Luis Garcia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Luis García
Luis Garcia.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhLuis Javier García Sanz
Tarikh lahir24 June, 1978
Tempat lahirBadalona, Spain
Ketinggian5 ft 9 in (1.76 m)
Posisi permainanForward, Right Winger
Maklumat kelab
Kelab terkiniLiverpool
Nombor10
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1997–1999
1999–2002
1999–2000
2000–2001
2002–2003
2002–2003
2003–2004
2004–present
FC Barcelona B
Real Valladolid
CD Toledo Loan
CD Tenerife Loan
FC Barcelona
Atletico Madrid
FC Barcelona
Liverpool
72 (25)
31 (7)
17 (4)
40 (16)
0 (0)
30 (9)
25 (4)
60 (15)
Pasukan kebangsaan
2005–presentSpain12 (3)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 28 june 2006.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 28 June 2006

Luis Javier García Sanz atau dikenali dengan panggilan Luis Garcia adalah seorang pemain bola sepak daripada Sepanyol yang kini bermain untuk pasukan Liverpool. Beliau yang diberikan jersi nombor 10 mempunyai tabiat menjaringkan gol-gol terpenting untuk pasukan Liverpool. beliau menghisap ibu jari sebagai cara meraikan jaringan gol, sebagai memperingati kelaharian anaknya Joel.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Luis Garcia lahir pada 24 Jun 1978 di Badalona, Sepanyol. Luis Garcia pernah bermain untuk pasukan-pasukan FC Barcelona, CD Tenerife, Atlético de Madrid dan Real Valladolid dalam La Liga di Sepanyol.

Kebiasaannya, Luis bermain di bahagian tengah permainan, di kawasan yang dipanggil "hole" iaitu kawasan di antara midfield dan kawasan mainan striker. Di Liverpool, beliau mendapat reputasi menjaringkan gol-gol yang "susah" tetapi sering terlepas peluang untuk menjaringkan gol yang "mudah". Beliau juga sering terlepas bola keapda pihak lawan.

Beliau selesa menggunakan kaki kanan dan juga kaki kiri menjadikannya pemain serba guna, dan boleh bermain sama ada di sebelah kiri midfield ataupun di sebelah kanan, dan juga sebagai "back up striker". Walaupun berbadan kecil, beliau boleh menanduk bola dengan baik, walaupun apabila dicabaroleh pemain yang berbadan besar.

Pemain Liverpool[sunting | sunting sumber]

Luis Garcia dibeli oleh Rafael Benítez dalam bulan Ogos, 2004 dengan harga £6 juta. Rafael Benítez biasa menjadi jurulatih Luis semasa mereka di CD Tenerife. Beliau dibawa masuk untuk menggantikan El Hadji Diouf sebagai attacking midfielder. Beliau berjaya melaksanakan peranan dengan baik, dan menjadi salah seorang pemain kesebelasan utama di Liverpool. Beliau pertama kali beraksi untuk Liverpool dalam perlawanan [Liga Perdana]] menentang Bolton Wanderers pada 29 Ogos ]]2004]]. Liverpool tewas 1-0, dan gol yang dijaring oleh Luis Garcia tidak dikira kerana offside, walaupun sepatutnya gol itu sepatutnya dikira, sperti yang dibuktikan dalam ulang tayang video.

Gol pertama Luis untuk Liverpool dijaringkan semasa perlawanan menentang West Bromich Albion di Anfield dalam bulan September 2004. Pada musim tersebut, beliau menjaringkan 8 gol kesemuanya, termasuklah gol kemenangan semasa menentang Everton pada 20 Mac 2005.

Luis juga memainkan peranan penting dui dalam perlawnanan Liga Juara-Juara tahun 2005, dan menajringkan gol kemenangan menentang Juventus dan Chelsea. Beliau juga beraksi dalam perlawanan akhir menetang A.C. Milan pada 25 Mei 2005, dan mengakhiri musim 2005 dengan jaringan 13 gol dalam semua perlawanan. Untuk musim 2006, bilangan gol jaringan Luis berkurangan, tetapi beliau menjaringkan gold kemenangan menentang Chelsea dalam perlawanan separuh akhir Piala F.A.. Tetapi oleh kerana beliau menerima kad merah dalam perlawanan Liga Perdana menentang West Ham, beliau tidak dapat beraksi dalam perlawanan akhir Piala F.A. tahun 2006 kerana menjalani hukuman digantung permainan.

Hubungan Dengan Peminat[sunting | sunting sumber]

Menggantikan Michael Owen sebagai pemain yang menyaung jersi no. 10 bukanlah perkara mudah. tetapi, walaupun Luis melalui musim pertamanya di Liverpool dengan eprsembahan yang agak tidak konsisten, Luis diterima dan dianjung oleh peminat-peminat di Liverpool. Ramai yang kecewa apabila Luis kehilangan bola kepada pihak lawan, tetapi peminat menyanjung beliau sebagai seorang match winner seperti yang dibuktikan dalan perlawanan menetang Juventus dan Chelsea. Untuk Luis, Chelsea menjadi pasukan keramat belaiu, kerana gold jaringan Luis menewaskan Chelsea dalam 2 perlawanan separuh akhir! iaitu perlawanan separuh alhir liga Juara-Juara UEFA Champions League 2004-05 di Anfield dan perlawanan separuh akhir musim 2005-06 Piala F.A. di Old Trafford

Beliau mempunyai lagu yang direka oleh peminat Liverpool, dinyanyikan mengikut irama lagu "You Are My Sunshine". tetapi ditukarkan senikata "Luis Garcia, He drinks Sangria, He came from Barça, To bring us joy, He's five foot seven, He's football heaven, So please don't take our Luis away"

Pasukan Kebangsaan Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Belaiu beberapa kali dipilih untuk menyertai pasukan Sepanyol. Luis menjaringkan hattrick semasa perlawanan menentang Slovakia dalam perlawanan play off bagi melayakkan diri ke Piala Dunia 2006. Selepas Sepanyol melayakkan diri, Luis dipilih menyertai skuad Sepanyol untuk beraksi semasa Piala Dunia 2006 di Jerman. Beliau menjaringkan satu gol dalam kemenangan 4-0 menentang Ukraine.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Luis sudah mendirikan rumahtangga dan mempunayi seorang anak lelaki bernama Joel.

Kejayaan Sebagai Pemain[sunting | sunting sumber]

    • 2004–05 Liga Juara-Juara UEFA
    • 2005–06 Super Cup Eropah
    • 2005–06 Piala F.A.
    • 2006-07 F.A. Community Shield