A.C. Milan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
AC Milan
Lambang AC Milan
Nama penuh Associazione Calcio Milan S.p.A.[1]
Gelaran I Rossoneri (Merah Hitam)
Il Diavolo (Syaitan)
Casciavit (Lombard untuk: Pemutar skru)
Nama pendek ACM
Diasaskan 13 Disember 1899; 116 tahun yang lalu (1899-12-13)[2]
Stadium San Siro
(Kapasiti: 80,018)
Pemilik(s) Fininvest (99.93%)
Pemegang lain (0.07%)
Presiden Kehormat Silvio Berlusconi
Ketua jurulatih Vincenzo Montella
Liga Serie A
2015–16 Serie A, Ke-7
Tapak web Laman kelab
tuan rumah
tempat lawan
ketiga
Musim terkini

Associazione Calcio Milan (sebutan bahasa Itali: [assotʃatˈtsjoːne ˈkaltʃo ˈmiːlan]  ( listen)), ataupun dikenali sebagai A.C. Milan dan secara ringkasnya ialah Milan, merupakan kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Milan, Itali dan kini bermain di Serie A, divisyen teratas bola sepak Itali. Milan telah ditubuhkan oleh orang Inggeris yang bernama Herbert Kilpin dan seorang ahli perniagaan, Alfred Edwards pada tahun 1899.[3][4] Milan kini banyak beraksi di Serie A sejak musim 1929-30 kecuali pada musim 1980–81 dan 1982–83.[5]

Dalam kejohanan Eropah dan Dunia, AC Milan telah memenangi 18 gelaran juara antarabangsa yang diiktiraf, paling banyak antara semua kelab di dunia.[6] Kelab itu telah memenangi Liga Juara-Juara UEFA sebanyak tujuh kali; hanya Real Madrid sahaja yang telah memenanginya lebih banyak (9).[7] Dalam kejohanan di Itali pula, AC Milan merupakan kelab kedua yang paling berjaya dengan 18 gelaran juara liga; di belakang Juventus (27). AC Milan telah memenangi Piala Antara Benua/Piala Dunia Kelab empat kali, paling banyak antara semua kelab di dunia. Antara kejuaraan lain yang telah dimenangi Milan adalah Piala Super Eropah lima kali, Piala Juara-Jura UEFA dua kali, walaubagaimanapun mereka tidak pernah berjaya ke final Piala UEFA (hanya pernah berjaya ke dua separuh-akhir). Di Itali, Coppa Italia (Piala Itali) lima kali dan juga lima Piala Super Itali. AC Milan juga merupakan salah satu pengasas G-14, iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.[8]

Milan bermain di laman sendiri iaitu San Siro atau dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza. Stadium ini dikongsi bersama musuh tradisi, Internazionale selain stadium ini menampung jumlah kapasiti 80,018 sekali gus menjadi stadium terbesar di Itali. Inter adalah pesaing terbesar baik kelab ini dan pertembungan kedua-dua pasukan ini disebut sebagai Derby della Madonnina.[9] Sehingga 2010, Milan merupakan kelab ketiga di Itali memiliki bilangan peminat teramai dan ketujuh kelab memiliki penyokong terbanyak di Eropah.

Kini, pemilik kelab ini ialah mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi manakala naib presiden pula ialah Adriano Galliani. Kelab ini salah satu kelab terkaya dan berharga di Itali dan di dunia.[10] AC Milan juga merupakan salah satu pengasas G-14, iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Helbert Kilpin, kapten pasukan pertama Milan.
Gambar bersejarah barisan pemain Milan, 1901.

Kelab ini ditubuhkan sebagai sebuah kelab kriket pada tahun 1899 oleh dua orang ekspatriat British Alfred Edwards dan Herbert Kilpin, yang datang dari Nottingham. Sebagai tanda hormat pada asal-usulnya, kelab itu telah memilih untuk mengekalkan ejaan Bahasa Inggeris pada namanya, daripada menukarnya kepada Bahasa Itali Milano (walaupun ia terpaksa melakukannya sewaktu rejim fasis, seperti Genoa dan Inter); ia juga harus diketahui bahawa sebutan Italinya yang sebenarnya adalah MEE-lan, dari dialek tempatan. AC Milan memenangi kejuaraan Itali pertamanya pada 1901, dan sekali lagi pada 1906 and 1907.

