Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sukan Olimpik XXXII
{{{Name}}}

Tuan rumah Tokyo, Jepun
Cogan kata Discover Tomorrow
未来をつかもう (みらいをつかもう) ('mirai o tsukamō')[1]
Penyertaan negara 206 (dijangka)
Acara 324 dalam 33 sukan
Upacara perasmian 24 Julai
Upacara penutupan 9 Ogos
Stadium Stadium Olimpik Kebangsaan

Sukan Olimpik Musim Panas 2020, secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXII[2] dan secara meluas dikenali sebagai Tokyo 2020, ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020 di Tokyo. Bandaraya ini diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi IOC ke-125 di Buenos Aires pada 7 September 2013.[3] Tokyo sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1964 dan merupakan bandaraya kelima (yang pertama di Asia) untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.

Bidaan[sunting | sunting sumber]

Tokyo, Istanbul dan Madrid merupakan tiga calon bandaraya. Bandaraya Baku dan Doha tidak dinaikkan pangkat kepada status calon. Bidaan dari Rome ditarik balik.

Undi[sunting | sunting sumber]

48 undi diperlukan untuk pemilihan dalam undian pertama dan & undian semula; 49 dalam undian terakhir.

IOC mengundi untuk memilih bandaraya tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020 pada 7 September 2013 di Sesi IOC ke-125 yang mengambil tempat di Buenos Aires Hilton, Buenos Aires, Argentina. Sistem undi lengkap telah digunakan. Tiada bandaraya yang menang lebih daripada 50% undi di dalam pusingan pertama dimana Madrid dan Istanbul terikat di tempat kedua. Undian semula diantara kedua-dua bandaraya tersebu dijalankan untuk menentukan bandaraya mana yang akan disingkirkan. Dalam undian terakhir diantara Tokyo and Istanbul, Tokyo dipilih selepas meraih 60 undi berbanding Istanbul yang meraih 36 undi.

Keputusan bidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2020[4]
Bandar Negara Pusingan 1 Semula Pusingan 2
Tokyo Bendera Jepun Jepun 42 60
Istanbul 800px-Flag of Turkey.svg-1-.png Turki 26 49 36
Madrid Bendera Sepanyol Sepanyol 26 45

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "国際スローガン "Discover Tomorrow" 並びにルックプログラムを発表". 
  2. 第三十二回オリンピック競技大会 (Dai Sanjūni-kai Orinpikku Kyōgi Taikai)
  3. "Olympics 2020: Tokyo wins race to host Games". BBC. 7 September 2013. Dicapai pada 23 September 2013. 
  4. "2020 Olympics Vote Total Box". Associated Press. Miami Herald. 7 September 2013. Dicapai pada 8 September 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Rio de Janeiro
Sukan Olimpik Musim Panas
Tokyo

Sukan Olimpik XXXII (2020)
Diikuti oleh:
TBA