Liberalisme hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Green politics sidebar Templat:Liberalism sidebar Liberalisme hijau, atau faham persekitaran liberal,[1] ialah liberalisme yang memasukkan politik hijau dalam ideologinya. Liberal hijau biasanya liberal terhadap masalah sosial dan "hijau" terhadap masalah ekonomi.[1] Istilah "liberalisme hijau" telah dicipta oleh ahli falsafah politik Marcel Wissenburg dalam buku 1998 beliau Green Liberalism: The Free and The Green Society (Liberalisme Hijau: Masyarakat Bebas dan Hijau). Beliau mengemukakan alasan bahawa liberalisme mesti menolak gagasan hak harta mutlak dan menerima sekatan yang mengehadkan kebebasan menyalahgunakan sumber semula jadi dan asli. Walau bagaimanapun, beliau menolak kawalan pertumbuhan penduduk dan sebarang kawalan ke atas pengagihan sumber kerana tidak sesuai dengan kebebasan individu, namun menyokong kawalan sebelah penawaran: pengeluaran lebih cekap dan mengekang pengeluaran berlebihan dan eksploitasi berlebihan. Pandangan ini cenderung menguasai gerakan tersebut, walaupun pengkritik berkata ia sebenarnya meletakkan kebebasan individu di atas kelestarian.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Book Details: The Compromise of Liberal Environmentalism. Columbia University Press. Columbia University Press. September 2001. ISBN 9780231504300. Dicapai pada 4 August 2015.
  2. ^ Stephens, Piers. "Review of Marcel Wissenburg's "Green Liberalism: The Free and the Green Society"". academia.edu. Dicapai pada 23 Januari 2018.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Liberalism Templat:Green politics