Lubang hidung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lubang hidung
Lubang hidung manusia
Butiran
Sebahagian daripadaHidung
SistemSistem olfaktori
Pengenalpastian
nama bahasa Latinnaris
TAA06.1.02.002
FMAFMA:72005
Terminologi anatomi

Lubang hidung atau naris (/ˈnɛərs/) merupakan dua lubang yang terdapat pada organ hidung. Lubang hidup membolehkan masuk dan keluarnya udara dan gas dengan melalui rongga hidung. Pada burung dan mamalia, lubang hidung mengandungi tulang yang bercabang atau rawan yang dikenali sebagai konka nasal, yang berfungsi untuk memanaskan udara semasa penyedutan udara dan menghilangkan lembapan ketika menghembus nafas. Ikan pula tidak bernafas menggunakan hidung, tetapi mereka mempunyai dua lubang kecil yang digunakan untuk menghidu yang juga dirujuk sebgai lubang hidung.

Seperti tetrapod yang lain, manusia mempunyai dua lubang hidung luaran (nares anterior) dan dua lubang hidung tambahan di bahagian belakang rongga hidung, iaitu di dalam kepala (nares posterior). Ia juga menyambungkan hidung ke bahaguan tekak (nasofaring), yang membantu dalam sistem pernafasan. Walaupun keempat-empat lubang hidung itu berada di luar kepala nenek moyang akuatik tetrapod moden, lubang hidung untuk air keluar (lubang hidung yang ekskuren) berpindah ke dalam bahagian mulut, seperti yang dibuktikan dengan penemuan spesies Kenichthys campbelli, fosil ikan kuno (395 juta tahun) yang menunjukkan pemindahan ini. Ia mempunyai dua lubang hidung di antara gigi hadapannya, serupa dengan bentuk embrio manusia pada peringkat awal. Jika cantuman ini gagal, sumbing bibir dan lelangit akan berlaku.[1]

Setiap bahagian lubang hidung luar mengandungi kira-kira 1,000 helai rambut hidung, yang berfungsi untuk menapis zarah-zarah asing seperti debunga dan habuk.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lloyd, John; Mitchinson, John (2008). The Book of General Ignorance. London: Faber and Faber. m/s. 2, 299. ISBN 978-0-571-24139-2. OCLC 191753333. Dicapai pada 16 July 2011.
  2. ^ Blume-Peytavi, Ulrike; Whiting, David A.; Trüeb, Ralph M. (2008). Hair Growth and Disorders. Berlin: Springer. m/s. 10. ISBN 978-3540469087.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]