Pada tahun 1908 kelab itu telah mengalami perpecahan yang disebabkan oleh perbalahan dalaman mengenai pengambilan pemain asing, yang kemudiannya menjurus kepada penubuhan sebuah lagi kelab Milan, F.C. Internazionale Milano. Selepas peristiwa ini, AC Milan telah gagal memenangi sebarang kejuaraan domestik sehinggalah 1950-51. Pada tahun 1963 mereka memperoleh kejuaraan antarabangsa sulungnya, dengan memenangi Piala Eropah mengalahkan S.L. Benfica di final. Kejayaan ini diulangi pada 1969, dan diikuti dengan Piala Antara Benua pada tahun yang sama. Selepas persaraan Gianni Rivera, Milan mengalami zaman kemerosotan, di mana mereka telah terlibat dengan skandal Totonero 1980 dan disingkir ke Serie B sebagai hukuman, buat kali pertama dalam sejarah mereka. Skandal itu berkisar pada sebuah sindiket pertaruhan yang merasuah pemain dan pengadil untuk mengatur keputusan perlawanan. AC Milan berjaya naik semula ke Serie A dengan cepat, tetapi kembali ke Serie B hanya semusim kemudian setelah mereka menamatkan musim Serie A 1981-82 mereka di zon penyingkiran.

Pada tahun 1986, pengusaha Silvio Berlusconi telah membeli kelab tersebut, dan lantas membelanjakan duit yang banyak dalam pasukan itu, melantik jurulatih yang sedang meningkat naik Arrigo Sacchi sebagai ketua jurulatih rossoneri dan membeli tiga pemain Belanda iaitu Marco van Basten, Ruud Gullit dan Frank Rijkaard. Ini merupakan permulaan zaman paling gemilang dalam sejarah kelab itu, di mana AC Milan telah memenangi tujuh kejuaraan domestik, lima trofi Liga Juara-Juara Eropah, dan tiga Piala Antara Benua.

Selepas Sacchi meninggalkan Milan pada 1991, Fabio Capello menjadi ketua jurulatih dan membimbing Milan untuk menjulang tiga gelaran scudetto selama tiga musim berturut-turut dari musim 1991-92 hingga 1993-94 selain pasukan ini melakar rekod 58 perlawanan tanpa kalah.[11] Selain itu, pasukan Milan semasa di bawah pengurusan Capello berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara sebanyak dua kali dalam masa dua tahun. Selepas kecewa tewas kepada Marseille pada final 1993, mereka akhirnya menjulang trofi Liga Juara-Juara pada tahun berikutnya dengan menewaskan pasukan Dream Team Barcelona ketika Barcelona di bawah bimbingan Johan Cruyff dengan jaringan 4-0. Capello membawa Milan menjulang trofi liga pada musim 1995-96 sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 1996.[12] Selepas dua tahun, akhirnya Milan memenangi semula kejuaraan liga.

Trio mantap Milan dari Belanda iaitu Rijkaard, Van Basten dan Gullit pada tahun 1988.

Milan kembali ke zaman kegemilangannya semula apabila bekas pemain kelab ini, Carlo Ancelotti menjawat jawatan ketua jurulatih. Ancelotti membawa Milan ke final Liga Juara-Juara dan mereka menewaskan Juventus pada penentuan penalti dan berjaya membawa pulang trofi keenam Piala Eropah.[13] Pasukan ini memenangi scudetto pada musim 2003-04 dn melangkah ke final Liga Juara-Juara sekali lagi pada musim berikutnya. Namun kali ini amat memedihkan apabila mereka kecundang di tangan Liverpool pada penentuan penalti selepas seri 3-3. Dua tahun kemudian, dua pasukan ini berentap sekali lagi pada final Liga Juara-Juara dan akhirnya, Milan menang 2-1 sebagai kejuaraan Eropah buat kali ketujuh.[14][15] Pasukan ini meneruskan rentak cemerlang apabila menang pada kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA pada Disember 2007.[16] Pada 2009, Ancelotti akhirnya berpindah ke Chelsea selepas menjadi jurulatih kedua paling lama membiming Milan iaitu sebanyak 420 perlawanan dihadapinya.

Pada masa ini juga, Milan terbabit dalam skandal Calciopoli, di mana lima pasukan yang terlibat dalam skandal ini dituduh merasuah penetapan permainan dan termasuk pengadil perlawanan.[17] Siasatan polis ke atas pengurus Milan telah dikecualikan[18] tetapi Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) kemudiannya memutuskan ia mempunyai keterangan untuk menuduh naib presiden Milan, Adriano Galliani. Sebagai keputusannya, Milan telah dipotong 15 mata dan dilarang untuk menyertai Liga Juara-Juara UEFA 2006-07. Rayuan dikemukakan untuk mengurangkan hukuman kepada lapan mata[19] seterusnya memberi harapan cerah untuk Milan menghadapi saingan Liga Juara-Juara.

