Li Keqiang
Li Keqiang | |
---|---|
李克强 | |
Perdana Menteri Republik Rakyat China | |
Memegang jawatan 15 Mac 2013 | |
Presiden | Xi Jinping |
Vice Premier | Zhang Gaoli |
Didahului oleh | Wen Jiabao |
Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China | |
Dalam jawatan 17 Mac 2008 – 15 Mac 2013 | |
Premier | Wen Jiabao |
Didahului oleh | Wu Yi (memangku) |
Digantikan oleh | Zhang Gaoli |
Anggota pangkat ke-2 Jawatankuasa Tetap Politburo PKC | |
Memegang jawatan 15 November 2012 | |
Setiausaha Agung | Xi Jinping |
Didahului oleh | Wu Bangguo |
Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Liaoning | |
Dalam jawatan Disember 2004 – Oktober 2007 | |
Timbalan | Zhang Wenyue |
Didahului oleh | Wen Shizhen |
Digantikan oleh | Zhang Wenyue |
Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Henan | |
Dalam jawatan Disember 2002 – Disember 2004 | |
Timbalan | Li Chengyu |
Didahului oleh | Chen Kuiyuan |
Digantikan oleh | Xu Guangchun |
Setiausaha Pertama Liga Belia Komunis China | |
Dalam jawatan Mei 1993 – Jun 1998 | |
Didahului oleh | Song Defu |
Digantikan oleh | Zhou Qiang |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kaunti Dingyuan, Anhui | 1 Julai 1955
Parti politik | Parti Komunis |
Pasangan | Cheng Hong |
Alma mater | Universiti Peking |
Cina Tradisional: | 李克強 | ||||||||||
Cina Ringkas: | 李克强 | ||||||||||
|
Li Keqiang (pinyin: Lĭ Kèqiáng; sebutan [lì kʰɤ̂tɕʰjɑ̌ŋ]; lahir 1 Julai 1955; umur 64 tahun), merupakan seorang ahli politik China. Sejak Mac 2013 beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat China. Kongres ke-12 Rakyat Nasional China menetapkan Li Keqiang sebagai Perdana Menteri China yang baharu menggantikan Wen Jiabao dalam tempoh masa lima tahun akan datang, melalui pemungutan suara.[1] Beliau juga merupakan anggota berpangkat kedua dalam Jawatankuasa Tetap Politburo PKC, badan membuat keputusan tertinggi de facto negara itu. Antara 2008 dan 2013 Li berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri Eksekutif bagi Wen Jiabao. Portfolio rasmi Li ketika itu termasuklah pembangunan ekonomi, kawalan harga, kewangan, perubahan iklim, dan pengurusan makroekonomi.[2]
Perlantikan Li Keqiang sebagai Perdana Menteri pada 15 Mac 2013 menyusul selepas pemilihan Xi Jinping sebagai Presiden sehari sebelumnya.[3]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Li Keqiang lahir di Anhui pada 1 Julai 1955 itu menjalankan kerjaya politiknya lebih banyak di bidang pendidikan, dan kepemudaan sehingga tahun 1998. Li Keqiang sebelumnya menjawat sebagai wakil perdana menteri China. Lahir di Dingyuan, Wilayah Anhui, dia memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1974 dan bergabung di Parti Komunis Cina pada Mei 1976.[4]
Li Keqiang yang berlatar pendidikan ekonomi mulai berkerjaya sebagai setiausaha parti pada tahun 1998 di Parti Komunis Cina Wilayah Henan dan pada 2002-2003 dia dipercayai sebagai setiausaha pada parti di wilayah yang sama.
Kerjaya politiknya terus meningkat sejak tahun 2008 bermula dari anggota Polit Biro, suruhanjaya tengah Parti Komunis China, sehingga wakil perdana menteri.
Li Keqiang yang juga memangku jawatan nombor dua dalam Parti Komunis China mengambil alih dari Perdana Menteri Wen Jiabao. Li Keqiang dipilih untuk masa jawatan selama 5 tahun, namun sebagaimana halnya dengan Wen Jiabao, ia dikatakan akan memangku tugas itu selama dua masa jawatan - iaitu 10 tahun.[5]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Li Keqiang Perdana Menteri China". 16 Mac 2013.
- ^ "China's new top Party leaders make debut". 2012-11-15. Dicapai 2012-11-22. Parameter
|newpaper=
tidak diketahui diabaikan (guna|newspaper=
) (bantuan);|first1=
missing|last1=
in Authors list (bantuan) - ^ "Li Keqiang Perdana Menteri China Baru". TV3. 15/03/2013. Dicapai 17 Mac 2013. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Li Keqiang Perdana Menteri China Baru". 16 Mac 2013.
- ^ "Parlemen China Pilih Li Keqiang sebagai Perdana Menteri". 16 Mac 2013.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Li Keqiang. |