Leukosis limfoid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Leukosis limfoid merupakan penyakit terhadap ayam yang disebabkan oleh retrovirus leukosis Avian.

Ia merupakan penyakit neoplastik yang disebabkan oleh virus leucosis yang mungkin berbentuk tumor di bursa dari Fabricius dan metastasis kepada tisu-tisu ayam yang lain lalu menyebabkan perut bengkak.

Gejalanya termasuk pembesaran perut dan bursa, susut berat badan, badan lesu dan kurus, dan kemurungan. Penyakit ini lebih cenderung menjejaskan ayam pada umur sekitar lima hingga lapan bulan. Pada tahap terminal pula sering terjadi cirit-birit hijau.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]