Selepas skandal Calciopoli, musuh Milan, Inter mendominasi Serie A dengan membolot empat gelaran scudetto berturut-turut. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pemain seperti Zlatan Ibrahimović, Robinho dan Alexandre Pato, mereka berjaya meraih kejuaraan liga pada musim 2010-11 dan seterusnya gelaran liga kali ke-18.[20][21]

Warna dan lencana[sunting | sunting sumber]

Lencana

Sepanjang keseluruhan sejarah kelab itu, mereka telah menggunakan warna merah dan hitam. Warna tersebut dipilih untuk melambangkan semangat juang yang tinggi para pemainnya (merah) dan kegerunan pihak lawan untuk menghadapi mereka (hitam). Disebabkan pakaian merah dan hitam Milan, mereka telah mendapat gelaran rossoneri.[22] Seluar putih dan stoking hitam digunakan sebagai sebahagian daripada pakaian sewaktu bermain sebagai tuan rumah.

Pakaian Milan sewaktu bermain di tempat lawan adalah sentiasa serba putih. Ia dianggap "pembawa tuah" oleh para penyokong dan kelab tersebut dalam final Liga Juara-juara, melihatkan kepada fakta di mana Milan telah memenangi enam final daripada lapan dengan memakai serba putih (hanya kalah kepada Ajax pada tahun 1995 dan Liverpool pada tahun 2005), manakala mereka hanya memenangi satu daripada tiga sewaktu memakai warna merah-hitam. Pakaian ketiga mereka berubah setiap tahun dan ia merupakan hitam dengan sedikit merah untuk musim terbaru, tetapi ia jarang digunakan.

Selama beberapa tahun, lencana Milan adalah bendera Milan; yang pada asalnya merupakan bendera Saint Ambrose.[23] Satu lagi gelaran yang diambil daripada warna kelab itu adalah "the Devil". Satu imej red devil pernah digunakan sebagai logo AC Milan dengan bintang Golden Star for Sport Excellence diletakkan bersebelahannya;[23] bintang tersebut dianugerahkan kepada kelab tersebut setelah mereka memenangi 10 kejuaraan liga. Ketika ini, lencana itu melambangkan warna kelab tersebut dengan bendera Comune di Milano, dengan akronim ACM di atas serta tahun penubuhan (1899) di bawah.[23]

Stadium[sunting | sunting sumber]

Untuk perincian mengenai topik ini, sila lihat Stadium San Siro.
Penyokong Milan di San Siro 2006

Stadium pasukan ini adalah San Siro yang berkapasiti 82,955 tempat duduk, secara rasminya dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza sempena nama bekas pemain yang pernah bermain untuk Milan dan Internazionale. Nama San Siro diambil daripada daerah di mana ia terletak. Stadium ini dikongsi bersama Inter, sebuah lagi kelab bola sepak yang besar di Milan. Stadium ini terkenal dengan suasananya yang hebat disebabkan oleh kedudukan yang dekat di antara tempat duduknya dengan padang. Seringkali mercun digunakan oleh penonton dan menyebabkan masalah kerap berlaku.

Pada 19 Disember 2005, naib presiden AC Milan dan pengarah eksekutif Adriano Galliani mengumumkan bahawa kelab itu bercadang untuk berpindah dari San Siro. Beliau mengatakan bahawa stadium baru Milan akan berdasarkan Veltins-Arena dan mengikut standard stadium bola sepak di Amerika Syarikat, Jerman dan Sepanyol. Ia kemungkinan akan digunakan untuk bola sepak sahaja (tiada balapan olahraga). Stadium baru ini akan dinamakan sempena penaja.[24]

Pada 20 September 2015, walau bagaimanapun, Silvio Berlusconi telah dipanggil untuk menamatkan rancangan Milan untuk membina sebuah stadium baru.

Penyokong dan pesaing[sunting | sunting sumber]

Adik beradik Franco (kanan) dan Giuseppe (kiri) Baresi berentap dalam pertembungan Milan pada tahun 1980.

Milan merupakan salah satu kelab bolasepak yang paling ramai penyokong di Itali, menurut satu kajian pada Ogos 2007 oleh akhbar Itali La Repubblica[25]. Dari segi sejarah, Milan disokong oleh golongan pekerja dan ahli kesatuan sekerja,[26] di mana sebahagiannya terdiri daripada pendatang dari kawasan Selatan Itali. Sementara itu, kebanyakan penyokong saingannya pula Inter Milan merupakan golongan yang lebih kaya iaitu golongan pertengahan.[26]

Salah satu kumpulan ultra yang tertua dalam bolasepak Itali, Fossa dei Leoni, berasal dari Milan.[27] Ketika ini kumpulan ultra yang utama adalah Brigate Rossonere dan ia telah menjadi kumpulan utama sejak pertengahan 1970.[27] Dari segi politik, golongan ultra di Milan tidak pernah mempunyai kecenderungan,[27] tetapi pihak media seringkali mengaitkan mereka dengan golongan berhaluan kiri,[28] sehinggalah ketika di bawah Berlusconi sebagai presiden mereka kini dianggap sebagai berhaluan kanan.[29]

