Bauksit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bauksit dibandingkan dengan sekeping duit syiling dolar.
Bauksit dengan kerak batuan yang tidak terhakis.
Bauksit, Les Baux

Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia. Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Nama "bauksit" diambil bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier. Pada1861, ahli kimia dari Perancis, Henri Sainte-Claire Deville menamakan bijih ini bauksit.

Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada. Batuan tersebut, misalnya sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.

Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit terdapat di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Kalimantan serta Kuantan, Malaysia.

Trend pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, Australia ialah pengeluar bauksit terbesar dengan satu pertiga daripada pengeluaran dunia, diikuti dengan China, Brazil, India, dan Guinea. Walaupun permintaan terhadap aluminium bertambah dengan cepat, simpanan bijih bauksit yang diketahui cukup untuk memenuhi permintaan dunia untuk aluminium selama beberapa abad.[1] Pertambahan dalam pengitaran semula aluminium, dengan manfaat mengurangkan kos kuasa elektrik dalam penghasilan aluminium, akan menambahkan simpanan bauksit dunia.

Jumlah simpanan bauksit yang dibuktikan x1,000 tan pada 2010[2]
Negara Pengeluaran lombong Simpanan Bes simpanan
2010 2011 (ang.)
 Guinea 17,400 18,000 7,400,000 8,600,000
 Australia 68,400 67,000 6,200,000 7,900,000
 Vietnam 80 80 2,100,000 5,400,000
 Jamaica 8,540 10,200 2,000,000 2,500,000
 Brazil 28,100 31,000 3,600,000 2,500,000
 Guyana 1,760 2,000 850,000 900,000
 India 18,000 20,000 900,000 1,400,000
 China 44,000 46,000 830,000 2,300,000
 Greece 2,100 2,100 600,000 650,000
 Iran 500[3]
 Suriname 4,000 5,000 580,000 600,000
 Sierra Leone 1,090 1,700 180,000  ?
 Kazakhstan 5,310 5,400 160,000 450,000
 Venezuela 2,500 4,500 320,000 350,000
 Rusia 5,480 5,800 200,000 250,000
 Amerika Syarikat 30[3] N/A 20,000 40,000
Negara lain 2,630 2,600 3,300,000 3,800,000
Keseluruhan dunia (dibundarkan) 209,000 220,000 29,000,000 38,000,000

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Bauxite and Alumina" (PDF). U.S. Geological Survey. p. 2. Dicapai pada 9 Januari 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. "Bauxite and Alumina" (PDF). U.S. Geological Survey (Mineral Commodity Summaries). January 2012. p. 27. Dicapai pada August 1, 2012.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  3. 3.0 3.1 "World mineral statistics | MineralsUK". Bgs.ac.uk. Dicapai pada 2013-10-25.