Slovakia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Slovakia
ريڤوبليك سلوۏاکيا
Slovenská republika
Bendera Slovakia
Jata Slovakia
Bendera Jata
Lagu kebangsaanNad Tatrou sa blýska
Lokasi  Slovakia  (jingga) – di Eropah  (tan & putih) – di Kesatuan Eropah  (tan)                  [Petunjuk]
Lokasi  Slovakia  (jingga)

– di Eropah  (tan & putih)
– di Kesatuan Eropah  (tan)                  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Bratislava
Bahasa rasmiBahasa Slovakia
DemonimSlovakia
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Zuzana Čaputová
Robert Fico
Merdeka
• 
28 Oktober 1918
23 November 1938
14 Mac 1939
1 Januari 1969
• Slovak Republic (change of name within Czechoslovak Federation)
1 Mac 1990
1 Januari 1993a
• Memasuki Kesatuan Eropah
1 Mei 2004
Keluasan
• Jumlah
49,035 km2 (18,933 bt2) (ke-127)
• Perairan (%)
0.0789
Populasi
• Perkiraan 2018
5,445,087[1] (ke-116)
• Bancian Penduduk 2011
5,397,036
111/km2 (287.5/sq mi) (ke-88)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$203.244 bilion[2] (ke-68)
$37,268[2] (ke-38)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$112.333 bilion[2] (ke-61)
$20,598[2] (ke-41)
Gini (2017)positive decrease 23.2[3]
rendah · ke-8
HDI (2017) 0.855[4]
sangat tinggi · ke-38
Mata wangEuro (€)2
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan421
Kod ISO 3166SK
DPT internet.sk²
1 Czechoslovakia berpecah menjadi Republik Czech dan Slovakia.
² .eu hanya untuk ahli Kesatuan Eropah.
³ Kod 42 dikongsi bersama Republik Czech sehingga 1997.

Slovakia (Slovak: Slovensko [ˈsloʋensko] ( dengar); Jawi: سلوۏاکيا), secara rasminya disebut Republik Slovakia (Slovak: Slovenská republika), merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah. Slovakia berkongsi sempadan dengan Republik Czech, Austria, Poland, Ukraine dan juga Hungary. Keluasan negara ini kira-kira 49,000 kilometer persegi (19,000 bt2) dan kebanyakan muka buminya adalah bergunung-ganang. Bahasa rasmi bagi negara ini ialah bahasa Slovakia.

Bangsa Slav tiba di Slovakia sekitar abad ke-5 dan ke-6. Pada abad ke-7, mereka memainkan peranan penting dalam menubuhkan Empayar Samo dan menubuhkan Kerajaan Nitra pada abad yang seterusnya. Pada abad ke-10, kawasan ini diserap ke dalam Kerajaan Hungary[5] dan menjadi sebahagian daripada Empayar Habsburg dan Empayar Austria-Hungary. Selepas Perang Dunia Pertama, orang-orang Slovakia dan Czech menubuhkan negara Czechoslovakia. Ketika Perang Dunia Kedua, Slovakia menjadi suatu negara pelanggan rejim Nazi Jerman. Pada 1945, Czechoslovakia ditubuhkan semula namun di bawah pengaruh komunis Soviet. Slovakia mengisytiharkan kemerdekaan pada 1 Januari 1993 selepas pembubaran Czechoslovakia secara aman.

Slovakia merupakan sebuah negara membangun.[6][7] Slovakia menyertai Kesatuan Eropah pada 2004 dan Eurozone pada 1 Januari 2009.[8] Slovakia juga ahli bagi Kawasan Schengen, NATO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OECD dan WTO.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pentarikhan radiokarbon menyatakan bukti arkeologi terawal di Slovakia ditemui berdekatan Nové Mesto nad Váhom kira-kira 270,000 SM, iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Barang-barang yang ditemui menjadi bukti manusia menduduki tempat itu beribu tahun dahulu.

Pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi, puak Hun mula meninggalkan Asia Tengah. Mereka merentasi Danube kira-kira pada tahun 377 lalu menduduki Pannonia sebagai kubu pertahanan untuk melancarkan serangan ke atas Eropah Barat. Walau bagaimanapun, kematian raja mereka, Attila pada 453 antara faktor puak Hun meninggalkan kawasan ini. Pada tahun 568, gabungan puak Turko-Mongol iaitu Avar, membuat pencerobohan ke Danube. Avar menduduki tanah rendah Pannonia dan menubuhkan sebuah kerajaan lalu mendominasi Lembangan Pannonia. Pada 623, puak Slav mula menduduki bahagian barat Pannonia selepas diserang oleh Samo, seorang pedagang Frank. Sehingga 1804, kuasa Avar akhirnya berakhir di Pannonia.

Kerajaan Moravia muncul sekitar tahun 830 apabila Raja Mojmír I menyatukan puak Slav dan meluaskan ketuanan Moravia melalui puak-puak ini. Selepas kemangkatan Raja Mojmir, Raja Ratislav menyerahkan Kerajaan Nitra kepada sepupunya, Svatopluk sebagai "appanage". Kerajaan Moravia mencapai zaman kegemilangan apabila di bawah kekuasaan Raja Svatopluk sehingga menjangkau Austria, Hungary, Bohemia, Silesia, Lusatia, Poland dan Serbia. Namun, sempadan sebenar masih dalam pertikaian antara penulis moden.[9]

Selepas kemangkatan Svatopluk, beliau digantikan oleh anaknya, Mojmír II. Kerajaan di bawah beliau kelihatan sedikit goyah apabila konflik dalaman berlaku dan kesannya Kerajaan Moravia kehilangan beberapa wilayah. Dalam tiga pertempuran yang berlaku berdekatan Bratislava sekitar tahun 907, orang nomad Magyar (kini Hungary) mengalahkan tentera Bavaria. Peristiwa ini juga menandakan kejatuhan Kerajaan Moravia akibat ditakluk orang Hungary dan sesetengah sejarawan mengatakan serangan ini berlaku lebih awal iaitu pada tahun 902.

Era jajahan Hungary[sunting | sunting sumber]

Selepas kejatuhan Kerajaan Moravia, orang-orang Hungary menduduki wilayah ini. Selepas kekalahan orang Hungary di Sungai Lech, mereka meninggalkan cara nomad mereka lalu menubuhkan kerajaan Hungary. Dari abad ke-11, Slovakia diduduki kerajaan Hungary sehingga keruntuhan Empayar Austria-Hungary pada tahun 1918. Komposisi penduduk di Slovakia menjadi berbilang apabila kedatangan orang Jerman pada abad ke-13 dan orang Yahudi pada abad ke-14. Penurunan yang ketara dalam populasi itu adalah akibat serangan Mongol pada 1241. Walau bagaimanapun ketika Zaman Pertengahan, banyak pembinaan bandar-bandar, istana batu dan kesenian.

Sebelum tentera Uthmaniyyah menyerang Hungary pada 1541, ibu kota Hungary di Buda terpaksa dipindahkan ke Pressburg (kini ia ialah Bratislava). Pressburg menjadi ibu kota Kerajaan Hungary pada 1536. Tetapi akibat serangan tentera Uthmaniyah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di kawasan luar bandar.[10] Selepas tentera Turki keluar dari Hungary pada lewat ke-17, kepentingan wilayah moden Slovakia dikesan dan Pressburg kekal sebagai ibu kota sehingga 1848 apabila ia diberikan kepada Buda.[11]

Ketika Eropah dilanda revolusi pada tahun 1848, orang-orang Slovakia menyokong Maharaja Austria dan berharap mendapat kemerdekaan daripada Hungary tetapi mereka gagal mencapai matlamat mereka. Selepas itu hubungan antara bangsa akhirnya merosot dan membawa kepada pemisahan Slovakia dari Hungary selepas Perang Dunia Pertama.

Era Czechoslovakia[sunting | sunting sumber]

Milan Rastislav Štefánik (1880-1919), tokoh penyatuan Czechoslovakia.