Para penyokong Genoa menganggap Milan sebagai musuh ketat selepas seorang penyokong Genoa Vincenzo Spagnolo telah terbunuh setelah ditikam seorang penyokong Milan pada Januari 1995.[30] Walaubagaimanapun, musuh utama Milan, adalah jirannya Inter; kedua-dua kelab ini bertemu dalam perlawanan yang sentiasa ditunggu-tunggu Derby della Madonnina dua kali setiap musim Serie A. Nama pertemuan ini merujuk kepada Blessed Virgin Mary, yang mana patungnya yang terletak di atas Milan Cathedral merupakan salah satu tempat tumpuan di kawasan tersebut. Perlawanan tersebut biasanya menimbulkan suasana yang rancak, di mana banyak sepanduk (kebanyakannya lucu dan mengandungi kata-kata kesat) direntangkan sebelum perlawanan. Mercun juga biasa diguna, tetapi ia juga telah menyebabkan perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara 2004-05 di antara Milan dan Inter pada 12 April, 2005, dihentikan setelah mercun yang dilemparkan dari tempat duduk penonton oleh penyokong Inter terkena bahu penjaga gol Milan Dida.[31]

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 21 Mei 2016.[32]
No. Posisi Pemain
1 Sepanyol GK Diego López
2 Itali DF Mattia De Sciglio
4 Itali MF José Mauri
5 Perancis DF Philippe Mexès
7 Perancis FW Jérémy Ménez
9 Brazil FW Luiz Adriano
10 Jepun MF Keisuke Honda
13 Itali DF Alessio Romagnoli
15 Brazil DF Rodrigo Ely
16 Itali MF Andrea Poli
17 Colombia DF Cristián Zapata
18 Itali MF Riccardo Montolivo (kapten)[33]
19 Perancis FW M'Baye Niang
No. Posisi Pemain
20 Itali DF Ignazio Abate
25 Republik Czech DF Stefan Simić
27 Slovakia MF Juraj Kucka
28 Itali MF Giacomo Bonaventura
31 Itali DF Luca Antonelli
45 Itali FW Mario Balotelli (dipinjam dari Liverpool)[34]
70 Colombia FW Carlos Bacca
72 Ghana FW Kevin-Prince Boateng
73 Itali MF Manuel Locatelli
91 Itali MF Andrea Bertolacci
96 Itali DF Davide Calabria
99 Itali GK Gianluigi Donnarumma

Dipinjam[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
Itali GK Michael Agazzi (di Middlesbrough sehingga 30 Jun 2016)
Brazil GK Gabriel (di Napoli sehingga 30 Jun 2016)
Itali DF Giorgio Altare (di Virtus Bergamo sehingga 30 Jun 2016)
Itali DF Gabriel Paletta (di Atalanta sehingga 30 Jun 2016)
Colombia DF Jherson Vergara (di Livorno sehingga 30 Jun 2016)
Nigeria MF Favour Aniekan (di Krka sehingga 30 Jun 2016)
Argentina MF Juan Mauri (di Akragas sehingga 30 Jun 2016)
Bosnia dan Herzegovina MF Andrej Modić (di Vicenza sehingga 30 Jun 2016)
Itali MF Matteo Pessina (di Catania sehingga 30 Jun 2016)
Itali FW Giacomo Beretta (di Pro Vercelli sehingga 30 Jun 2016)
Itali FW Matteo Chinellato (di Cuneo sehingga 30 Jun 2016)
No. Posisi Pemain
Itali FW Gianmario Comi (di Livorno sehingga 30 Jun 2016)
Itali FW Davide Di Molfetta (di Rimini sehingga 30 Jun 2016)
Itali FW Stephan El Shaarawy (di Roma sehingga 30 Jun 2016)
Maghribi FW Hachim Mastour (di Málaga sehingga 30 Jun 2017)
Itali FW Alessandro Matri (di Lazio sehingga 30 Jun 2016)
Nigeria FW Nnamdi Oduamadi (di HJK Helsinki sehingga 31 Dosember 2016)
Sepanyol FW Suso (di Genoa sehingga 30 Jun 2016)
Sepanyol FW Fernando Torres (di Atlético Madrid sehingga 30 Jun 2016)
Itali FW Simone Verdi (di Carpi sehingga 30 Jun 2016)
Itali FW Gianmarco Zigoni (di SPAL sehingga 30 Jun 2016)

Nombor yang telah disimpan[sunting | sunting sumber]

No. Pemain Warganegara Posisi Debut untuk Milan Perlawanan terakhir Ruj.
3* Maldini, PaoloPaolo Maldini Bendera Itali Itali Bek tengah / Bek kiri 25 Januari 1985 31 Mei 2009 [35]
6 Baresi, FrancoFranco Baresi Bendera Itali Itali Pertahanan 23 April 1978 1 Jun 1997 [36]

* Mungkin akan dikembalikan kepada salah satu daripada dua anaknya, salah seorang daripada anaknya perlu bermain secara profesional untuk kelab.

