Resusitasi kardiopulmonari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"CPR" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat CPR (nyahkekaburan).
CPR dilakukan pada patung ujian.

Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital.

CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih.

CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukan asistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

Indikasi[sunting | sunting sumber]

CPR diindikasi untuk sesiapa yang tidak responsif, dan tidak bernafas atau sekadar tercungap-cungap kerana besar kemungkinan bahawa pesakit itu mengalami hentian jantung.[1] :S643 Jika pesakit itu masih bernadi tetapi tidak bernafas, pernafasan bantuan lebih sesuai. Bagaimanapun, ramai orang sukar mengesan nadi, maka mereka terpaksa menggunakan CPR.[2]

Kaedah[sunting | sunting sumber]

Latihan CPR: CPR sedang diberikan sementara penyelamat kedua bersiap sedia untuk defibrilasi.

Pada tahun 2010, Persatuan Jantung Amerika dan Jawatankuasa Resusitasi Berperhubungan Antarabangsa mengemaskini panduan CPR-nya[1] :S640[3] untuk menekankan kepentingan CPR bermutu tinggi (kadar dan kedalaman mencukupi tanpa pengalihan udara berlebihan)[1] :S640 Urutan intervensi diubah untuk semua golongan umur kecuali bayi baru lahir, dari "salur udara, nafas, mampatan dada" ke "mampatan dada, salur udara, nafas".[1] :S642 Yang dikecualikan dari syor ini adalah bagi sesiapa yang dipercayai mengalami hentian nafas (lemas, dsb.).[1] :S642

Piawaian[sunting | sunting sumber]

Nisbah mampatan-pengalihan udara sejagat 30:2 disyorkan untuk dewasa, dan juga kanak-kanak dan bayi jika hanya seorang penyelamat hadir.[4] :8 Jika sekurang-kurangnya dua orang penyelamat hadir, nisbah 15:2 lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayu.[4] :8 Bagi bayi baru lahir, kadar 3:1 disyorkan melainkan punca kardium dikenal pasti, yang mana nisbah 15:2 adalah munasabah.[1] :S647 Jika salur udara lanjutan seperti tiub endotrakea atau sungkup salur udara larinks berada di tempatnya, pembebasan nafas sepatutnya berlaku tanpa henti-henti dalam mampatan pada kadar 8-10 seminit.[5] Urutan intervensi yang disyorkan ialah "mampatan dada, salur udara, nafas" untuk kebanyakan situasi[1] :S642, dengan kadar mampatan sekurang-kurangnya 100 seminit untuk semua golongan.[4] :8 Kedalaman mampatan yang disyorkan untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sekirar 5 cm (2 inci), bagi bayi pula adalah 4 cm (1.5 inci).[4] :8 Dari tahun 2010, Resuscitation Council (UK) masih menyarankan ABC untuk kanak-kanak.[6] Disebabkan sukarnya menentukan kehadiran atau ketiadaan nadi, pemeriksaan nadi tidak perlu dilakukan penyelamat yang tidak mahir, dan tidak patut dilakukan selama lebih 10 saat oleh pihak penjaga kesihatan.[4] :8 Untuk orang dewasa, penyelamat harus menggunakan kedua-dua tangan untuk mampatan dada; untuk kanak-kanak, sebelah tangan sahaja yang patut digunakan; untuk bayi pula, dua batang jari (jari telunjuk dan jari tengah).[7]

Mampatan sahaja[sunting | sunting sumber]

CPR mampatan sahaja (resusitasi kardioserebral atau menggunakan "tangan sahaja") ialah teknik yang melibatkan mampatan dada tanpa pernafasan bantuan. .[1] :S643 Ia dicadangkan sebagai kaedah pilihan bagi penyelamat tidak terlatih dan yang tidak mahir kerana ia lebih mudah dilakukan dan arahan lebih mudah diberikan melalui telefon.[1] :S643[4] :8[8] Bagi orang dewasa dengan hentian jantung di luar hospital, CPR mampatan sahaja oleh orang awam mencatat kadar kejayaan yang lebih tinggi berbanding CPR asas.[8] Pengecualian adalah bagi kes lemas, pengambilan dadah berlebihan, dan hentian jantung pada kanak-kanak. Kanak-kanak yang menerima CPR mampatan sahaja mendapat hasil yang sama dengan yang tidak menerima CPR.[1] :S646 Kaedah mengenakan pemampatan dada tetap sama, begitu juga dengan kadarnya (sekurang-kurangnya 100 kali seminit). Diharapkan bahawa penggunaan CPR mampatan sahaja akan meningkatkan peluang orang keramaian melakukan CPR.[9] Menurut American Heart Association, bit rentak lagu Bee Gees, Stayin' Alive memberikan bilangan bit-per-minit yang paling sesuai untuk digunakan bagi CPR "tangan sahaja".[10] Bagi mereka yang mengalami masalah bukan hentian jantung dan yang usianya belum mencecah 20 tahun, CPR piawai lebih berkesan berbanding CPR mampatan sahaja.[11][12]