Pada tahun 1918, Slovakia dan bahagian-bahagian Bohemia, Moravia, Silesia Czech dan Carpathian Ruthenia membentuk sebuah negara baru iaitu Czechoslovakia dan sempadan negara telah disahkan dalam Perjanjian Saint Germain dan Perjanjian Trianon. Tokoh terkemuka Slovakia, Milan Rastislav Štefánik (1880–1919) maut dalam satu kemalangan kapal terbang. Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Czechoslovakia menjadi sebuah negara Eropah yang berdaulat.

Ketika tempoh antara perang, negara demokratik Czechoslovakia bersekutu dengan Perancis, dan juga bersama Romania dan Yugoslavia (Little Entente). Walau bagaimanapun, Perjanjian Locarno membolehkan dunia Eropah menjadi selamat dan aman. Orang Czech dan Slovakia masing-masing gembira akan berita ini. Mereka bukan sahaja dalam progres untuk membangunkan negara mereka, tetapi meluaskan peluang pendidikan dan kebudayaan.

Selepas itu, Czechoslovakia mengalami tekanan apabila kerajaan Jerman dan Hungary melancarkan revanchisme (diambil dari dalam bahasa Perancis yang bermaksud balas dendam). Akhirnya, Perjanjian Munich pada September 1938 membolehkan tentera Nazi menduduki bahagian Sudetenland di Czechoslovakia. Sudetenland ialah sebuah daerah di Czechoslovakia di mana majoritinya ialah penutur Jerman dan ia terletak di sempadan Jerman dan Austria. Bahagian timur dan selatan Slovakia diambil oleh Hungary dalam Anugerah Vienna Pertama pada November 1938.

Jerman mengancam untuk menjajah sebahagian Slovakia dan membolehkan kawasan selebihnya dibahagikan kepada Hungary dan Poland kecuali kemerdekaan diisytiharkan. Slovakia kemudian keluar dari Czecoslovakia lalu menjadi sekutu Hitler. Kerajaan Slovakia akhirnya dikuasai oleh pro-Hitler, Jozef Tiso dan Vojtech Tuka yang disokong orang ramai. Sementara itu, kerajaan Czechoslovakia terus tidak berpuas hati akan Perjanjian Munich yang membolehkan Jerman menduduki Czechoslovakia. Kebanyakan orang Yahudi dibawa ke kem maut Jerman. Walau bagaimanapun, baki ribuan Yahudi bekerja sebagai buruh di kem-kem Slovakia.

Di bawah kerajaan Jozef Tiso, sebahagian besar penduduk Yahudi Slovakia (kira-kira 75,000–105,000 orang) dibunuh.[12][13] Tiso menjadi satu-satunya pemimpin Eropah yang membayar kepada pihak berkuasa Nazi agar mengusir orang=orang Yahudi dari Slovakia.[14][15]

Tentera Merah Soviet terus memberi tekanan ke atas Nazi di bahagian timur dan tengah Eropah. Gerakan anti-Nazi melancarkan pemberontakan bersenjata dikenali Pemberontakan Kebangsaan Slovakia pada tahun 1944. Tentera Jerman memusnahkan perkampungan dan membunuh ribuan orang awam.[16] Slovakia akhirnya dibebaskan oleh tentera Soviet dan Romania pada April 1945.

Era komunis[sunting | sunting sumber]

Pencerobohan Pakatan Warsaw ke atas Czechoslovakia.

Selepas Perang Dunia Kedua, Czechoslovakia ditubuhkan semula dan Jozef Tiso melaksanakan hukuman mati pada 1947 oleh kerana kesetiannya terhadap Nazi. Lebih daripada 80 ribu orang Hungary[17] dan 32 ribu orang Jerman dipaksa meninggalkan Slovakia dalam siri pemindahan penduduk oleh Pihak Bersekutu ketika Persidangan Potsdam.[18] Dari 130 ribu orang Jerman di Slovakia pada tahun 1938 dan pada 1947, ia berkurang kepada 20 ribu orang.

