Luncur papan selaju di Sukan Olimpik Musim Panas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luncur papan selaju di Sukan Olimpik Musim Panas
Kod Disiplin IOCSKB
Acara4 (lelaki: 2; wanita: 2)
Sukan
  • 1896
  • 1900
  • 1904
  • 1908
  • 1912
  • 1920
  • 1924
  • 1928
  • 1932
  • 1936
  • 1948
  • 1952
  • 1956
  • 1960
  • 1964
  • 1968
  • 1972
  • 1976
  • 1980
  • 1984
  • 1988
  • 1992
  • 1996
  • 2000

Luncur papan selaju membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 pada 2021 di Tokyo, Jepun.[1] Ia juga telah diluluskan sementara oleh IOC untuk dimasukkan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.[2]

Bida untuk dimasukkan[sunting | sunting sumber]

Pada September 2015, papan selaju telah dimasukkan dalam senarai pendek bersama-sama dengan besbol, sofbol, karate, luncur air, dan sukan memanjat untuk dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2020;[3] dan pada Jun 2016, Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan bahawa mereka akan menyokong cadangan untuk memasukkan semua sukan yang disenarai pendek dalam Sukan 2020.[4] Akhirnya, pada 3 Ogos 2016, semua lima sukan (mengira besbol dan sofbol bersama-sama sebagai satu sukan) telah diluluskan untuk dimasukkan dalam program Olimpik 2020.[1] Salah satu halangan terbesar untuk sukan lucur papan selaju untuk penyertaan di Sukan Olimpik ialah kecederaan besar dalam sukan luncur papan selaju sangat berisiko (yang boleh termasuk kematian) dan IOC kurang berkemungkinan mengambil liabiliti. Juga sub-budaya papan selaju membantu menolak idea bahawa Sukan Olimpik terlalu "arus perdana" untuk sukan itu, dan akibatnya organisasi papan selaju tidak berkempen secara besar-besaran untuk meletakkan sukan itu dalam Sukan Olimpik.[5]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

Sumber:[6]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Jepun (JPN)3115
2 Australia (AUS)1001
3 Brazil (BRA)0303
4 Amerika Syarikat (USA)0022
5 Great Britain (GBR)0011
Jumlah (5 negara)44412

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "IOC approves five new sports for Olympic Games Tokyo 2020". Olympics.org. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. 3 Ogos 2016. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  2. ^ "IOC Official news announcing the provisional inclusion of Skateboarding in the 2024 summer Olympics in Paris". olympic.org. 2019-06-25. Dicapai pada 2019-09-15.
  3. ^ "Surfing and skateboarding make shortlist for 2020 Olympics". GrindTV.com. 2015-09-28. Dicapai pada 2016-08-08.
  4. ^ "IOC Executive Board supports Tokyo 2020 package of new sports for IOC Session - Olympic News". Olympic.org. 2016-06-01. Dicapai pada 2016-08-08.
  5. ^ "Watching Olympic Skateboarding Among 20 Skeptical, Aging Skaters". The Atlantic. 5 Ogos 2021.
  6. ^ "Olympic Analytics - Medals by Countries". olympanalyt.com. Dicapai pada 2022-01-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]