Kerajaan United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
United Kingdom
Jata Kerajaan UK

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
United Kingdom



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Kerajaan United Kingdom atau Her Majesty's Government ialah kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir United Kingdom. Di bawah Perlembagaan United Kingdom, kuasa eksekutif sebenarnya berada dengan raja namun secara praktiknya dijalankan oleh menteri-menteri baginda. Her Majesty's Government merupakan nama kolektif para menteri ini, dan secara berkesan merupakan kuasa eksekutif di UK.

Kerajaan ini diketuai oleh Perdana Menteri, yang dilantik oleh Raja atau Ratu dari kalangan Ahli Parlimen yang memiliki majoriti dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri kini adalah Theresa May, pemimpin Parti Konservatif yang memenangi majoriti kerusi Dewan Rakyat sewaktu pilihanraya umum Britain pada 7 Mei 2015, ketika David Cameron masih mengetuai parti tersebut; namun May gagal membentuk kerajaan majoriti pada pilihan raya yang terbaru. Sebelum ini, golongan Konservatif pimpinan Cameron membentuk kerajaan gabungan bersama parti Liberal Demokrat dari 2010 hingga 2015, di mana beliau memegang jawatan perdana menteri dalam kabinet ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]