Long Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Long Besar atau juga dikenali sebagai Long Bahar atau Tok Ku, adalah pemerintah kerajaan Jembal (Kedai Lalat sekarang) dari 1721 hingga 1734.[1]

Asal[sunting | sunting sumber]

Baginda berasal dari Patani yakni anak Datuk Pengkalan Tua yang menjadi Raja Jambu, Patani. Baginda kemudiannya merantau ke Kelantan bersama ayahandanya lalu berkahwin dengan Raja Pah puteri Sultan Umar, pemerintah Jembal ketika itu. beroleh lima putera dengan seorang puteri iaitu Tuan Kundur (Raja Muda Kota Sening), Long Nik Halus, Tuan Lepo (Tuan Puteri Balai Kuning). Tuan Jebok, Tuan Nik Junuh dan Tun Raja Ali.

Sebelum itu, baginda telah berkahwin dengan raja perempuan Patani bernama Raja Mas Jayam dan beroleh seorang puteri bernama Tuan Melor (Tuan Puteri Kembang Bunga) dan seorang Putera bernama Long Nik (Long Sulaiman).

Menaiki Takhta[sunting | sunting sumber]

Baginda memerintah Kelantan berpusat diKota Jembal selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 1721 hingga kepada mangkat pada tahun 1733, kenaikan baginda sebagai Raja Pemerintah Kelantan berikutan kemangkatan Sultan Umar dan penyerahan takhta Jembal oleh Raja Kecil Sulung putera Sultan Umar pada tahun 1721.

Sebelum itu, pada 1686, baginda membina Istana Sening (ada kalanya disebut Senang di sebelah hulu berhampiran dengan Kota Jembal) dan tinggal di sana. Kemudian, pada 1702, baginda membina pula sebuah kota di Kubang Labu (Wakaf Bharu kini), dikenali sebagai Kota Kubang Labu. Apabila baginda dilantik sebagai raja di Kota Jembal, Kota Kubang Labu diserahkan baginda kepada Long Sulaiman, anakanda baginda dengan isteri baginda di Patani.[2] manakala Kota Sening pula diserahkan kepada Raja Muda Tuan Kundur, anakanda baginda dengan Raja Pah Jembal sebagai Raja di Kota Sening.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat pada tahun 1733 dan dipercayai dimakamkan di Kampung Tok Ku, Kedai Lalat, Kota Bharu.[3]


Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1721 – 1734
Penyandang Kemudian
Sultan Umar Raja Long Sulaiman

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 1 Februari 2010. 
  2. ^ Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
  3. ^ "Makam (Tomb of) To Ku Long Bahar". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2011. Dicapai pada 25 Mei 2011.