Liga Venezolana de Béisbol Profesional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liga Venezolana de Béisbol Profesional
SukanBesbol
Ditubuhkan1945
Bil. pasukan8
NegaraVenezuela
BenuaAmerika Selatan
Juara laluLeones del Caracas (gelar ke-21)
Juara terbanyakLeones del Caracas (21 gelar)
Kejohanan berkaitanSerie del Caribe
Laman web rasmiLvbp.com

Liga Venezolana de Béisbol Profesional (LVBP) atau Liga Professional Besbol Venezuela ialah liga besbol profesional yang bermain di Venezuela. Juara liga mengambil bahagian dalam kejohanan Serie del Caribe yang digalakkan setiap tahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tahun-tahun awal liga terasas[sunting | sunting sumber]

Kepopular seakan meledak di Venezuela pada tahun 1941, mengikutu Siri Dunia Amatur di Havana, Cuba. Sejak itu, ramai pemain besbol profesional dari serantau Karibia maupun Amerika Syarikatmenganggap Venezuela sebagai tempat yang ideal dalam kelayakan kerjaya. Terbukti dengan kemasukan pemain-pemain seperti: Ramón Bragaña, Martín Dihigo, Oscar Estrada, Cocaína García, Bertrum Hunter, Roy Campanella, Sam Jethroe, Satchel Paige, dan Roy Welmaker.

Pada 27 Disember 1945, pemilik daripada Cervecería Caracas (Khamr Caracas), Sabios de Vargas (Vargas si Orang Pandai), Navegantes del Magallanes (Magellan si Pelayar), dan Patriotas de Venezuela (Nasional Venezuela) memulakan liga yang kelak diberu nama Liga Venezola de Béisbol Profesional (LVBP). Liga teregistrasi rasmi dalam institusi negara pada Januari 1946, dan pada bulan yang sama memulakan putaran kejohanan pertama, dari 3 Januari 1946.

Sabios de Vargas, yang jurulatihnya ialah Daniel 'Chino' Canónico, menjadi juara kejohanan pertama, dengan rekod perlawanan 18 menang dan 12 kalah.

Pada kejohanan pertama, perlawanan dijadualkan pada hari kamis dan sabtu selepas waktu merarau, dan hari ahad di waktu pagi. Jadual itu menjadi hal lazim di liga sampai padang Cervecería Caracas — yang berkedudukan di San Agustín del Norte, Caracas — mengalir elektrik dari loji-loji kuasa baharu sehingga lampu dapat mencucuh terang. Selepas daripada pemasangan kemudahan itu, liga mendapat tambahan jadual perlawanan pada hari selasa malam hari.

Pada akhirnya, format kejohanan diubah suai bagi menetapkan pertambahan dua putaran, dengan kelab yang berkedudukan di puncak peringkat saling bersemuka dalam senarai-play off-5 besar-terbaik bagi kepastian siapa-siapa yang berjaya menjadi juara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]