Perkhidmatan Perisikan Rahsia
Penampilan
(Dilencongkan daripada MI6)
MI6 | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1909 sebagai Secret Service Bureau |
Bidang kuasa | Kerajaan United Kingdom |
Ibu pejabat | Vauxhall Cross, London |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Foreign and Commonwealth Office |
Laman sesawang | http://www.sis.gov.uk |
Perkhidmatan Perisikan Rahsia (Secret Intelligence Service atau SIS) bertanggungjawab membekalkan maklumat perisikan asing kepada Kerajaan British. SIS lebih dikenali dengan nama lamanya MI6. Agensi perisikan ini berada di bawah arahan Jawatankuasa Perisikan Bersama (Joint Intelligence Committee atau JIC) bersama-sama dengan Perkhidmatan Sekuriti (MI5), Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) dan Staf Perisikan Pertahanan (DIS).
SIS dipanggil oleh masyarakat dalaman perkhidmatan awam sebagai Box 850 sempena nombor pejabat pos MI6 yang lama. Kewujudannya tidak diperakui secara rasmi kepada umum sehingga tahun 1994. Ibu pejabatnya, sejak tahun 1995 terletak di Vauxhall Cross di sungai Thames.