Ligamen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ligamen
Knee diagram.svg
Diagram lutut kanan.
Joint.svg
Typical joint
Latin Ligamentum (jamak: Ligamenta)

Dalam bidang anatomi, ligamen merupakan tisu berserat yang menyambungkan sesama tulang dan juga dikenali sebagai ligamen persendian, larua persendian,[1] ligamen berserat, atau ligamen sejati.

Ligamen juga bermaksud:

  • Ligamen peritoneum: lipatan peritoneum atau membran lain.
  • Ligamen reja janin: reja struktur tubul dari peringkat hidup janin.
  • Ligamen periodontal: serumpun serat yang melekapkan simentum gigi kepada tulang gusi.

Kajian ligamen dikenali sebagai "desmologi" (dari Yunani δεσμός, desmos, "ikatan"; dan -λογία, -logia).

Ligamen serupa dengan tendon dan fasia kerana kesemuanya diperbuat daripada kolagen, kecuali yang mana ligamen menyambungkan tulang dengan tulang, tendon adalah otot dengan tulang dan fasia pula otot dengan otot. Kesemua ini terdapat dalam sistem rangka batan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ligament di Kamus Perubatan Dorland