan bom letupan kuat terdiri daripada bahan letupan sekunder yang kurang sensitif yang perlu diledak dengan penutup letupan yang mengandungi bahan letupan utama yang lebih sensitif.

Termobarik[sunting | sunting sumber]

Bom termobarik ialah sejenis senjata yang menggunakan oksigen dari udara sekeliling untuk menghasilkan letupan dahsyat yang bersuhu tinggi, dan secara amali gelombang letupan yang dihasilkan lebih tahan lama berbanding Bom konventional. Bom udara-bahan api ialah salah satu dari contoh terbaik senjata termobarik.

Pembelahan Nuklear[sunting | sunting sumber]

Bom atom jenis pembelahan nuklear menggunakan tenaga yang terdapat pada nukleus berat, seperti U-235 atau Pu-239. Untuk membebaskan tenaga ini dengan cepat, sejumlah bahan fisil tersebut perlu dimampatkan dengan amat cepat semasa terdedah kepada sumber neutron. Jika pemampatan berlaku dengan terlalu perlahan, daya penolakan akan menjauhkan bahan tersebut sebelum letupan yang signifikan boleh berlaku. Dalam keaadan yang sesuai, pemampatan pantas dapat menghasilkan tindak balas rantai yang akan berganda dengan amat cepat dalam tempoh masa beberapa mikrosaat. Tenaga yang dibebaskan oleh bom pembelahan nuklear adalah 10-1000 kali lebih berkuasa dari bom biasa dengan jisim yang sama.

Pelakuran Nuklear[sunting | sunting sumber]

Senjata termonuklear ialah sejenis bom nuklear yang membebaskan tenaga melalui gabungan pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear. Pelakuran berlaku menggunakan nukleus deuterium dan tritium. Dengan bom ini, letusan termonuklear dicetus oleh bom atom jenis pembelahan nuklear yang berada di dalam bahan yang mempunyai kepekatan yang tinggi deuterium dan tritium. Kuasa senjata biasanya ditambah menggunakan pemantul neutron yang meningkatkan tempoh dan intensiti tindak balas melalui penutupan inertia dan pemantulan neutron. Bom pelakuran mempunyai kuasa yang amat besar dalam magnitud 100-1000 kali lebih berkuasa dari pembelahan nuklear.

Senjata pelakuran tulen ialah senjata nuklear yang tidak memerlukan peringkat pembelahan untuk memulakan tindak balas pelakuran.

Antijirim[sunting | sunting sumber]

Senjata antijirim dapat dihasilkan secara teori, tetapi kos untuk penghasilan antijirim amat tinggi dan sukar disimpan dengan selamat.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Bom udara
  • Bom tindak balas bertangguh
  • Bom meluncur
  • Bom kegunaan-am
  • Bom incendiary - bom yang direka untuk menyalakan sasaran.
  • Bom rumpun
  • Bom anti landasan kapal terbang
  • Pembuka Bunker
  • Bom Konkrit - Bom udara yang mengandungi bahan tumpat yang tidak meletup (biasanya konkrit). Sasaran dimusnahkan menggunakan tenaga kinetik oleh bom yang jatuh.
  • Bom nadir

Bom nadir ialah bom yang mempunyai bahagian dalamnya dikeluarkan atau tidak berbahaya. Bom ini digunakan dalam latihan ketenteraan, dan dikumpul sebagai koleksi oleh muzium awam, atau pihak persendirian.

Biasanya bom nadir milik NATO dicat dengan warna biru muda dan mempuyai perkataan "INERT" ditulis diatasnya.

  • Bom ditambahbaik (IED) (bom tong, bom paku, bom paip, bom periuk bertekanan, bom baja, molotov cocktail

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Solovyov, Dmitry (2007-09-12). "Russia tests superstrength bomb, military says". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-19. Dicapai pada 2008-06-02.
  2. ^ "Ring Strain in Cycloalkanes". Orgo Made Simple. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2015. Dicapai pada 22 June 2015.