Pemain terkenal[sunting | sunting sumber]

Sejarah presiden[sunting | sunting sumber]

Milan telah mempunyai beberapa presiden dalam sejarah mereka, sesetengah daripadanya adalah pemilik kelab itu manakala yang lain pernah menjadi presiden kehormat. Ini merupakan senarai lengkap mereka.[37]

 
Nama Tahun
Alfred Edwards 1899–1909
Giannino Camperio 1909
Piero Pirelli 1909–1928
Luigi Ravasco 1928–1930
Mario Bernazzoli 1930–1933
Luigi Ravasco 1933–1935
Pietro Annoni 1935
Pietro Annoni
G. Lorenzini
Rino Valdameri
1935–1936
 
Nama Tahun
Emilio Colombo 1936–1939
Achille Invernizzi 1939–1940
Umberto Trabattoni 1940–1944
Antonio Busini 1944–1945
Umberto Trabattoni 1945–1954
Andrea Rizzoli 1954–1963
Felice Riva 1963–1965
Federico Sordillo 1965–1966
Franco Carraro 1967–1971
Federico Sordillo 1971–1972
 
Nama Tahun
Albino Buticchi 1972–1975
Bruno Pardi 1975–1976
Vittorio Duina 1976–1977
Felice Colombo 1977–1980
Gaetano Morazzoni 1980–1982
Giuseppe Farina 1982–1986
Rosario Lo Verde 1986
Silvio Berlusconi 1986–2004
Presidential Commission 2004–2006
Silvio Berlusconi 2006–2008

Sejarah pengurus[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai jurulatih Milan dari 1900 sehingga kini.[38]

 
Nama Warganegara Tempoh
Herbert Kilpin England 1900–1908
Daniele Angeloni Itali 1906–1907
Technical Commission Itali 1907–1910
Giovanni Camperio Itali 1910–1911
Technical Commission Itali 1911–1914
Guido Moda Itali 1915–1922
Ferdi Oppenheim Austria 1922–1924
Vittorio Pozzo Itali 1924–1926
Guido Moda Itali 1926
Herbert Burgess England 1926–1928
Engelbert König Austria 1928–1931
József Bánás Hungary 1931–1933
József Viola Hungary 1933–1934
Adolfo Baloncieri Itali 1934–1937
William Garbutt England 1937
Hermann Felsner
József Bánás
Austria
Hungary
1937–1938
József Viola Hungary 1938–1940
Guido Ara
Antonio Busini
Itali
Itali
1940–1941
Mario Magnozzi Itali 1941–1943
Giuseppe Santagostino Itali 1943–1945
Adolfo Baloncieri Itali 1945–1946
Giuseppe Bigogno Itali 1946–1949
Lajos Czeizler Hungary 1949–1952
Gunnar Gren Sweden 1952
Mario Sperone Itali 1952–1953
Béla Guttmann Hungary 1953–1954
Antonio Busini Itali 1954
Hector Puricelli Uruguay 1954–1956
Giuseppe Viani Itali 1957–1960
Paolo Todeschini Itali 1960–1961
Nereo Rocco Itali 1961–1963
Luis Carniglia Argentina 1963–1964
Nils Liedholm Sweden 1963–1966
Giovanni Cattozzo Itali 1966
Arturo Silvestri Itali 1966–1967
Nereo Rocco Itali 1967–1972
 
Nama Warganegara Tempoh
Cesare Maldini Itali 1973–1974
Giovanni Trapattoni Itali 1974
Gustavo Giagnoni Itali 1974–1975
Nereo Rocco Itali 1975
Paolo Barison Itali 1975–1976
Giovanni Trapattoni Itali 1976
Giuseppe Marchioro Itali 1976–1977
Nereo Rocco Itali 1977
Nils Liedholm Sweden 1977–1979
Massimo Giacomini Itali 1979–1981
Italo Galbiati Itali 1981
Luigi Radice Itali 1981–1982
Italo Galbiati Itali 1982
Francesco Zagatti Itali 1982
Ilario Castagner Itali 1982–1984
Italo Galbiati Itali 1984
Nils Liedholm Sweden 1984–1987
Fabio Capello Itali 1987
Arrigo Sacchi Itali 1987–1991
Fabio Capello Itali 1991–1996
Óscar Tabárez Uruguay 1996
Giorgio Morini Itali 1996–1997
Arrigo Sacchi Itali 1997
Fabio Capello Itali 1997–1998
Alberto Zaccheroni Itali 1998–2001
Cesare Maldini
Mauro Tassotti
Itali 2001
Fatih Terim
Antonio Di Gennaro
Turki
Itali
2001
Carlo Ancelotti Itali 2001–2009
Leonardo Brazil 2009–2010
Massimiliano Allegri Itali 2010–2014
Mauro Tassotti (sementara) Itali 2014
Clarence Seedorf Belanda 2014
Filippo Inzaghi Itali 2014–2015
Siniša Mihajlović Serbia 2015–2016
Cristian Brocchi Itali 2016
Vincenzo Montella Itali 2016–

