Lumpur merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Lumpur merah berdekatan Stade, Jerman.

Lumpur merah ialah sisa industri terbitan proses penulenan bauksit kepada aluminium oksida (alumina) melalui proses Bayer. Sisa ini terdiri daripada pelbagai sebatian oksida termasuk oksida besi yang memberikan warna merah. Lebih 95% aluminium oksida global terhasil daripada proses Bayer, dan bagi setiap tan alumina membawa kepada 1 ke 1.5 tan lumpur merah. Dengan kira-kira 133 juta tan alumina terhasil pada 2020, lebih 175 juta tan lumpur merah juga terhasil.[1]

Kadar penghasilan serta sifat alkali lumpur merah yang tinggi boleh membawa ancaman alam sekitar sekiranya tidak disimpan dengan betul. Dengan ini, usaha sedang dilakukan untuk mencari kaedah pengurusan yang lebih baik seperti kaedah tambah nilai untuk menghasilkan bahan-bahan seperti simen dan konkrit.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Annual statistics collected and published by World Aluminium.
  2. ^ Evans, K., "The History, Challenges and new developments in the management and use of Bauxite Residue", J. Sustain Metall. Mei 2016. DOI:10.1007/s40831-016-00060-x.