Ma Ning (pengadil)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Ma Ning
Tarikh lahir (1979-06-20) 20 Jun 1979 (umur 44)
Fuxin, Liaoning, China
Pekerjaan lain Guru
Dalam Negeri
Tahun Liga Peranan
2010– Liga Super China Pembantu pengadil
Antarabangsa
Tahun Liga Peranan
2011– Senarai FIFA Pengadil
Ma Ning (pengadil)
Cina Ringkas:
Cina Tradisional:

Ma Ning (lahir 14 Jun 1979) ialah seorang pengadil bola sepak China. Beliau telah menjadi pengadil antarabangsa bagi FIFA sejak 2011.[1]

Beliau merupakan seorang guru Sekolah Vokasional dan Teknikal Wuxi.

Pada perlawanan 9 Mei 2015, Ma membuat satu kontroversi yang tular di negaranya apabila dia menurunkan 3 pemain dalam Derbi Shanghai antara Shanghai SIPG dan Shanghai Shenhua dalam Liga Super China, perlawanan berakhir 5-0 ke atas kemenangan SIPG.[2]

Pada 23 Februari 2019, diisytiharkan bahawa Ma Ning telah ditunjuk oleh CFA untuk menjadi salah seorang pengadil profesional antarabangsa.[3]

Pada 19 Mei 2022, Ma telah dipilih sebagai salah seorang daripada 36 pengadil untuk Piala Dunia FIFA 2022, ia berjaya menjadi pengadil asal China kedua yang mencapainya sejak Lu Jun pada 2002.[4]

Pada 21 Ogos 2022, semasa perlawanan Liga Super China antara Wuhan Yangtze River dan Henan Songshan Longmen, Ma telah dihantam oleh seorang penyerang tengah Songshan Longmen bernama Henrique Dourado, atas perbuatannya ia dibuang dari padang. Perlawanan berakhir dengan mata 2-2.[5] Lima hari kemudian, Persatuan Bola Sepak China mengisytiharkan hukuman penyekatan selama 1 tahun ke atas Dourado.[6]

Pada 8 Februari 2024, Ma Ning berkhidmat untuk mengawasi Pentas Akhir Piala Asia AFC 2023 antara Jordan dan Qatar di Doha pada tarikh 10 Februari 2024.[7] Pada perlawanan yang penuh kontroversi itu, banyak dari penyokong-penyokong yang menghadiri perlawanan mensyaki Ma Ning bahawa ia berat sebelah ke atas Qatar dengan memberi pasukan kebangsaan mereka tiga sepakan penalti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ FIFA. "China PR: Referees".
  2. ^ "上海德比彻底失控!半场2红8黄 然后就是屠杀". Sina Sports (dalam bahasa Cina). 9 Mei 2015. Dicapai pada 4 September 2022.
  3. ^ "坚持根本遵循 深化足球改革 推动联赛发展——2019赛季中超、中甲联赛动员大会召开". CFA.com (dalam bahasa Cina). 23 Februari 2019. Dicapai pada 26 Februari 2019.
  4. ^ "FIFA公布世界杯裁判名单:马宁率3名中国裁判入选". Sina Sports (dalam bahasa Cina). 19 Mei 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
  5. ^ "中超-多拉多染红黄紫昌面对旧主破门 武汉2-2河南". Sina Sports (dalam bahasa Cina). 21 Ogos 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
  6. ^ "官方:多拉多撞马宁属暴力行为 禁赛12个月罚20万". Sina Sports (dalam bahasa Cina). 26 Ogos 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
  7. ^ "AFC Asian Cup Qatar™ 2023 Match Officials - Final 10 February" (PDF). Asian Football Confederation. Dicapai pada 8 Februari 2024.