Czechoslovakia diduduki tentera Soviet dan Pakatan Warsaw selepas satu rampasan kuasa pada tahun 1948. Czechoslovakia kemudian diserang oleh Pakatan Warsaw pada tahun 1968. Serangan itu menandakan berakhirnya tempoh liberalisasi oleh Alexander Dubček. Pada 1969, Czechoslovakia menjadi sebuah negara persekutuan terdiri daripada Republik Sosialis Czech dan Republik Sosialis Slovakia.

Berpecah[sunting | sunting sumber]

Tamatnya era pemerintahan komunis di Czechoslovakia pada 1989 ketika Revolusi Velvet dan diikuti pembubaran negara. Pada Julai 1992, Perdana Menteri Slovakia, Vladimír Mečiar mengisytiharkan Slovakia sebagai negara bebas. Pada 1992, Mečiar dan Perdana Menteri Czech, Václav Klaus berunding untuk membubarkan Persekutuan. Pada bulan November, Parimen Persekutuan mengundi untuk membubarkan Czechoslovakia secara rasmi pada 31 Disember 1992.

Republik Slovakia dan Republik Czech berpecah selepas 1 Januari 1993. Slovakia merupakan rakan kongsi yang rapat bagi Republik Czech. Kedua-dua negara bekerjasama dengan Hungary dan Poland dalam Kumpulan Visegrád. Slovakia menjadi ahli NATO pada 29 Mac 2004 dan menyertai Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004. Mulai 1 Januari 2009, Slovakia memakai mata wang Euro sebagai mata wang rasmi.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Slovakia terletak di antara garisan latitud 47° dan 50° U, dan longitud 16° dan 23° T. Bentuk muka bumi Slovakia kebanyakannya ialah berhutan tebal dan Banjaran Ore yang lasak mendominasi bahagian tengah Slovakia. Pergunungan Karpatos pula terletak di bahagian utara Slovakia dan berkongsi sempadan dengan Republik Czech dan Poland. Ukurannya Luas daripada Bolivia dan Paraguay.

Puncak tertinggi di Slovakia ialah Pergunungan Tatra.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Statistics". slovak.statistics.sk.
  2. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2018". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 7 Mac 2019.
  3. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income - EU-SILC survey". ec.europa.eu. Eurostat. Dicapai pada 7 March 2019.
  4. ^ "2017 Human Development Report". 14 September 2018. Dicapai pada 14 September 2018.
  5. ^ Dixon-Kennedy, Mike (1998). Encyclopedia of Russian & Slavic myth and legend. ABC-CLIO. m/s. 375. ISBN 978-1-57607-130-4. Dicapai pada 23 April 2009.
  6. ^ "Country and Lending Groups". worldbank.org.
  7. ^ "Advanced economies". IMF. 14 September 2006. Dicapai pada 16 October 2010.
  8. ^ "Kyiv Post. Independence. Community. Trust – World – Slovakia 16th country to adopt euro". Kyivpost.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2013. Dicapai pada 22 May 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Tóth, Sándor László (1998). Levediától a Kárpát-medencéig ("From Levedia to the Carpathian Basin"). Szeged: Szegedi Középkorász Műhely. m/s. 199. ISBN 963-482-175-8.
  10. ^ "Part of Hungary, Turkish occupation". Slovakiasite.com
  11. ^ "Bratislava". Slovakiasite.com
  12. ^ Dawidowicz, Lucy. The War Against the Jews, Bantam, 1986. p. 403
  13. ^ Rebekah Klein-Pejšová (2006). "An overview of the history of Jews in Slovakia". Slovak Jewish Heritage. Synagoga Slovaca. Dicapai pada 2 August 2007.
  14. ^ "Slovak bishop praises Nazi regime". BBC News. 4 January 2007. Dicapai pada 4 January 2010.
  15. ^ "Antisemitism and Xenophobia Today – Slovakia". Axt.org.uk. Dicapai pada 2013-09-10.
  16. ^ "Slovenské Národné Povstanie – the Slovak national uprising". SME.sk.
  17. ^ "Management of the Hungarian Issue in Slovak Politics" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-03-25. Dicapai pada 16 October 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Rock, David; Stefan Wolff (2002). Coming home to Germany? The integration of ethnic Germans from central and eastern Europe in the Federal Republic. New York; Oxford: Berghahn.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga Daftar negara