Sistem APG

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sistem taksonomi
tumbuhan
Sistem APG
Sistem APG II
Sistem Bentham & Hooker
Sistem Cronquist
Sistem Dahlgren
Sistem de Candolle
Sistem Engler
Sistem Reveal
Sistem Takhtajan
Sistem Thorne (1992)
Sistem Wettstein

Sistem APG ialah sebuah sistem taksonomi tumbuhan untuk pengelasan tumbuhan yang diterbitkan pada tahun 1998 oleh Kumpulan Filogeni Angiosperma. Sistem ini agak luar biasa disebabkan ia tidak berdasarkan bukti pada keseluruhannya, tetapi berdasarkan penganalisisan kladistik untuk jujukan DNA bagi tiga gen, iaitu dua gen kloroplas, dan satu pengekodan gen untuk ribosom. Walaupun berdasarkan bukti molekul sahaja, kumpulan-kumpulan juzuknya terbukti disokong juga oleh bukti-bukti yang lain, umpamanya morfologi debunga menyokong pembahagian antara eudikot dengan dikotiledon dahulu yang lain.

Sistem ini agak penuh dengan perbalahan terhadap keputusan-keputusannya pada peringkat famili kerana ia memecahkan sebilangan famili yang sudah lama wujud, dan membenamkan sebilangan famili yang lain. Sistem in juga luar biasa dari segi bahawa ia tidak menggunakan nama botani pada aras yang lebih tinggi daripada aras susunan. Oleh itu, susunan merupakan aras tertinggi yang mempunyai nama botani yang formal dalam sistem ini. Kumpulan yang lebih tinggi daripada aras susunan ditakrifkan hanya dengan klad, iaitu dengan nama seperti monokot, eudikot, rosid, dan asterid. Sistem ini telah digantikan dengan sistem APG II pada tahun 2003.


Kumpulan utama[sunting | sunting sumber]

Kumpulan-kumpulan utama dalam sistem ini (kesemuanya merupakan klad yang tidak mempunyai aras) ialah:

Gambaran dalam warna


Sistem APG mengakui 462 famili dan 40 susunan: ini diberikan seperti berikut. Pada permulaan setiap senarai, tercatatnya sebilangan famili atau susunan yang tidak digolongkan dalam klad yang lain:

Nota: "+ ..." = famili alternatif, tetapi tidak wajib.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • The Angiosperm Phylogeny Group (1998). "An ordinal classification for the families of flowering plants". Annals of the Missouri Botanical Garden. 85: 531–553.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]