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Bilik Trofi pada Muzium Mondo Milan

Milan merupakan antara kelab paling berjaya di Itali, dengan memenangi jumlah keseluruhan 27 trofi, dan pasukan paling banyak menang di dunia untuk kejohanan antarabangsa[39] dengan 14 kejuaraan Eropah dan 4 gelaran juara Dunia. Milan juga telah mendapat penghormatan untuk memakai bintang pada jersi mereka untuk menandakan bahawa mereka telah memenangi lebih daripada 10 scudetti. Selain itu, Milan juga telah dibenarkan untuk memakai UEFA Badge of Honour pada jersi mereka sewaktu perlawanan Liga Juara-juara Eropah kerana mereka telah memenangi lebih daripada 5 Piala Eropah.[40]

Kejuaraan domestik[sunting | sunting sumber]

Serie A / Italian Football Championship:

  • Juara (18): 1901; 1906; 1907; 1950–51; 1954–55; 1956–57; 1958–59; 1961–62; 1967–68; 1978–79; 1987–88; 1991–92; 1992–93; 1993–94; 1995–96; 1998–99; 2003–04;2010-2011
  • Naib juara (15): 1902; 1947–48; 1949–50; 1951–52, 1955–56, 1960–61; 1964–65; 1968–69; 1970–71; 1971–72; 1972–73; 1989–90; 1990–91; 2004–05;2011-2012

Serie B:

  • Juara (2): 1980–81; 1982–83

Coppa Italia:

  • Juara (5): 1966–67; 1971-72; 1972–73; 1976–77; 2002–03
  • Naib juara (7): 1941–42; 1967–68; 1970–71; 1974–75; 1984–85; 1989–90; 1997–98

Supercoppa Italiana: (rekod)

  • Juara (6): 1988; 1992; 1993; 1994; 2004;2011
  • Naib juara (3): 1996; 1999; 2003

Kejuaraan Eropah[sunting | sunting sumber]

Pemain-pemain Milan meraikan kejayaan setelah menang Liga Juara-Juara 2003.

Liga Juara-Juara UEFA (pernah dikenali sebagai Piala Eropah)

  • Juara (7): 1962–63; 1968–69; 1988–89; 1989–90; 1993–94; 2002-03; 2006-07
  • Naib juara (4): 1957–58; 1992–93; 1994–95; 2004-05

Piala Super UEFA (rekod)

  • Juara (5): 1989; 1990; 1994; 2003; 2007
  • Naib juara (2): 1973; 1993

UEFA Cup Winners' Cup

  • Juara (2): 1967–68; 1972–73
  • Naib juara (1): 1973–74

Kejuaraan Dunia[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia Kelab FIFA

Piala Antara Benua

  • Juara (3): 1969; 1989; 1990
  • Naib juara (4): 1963; 1993; 1994; 2003

Kejuaraan tidak rasmi[sunting | sunting sumber]

Piala Latin

  • Juara (2): 1951, 1956
  • Naib juara (1): 1953

Piala Mitropa

  • Juara (1): 1981–82

Statistik dan rekod kelab[sunting | sunting sumber]

Paolo Maldini masih memegang rekod penampilan terbanyak Milan.

Paolo Maldini setakat ini memegang kedua-dua rekod penampilan terbanyak keseluruhan dan Serie A untuk Milan dengan 1000 penampilan secara keseluruhan, dan 600 dalam Serie A (seperti pada 14 Mei, 2007, tidak termasuk perlawanan playoff), di mana ia merupakan rekod sepanjang masa dalam sejarah Serie A. [41]

Penjaring terbanyak keseluruhan Milan adalah seorang pemain Sweden, Gunnar Nordahl di mana, dalam 268 perlawanan, telah berjaya menjaringkan 221 gol.[42] Andriy Shevchenko berada di tempat kedua dengan 173 gol dalam 298 perlawanan untuk kelab itu.