Keberkesanan[sunting | sunting sumber]

Jenis Hentian

ROSC Peluang Hidup Sumber
Hentian Jantung Tersaksi di Hospital
(Witnessed In-Hospital Cardiac Arrest)
48% 22% [13]
Hentian Jantung Tak Tersaksi di Hospital
(Unwitnessed In-Hospital Cardiac Arrest)
21% 1% [13]
Resusutasi Jantung-Serebrum Peminggir
(Bystander Cardiocerebral Resuscitation)
40% 6% [14]
Resusutasi Jantung-Paru-Paru Peminggir
(Bystander Cardiopulmonary Resuscitation)
40% 4% [14]
CPR Tanpa Peminggir (CPR Ambulans) 15% 2% [14]
Defibrilasi dalam 3–5 minit 74% 30% [15][16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Field JM, Hazinski MF, Sayre MR; et al. (2010). "Part 1: executive summary: 2010 American Heart Association Guidelines for Cardiopulmonary Resuscitation and Emergency Cardiovascular Care". Circulation 122 (18 Suppl 3): S640–56. doi:10.1161/CIRCULATIONAHA.110.970889. PMID 20956217.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. European Resuscitation Council (2005), "Guidelines for resuscitation", Part 2, "Adult basic life support": "The following is a summary of the evidence-based recommendations for the performance of basic life support: Rescuers begin CPR if the victim is unconscious, not moving, and not breathing (ignoring occasional gasps).[...]"", didapati di https://www.erc.edu/index.php/guidelines_download_2005/en/
  3. Hazinski MF, Nolan JP, Billi JE; et al. (2010). "Part 1: executive summary: 2010 International Consensus on Cardiopulmonary Resuscitation and Emergency Cardiovascular Care Science With Treatment Recommendations". Circulation 122 (16 Suppl 2): S250–75. doi:10.1161/CIRCULATIONAHA.110.970897. PMID 20956249.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 "Highlights of the 2010 American Heart Association Guidelines for CPR and ECC" (pdf). American Heart Association. 
  5. Berg RA, Hemphill R, Abella BS; et al. (2010). "Part 5: adult basic life support: 2010 American Heart Association Guidelines for Cardiopulmonary Resuscitation and Emergency Cardiovascular Care". Circulation 122 (18 Suppl 3): S685–705. doi:10.1161/CIRCULATIONAHA.110.970939. PMID 20956221.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. "Resuscitation Council UK Paediatric Advanced Life Support Guidelines" (PDF). Dicapai pada 2010-10-24. 
  7. First Aid Manual. St John Ambulance, St Andrews Ambulance and British Red Cross.  Petik meggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan); |coauthors= memerlukan |author= (bantuan)
  8. 8.0 8.1 Hüpfl M, Selig HF, Nagele P (2010). "Chest-compression-only versus standard cardiopulmonary resuscitation: a meta-analysis". Lancet 376 (9752): 1552–7. doi:10.1016/S0140-6736(10)61454-7. PMC 2987687. PMID 20951422.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  9. Ewy, Gordon A (2008). "Cardiocerebral Resuscitation: Could this new model of CPR hold promise for better rates of neurologically intact survival?". EMS Magazine (Cygnus) 37 (6): 41–49. Dicapai pada 2008-08-02.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  10. "Save a Life: Hands-Only CPR". Crowdrise.com. Diarkibkan daripada original pada June 21, 2011. Dicapai pada 2011-06-16.  Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  11. Ogawa T, Akahane M, Koike S, Tanabe S, Mizoguchi T, Imamura T (2011). "Outcomes of chest compression only CPR versus conventional CPR conducted by lay people in patients with out of hospital cardiopulmonary arrest witnessed by bystanders: nationwide population based observational study". BMJ 342: c7106. doi:10.1136/bmj.c7106. PMID 21273279. 
  12. Koenig KL (March 4, 2011). "Compression-Only CPR Is Less Effective Than Conventional CPR in Some Patients". JW Emerg Med.  Check date values in: |date= (bantuan)
  13. 13.0 13.1 Brindley, Peter G; Markland, Darren M. Kutsogiannis, Demetrios J (2002-08-20). "Predictors of survival following in-hospital adult cardiopulmonary rescuitation". Canadian Medical Association Journal 174 (4): 343. PMC 117846. PMID 12197686. Dicapai pada 2007-06-14.  Petik meggunakan parameter |coauthors= dikecam (bantuan)
  14. 14.0 14.1 14.2 "Resuscitation Council Comment on CPR study". Resuscitation Council UK. 2007. Diarkibkan daripada original pada 2007-06-12. Dicapai pada 2007-06-14.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  15. "CPR statistics". American Heart Association. Dicapai pada 2007-06-14. 
  16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AHA7 tidak disediakan