Lionel Jospin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lionel Jospin

Lionel Jospin (lahir 12 Julai 1937) merupakan ahli politik Perancis yang pernah menegang jawatan Perdana Menteri tahun 1997 sehingga 2002. Beliau pernah bertanding dalam pilihan presiden pada tahun 1995 dan 2002, tahun 1995 sedikit didahului oleh Jacques Chirac. Tahun 2002 ketika beliau bertanding semula, beliau tersingkir daripada pusingan pertama dan membuat keputusan bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada bidang politik.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lionel Jospin dilahirkan di Meudon, salah sebahagian Paris, pada hari 12 Julai 1937. Beliau berkelulusan dari Institut d'Études Politiques de Paris dan École nationale d'administration. Pada masa muda beliau mengambil khidmat negara di Trier, Jerman.

Bidang politik[sunting | sunting sumber]

Jospin mendapat pekerjaan di Kementerian Luar Negeri pada tahun 1965. Beliau lalu masuk Parti Sosialis (PS) pada tahun 1971, beriringan dengan François Mitterrand yang bakal menjadi Presiden Republik. Posisinya dalam parti terus meningkat ke atas, dan apabila Mitterrand menang dalam pilihan presiden tahun 1981, beliau disangka sebagai bakan Perdana Menteri. Namun, ia tidak pernah jadi sehingga kematian Mitterrand.

Malah, pada awal tahun 1981 beliau berjaya menjadi Ketua PS, dan memegang jawatan berikutnya sehingga 1988, tatkala Mitterrand dipilih semula. Setelah itu, beliau dilantik sebagai Menteri Sukan, dan juga Menteri Pendidikan Kebangsaan.

Tahun 1995 berada pilihan presiden lagi, Jospin bertanding dalam primer PS. Beliau mendapat 65.85% mendahului Henri Emmanuelli yang sekadar mendapat 34.15% sahaja. Sebagai calon Presiden PS, beliau bertanding dengan Jacques Chirac dari Perhimpunan untuk Republik (RPR). Dalam pusingan pertama, Jospin berdarjat pertama mendapat 23.30%. Walau bagaimanapun, beliau kecundang didahului Chirac yang mendapat 52.64%.[1]

Setelah kecundangan tersebut, beliau dipilih semula sebagai Ketua PS. Populariti Chirac mula terjatuh ke bawah tanah, masa ini Jospin sebagai ketua memimpin partinya. Dalam pilihan raya umum tahun 1997, PS menang besar dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Dalam masa ini, sebagai de facto pemimpin negara, beliau mendapat populariti yang amat tinggi.

Tahun 2002 sebelum pilihan presiden, Jospin dipilih semula sebagai calon Presiden PS dan bertanding dengan Chirac semula. Tingginya populariti beliau, dan ramai rakyat Perancis ingin dan sangka bahawa Jospin sebagai bakal presiden. Kali ini beliau betul-betul pasti sebagai bakal presiden. Namun, masa itu ekonomi dan keselamatan negara dalam kesusahan, dan ia melakukan calon-calon sosialis yang minoriti bertanding juga. Lagipun, Jean-Marie Le Pen, calon Barisan Nasional (FN) dan ahli politik rasis kanan jauh, meninggi populariti dengan hasutan yang keras. Dalam perceraian sosialis dan hasutan kuasa rasis, Jospin mendapat 16.18% berdarjat ketiga, membuat beliau tersingkir daripada pusingan pertama.[2] Rakyat Perancis terperanjat atas keputusan ini kerana keputusan yang tidak pernah disangka oleh sesiapa pun. Hal ini masih diingat oleh jutaan rakyat Perancis, sebagai "Peristiwa 21 April". Jospin mengakui bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada bidang politik.

Jika anggarannya benar sefikiran kita, keputusan pusingan pertama pilihan presiden ini bagai kilat. Sambil kanan jauh mendapat jumlah 20% dan kita terpaksa memilih satu antara dua calon berhaluan kanan, ianya tanda yang membimbangkan Perancis dan juga tanda bahaya kepada demokrasi. ... Kerana hasutan kanan jauh dan perceraian kiri, saya membuat keputusan sebagai tanggungjawab atas kecundangan ini, bahawa saya akan mengundurkan diri daripada bidang politik selepas pilihan presiden tamat.

Sesudah itu, Jospin tidak menunjukkan kehidupan peribadi. Malah, beliau masih lagi dianggap sebagai bakal calon presiden PS untuk pilihan tahun 2007. Buku karya beliau keluaran 2005 buat rakyat mengharapkan kepulangan Jospin. Dalam primer PS tahun 2006, beliau kata bahawa beliau barangkali bertanding dalam primer berikutnya jika rakyat ingini. Walau bagaimanapun, kali ini keadaannya tidak baik untuk beliau kerana didahului Ségolène Royal dalam pengundian. Akhirnya, beliau mengakui tidak akan bertanding untuk "tidak ceraikan", tetapi sokongkan sepenuhnya Royal yang menang dalam primer tersebut.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Jospin pernah berkahwin dengan Élisabeth Dannenmuller namun tidak dikurniakan anak, lalu bercerai. Beliau lalu berkahwin semula dengan Sylviane Agacinski, bekas isteri kepada Jacques Derrida, dan dikurniakan dua anak - Hugo dan Eva. Eva kini bekerja sebagai artis dan pereka bentuk.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-10. Dicapai pada 2018-05-10.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-10. Dicapai pada 2018-05-10.