Kelab itu juga memegang rekod unik dengan menamatkan sesebuah musim tanpa kalah sebarang perlawanan dalam musim 1991-92. Secara keseluruhannya, rekod tanpa kalah itu berlanjutan sehingga 58 perlawanan, bermula dengan seri 0-0 dengan Parma pada 26 Mei 1991 dan secara ironiknya berakhir dengan kekalahan 1-0 di tempat sendiri kepada Parma pada 21 Mac 1993. Rekod tanpa kalah ini merupakan rekod Serie A dan ia adalah rekod tanpa kalah ke-3 terpanjang dalam liga atasan bolasepak Eropah. Ia berada di belakang rekod Steaua Bucharest dengan 104 perlawanan tanpa kalah dan Glasgow Celtic yang telah bermain 68 perlawanan tanpa kalah.[43][44]

Ketika ini, AC Milan memiliki kejuaraan antarabangsa kelab terbanyak di dunia yang diiktiraf FIFA setelah mengalahkan Boca Juniors dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2007.[45] Milan juga merupakan pasukan nombor satu Europah mengikut senarai UEFA. Ini membolehkan Milan berada dalam tempat pertama dalam semua undian Eropah, dan membenarkan Milan mengelak kelab besar Eropah yang lain dalam kejohanan UEFA.[46]

AC Milan sebagai syarikat[sunting | sunting sumber]

Menurut The Football Money League yang diterbitkan oleh perunding Deloitte, pada musim 2005–06, Milan merupakan kelab bolasepak kelima dalam senarai kelab dengan keuntungan paling banyak di dunia dengan pendapatan anggaran sebanyak €238.7 juta.[47] Ketika ini kelab itu juga merupakan kelab keenam terkaya di dunia menurut majalah Forbes, menjadikan mereka kelab terkaya dalam bolasepak Itali.[48]

Syarikat perjudian Austria iaitu bwin.com merupakan penaja utama pakaian Milan ketika ini selepas menandatangani perjanjian 4 tahun pada permulaan musim 2006–07 season.[49] Sebelum perjanjian tersebut, pembuat kereta Jerman iaitu Opel telah menaja Milan selama 12 musim. Sepanjang tempoh tersebut, Opel telah dipamerkan di hadapan baju mereka, tetapi pada musim 2004–05 dan 2005–06, Meriva dan Zafira (dua kereta buatan syarikat tersebut) telah dipamerkan.

Jersi ketika ini dibekalkan oleh pembuat barangan sukan Jerman iaitu Adidas, di mana perjanjian akan berjalan sehingga akhir musim 2007–08.[50] Perjanjian tersebut membuatkan Adidas menjadi pembuat rasmi semua pakaian, kelengkapan latihan dan pakaian replika mereka. Sebelum Adidas, syarikat sukan Itali iaitu Lotto merupakan pembuat barangan sukan Milan.

Pada 14 Januari, 2008, AC Milan dan Adidas telah memperbaharui kontrak tajaan tersebut sehingga 30 Jun, 2017. Menurut kontrak baru tersebut, Adidas akan bertanggungjawab dalam 3 bahagian penajaan : tajaan pakaian, barangan dan pengedaran semua produk bukan bolasepak yang berkaitan dengan Milan. [51]

Pengeluar jersi dan penaja[sunting | sunting sumber]

Tempoh Pengeluar jersi Tajaan
Jenama Syarikat
1981–82 Linea Milan Pooh Jeans Italiana Manifatture S.p.A.
1982–83 NR Hitachi Hitachi Europe Srl
1983–84 Cuore
1984–85 Rolly Go Oscar Mondadori Arnoldo Mondadori Editore S.p.A.
1985–86 Gianni Rivera Fotorex U-Bix Olivetti S.p.A.
1986–87 Kappa
1987–90 Mediolanum
1990–92 Adidas
1992–93 Motta
1993–94 Lotto
1994–98 Opel
1998–06 Adidas
2006–10 Bwin
2010–20 Emirates The Emirates Group

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. name="orgchart">"Organisational chart". acmilan.com. Associazione Calcio Milan. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2010. Dicapai pada 4 October 2010.  Check date values in: |access-date=, |archive-date= (bantuan)
  2. name="history"
  3. name="history">"History". acmilan.com. Associazione Calcio Milan. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2010. Dicapai pada 4 October 2010.  Check date values in: |access-date=, |archive-date= (bantuan)
  4. Neil Heath (17 November 2009). "AC Milan's Nottingham-born hero". bbc.co.uk (British Broadcasting Corporation). Dicapai pada 4 October 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  5. name="history"
  6. name="titles">Boca Juniors dengan 17 adalah yang seterusnya dari segi kejuaraan antarabangsa
  7. "European Champions' Cup". RSSSF.com. Dicapai pada August.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  8. "G-14's members". g14.com. Dicapai pada 12 September.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan).
  9. "Is this the greatest derby in world sports?". Theroar.com.au. 26 January 2010. Dicapai pada 28 September 2011.  Check date values in: |date= (bantuan)
  10. name="Football Team Valuations">"Soccer Team Valuations". forbes.com (Forbes). 30 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2010. Dicapai pada 4 October 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  11. name=fabio>"Fabio Capello". A.C. Milan. Dicapai pada 7 June 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  12. name=fabio
  13. name=zonal>"Teams of the Decade #14: Milan 2002–07". Zonal Marking. 22 January 2010. Dicapai pada 7 June 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  14. name=zonal
  15. "2006/07: Milan avenge Liverpool defeat". UEFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2010. Dicapai pada 23 March 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  16. name=ancelotti>"Carlo Ancelotti". A.C. Milan. Dicapai pada 7 June 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  17. name="c4">"Calciopoli: The sentences in full". Channel 4. 14 July 2006. Diarkibkan daripada original pada 17 July 2007. Dicapai pada 30 July 2006.  Check date values in: |access-date=, |date=, |archive-date= (bantuan)
  18. Hughes, Rob (3 October 2006). "Soccer: Odor of corruption from root of game – Sports – International Herald Tribune". International Herald Tribune (London: New York Times). Dicapai pada 16 May 2011.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  19. "Punishments cut for Italian clubs". BBC Sport. 25 July 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2006. Dicapai pada 30 July 2006.  Check date values in: |access-date=, |date=, |archive-date= (bantuan)
  20. "AC Milan win 2010–11 Serie A title". Goal.com. 7 May 2011. Dicapai pada 28 September 2011.  Check date values in: |date= (bantuan)
  21. "How AC Milan won the Serie A title". Goal.com. 8 May 2011. Dicapai pada 28 September 2011.  Check date values in: |date= (bantuan)
  22. "AC Milan - Sevilla FC" (PDF). UEFA.com. 2007-07-25. 
  23. 23.0 23.1 23.2 "AC Milan". WeltFussballArchiv.com. 2007-07-25. 
  24. "AC Milan considering move to new stadium". People's Daily Online. 2007-07-25. 
  25. "Research: Supporters of football clubs in Italy" (dalam bahasa Italian). La Repubblica official website. August 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  26. 26.0 26.1 "AC Milan vs. Inter Milan". FootballDerbies.com. 2007-07-25. 
  27. 27.0 27.1 27.2 "Italian Ultras Scene". View from the Terrace. 29 Jun 2007. Diarkibkan daripada original pada 2001-04-20.  Check date values in: |date= (bantuan)
  28. "AC Milan". SportsPundit.com. 2007-07-25. 
  29. "AC Milan". Extra-Football.com. 2007-07-25. 
  30. "Genoa Fans Milan Fans From Sunday Match". ItalyMag.co.uk. 29 Jun 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  31. "Milan game ended by crowd trouble". BBC.co.uk. 2007-07-25. 
  32. "Squad season 2015/2016". acmilan.com. Associazione Calcio Milan. Dicapai pada 16 February 2016.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  33. name="captaincy">"Galliani: "Montolivo will be our captain"". acmilan.com (Associazione Calcio Milan). 24 June 2013. Dicapai pada 1 July 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  34. "Official: Balotelli joins Milan on loan". acmilan.com (Associazione Calcio Milan). 27 August 2015. Dicapai pada 27 August 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  35. name="numbers">Scott Murray; Paolo Bandini (27 May 2009). "Which clubs have retired shirt numbers?". The Guardian (London). Dicapai pada 11 January 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  36. name="numbers"
  37. "Associazione Calcio Milan". RomanianSoccer.ro. 2007-06-08. 
  38. "Tutti gli allenatori rossoneri". ClubMilan.net. 2007-07-25. 
  39. Boca Junior with 17 are next in terms of official international titles
  40. "Top 5 UEFA's Badge of Honour Winners". About.com. 2007-07-25. 
  41. "Maldini sets new Serie A record". BBC.co.uk. 25 Julai 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  42. "AC Milan". Channel4.com. 2007-07-25. 
  43. "Milano History and Records". Milanista Olympia. 2007-07-25. Diarkibkan daripada original pada 2000-01-16. 
  44. "Unbeaten half-century for Ahly". BBC Sports. 2007-07-25. 
  45. "Milan top of the world!". Channel4.com. Dicapai pada 17 December.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  46. "UEFA Team Ranking 2007". UEFA European Cup Football. 2007-07-25. 
  47. "Real Madrid stays at the top". Deloitte UK. 2007-06-08. 
  48. "Football Team Valuations". Forbes. 2008-04-30. 
  49. "Betandwin, AC Milan Sign Sponsor Deal". CasinoCityTimes.com. 2007-07-25. 
  50. "Adidas Sign AC Milan and Real Madrid". SportBusiness.com. 2007-07-25. 
  51. "Unity of Intents". 2008-01-14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ACMilan.com (Itali) / (Inggeris) / (Sepanyol) / (Portugis) / (Cina) / (Jepun)