Liliopsida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Liliopsida ialah nama botani yang diberikan oleh Scopoli untuk sebuah kelas pada tahun 1760: sila lihat sedutan pengarang (botani). Nama ini dibentukkan dengan menggantikan akhiran -aceae dalam nama Liliaceae dengan akhiran -opsida (Perkara 16 dalam ICBN).

Walaupun secara prinsip, adalah benar bahawa pembatasan kelas ini akan berbeza-beza mengikut sistem taksonomi yang digunakan, tetapi secara praktik, nama ini amat rapat dikaitkan dengan sistem Cronquist, dan sistem Takhtajan yang berkaitan. Kedua-dua system ini merupakan sistem-sistem utama yang tunggal untuk menggunakan nama ini untuk kumpulan yang dikenali sebagai monokotiledon. Sistem-sistem yang awal merujuk kepada kumpulan ini dengan nama Monocotyledones, iaitu nama dahulunya (nama-nama ini boleh digunakan untuk mana-mana satu aras. Sistem-sistem seperti sistem Dahlgren dan sistem Thorne (lebih baru daripada sistem Takhtajan dan sistem Cronquist) merujuk kepada kumpulan ini dengan nama Liliidae (satu nama dalam aras subkelas). Sistem-sistem moden, seperti sistem APG dan sistem APG II merujuk kepada kumpulan ini dengan nama monokot (satu nama untuk klad). Oleh itu, dari segi praktik, nama Liliopsida akan hampir selalu mempunyai maksud yang digunakan dalam sistem Cronquist.

Sebagai kesimpulan, monokotiledon telah dinamakan sebagai:

Setiap sistem yang disebutkan di atas menggunakan taksonomi dalaman sendiri untuk kumpulan ini.


Liliopsida dalam sistem Takhtajan[sunting | sunting sumber]

Sistem Takhtajan menggunakan taksonomi dalaman yang berikut:

Liliopsida dalam sistem Cronquist[sunting | sunting sumber]

Taksonomi dalaman untuk sistem Cronquist adalah seperti berikut:

Liliopsida dalam sistem Reveal[sunting | sunting sumber]

Taksonomi dalaman untuk sistem Reveal adalah seperti berikut: