Maharaja Karma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maharaja Karma adalah Maharaja Kalaha ke-5. Baginda merupakan putera kepada Maharaja Karna Diraja

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Maharaja Kalaha bagi menggantikan ayahandanya dan bersemayam di Kota Arung-Arungan

Baginda telah mendirikan kota baharu yang bernama Bandar Bukit Meriam yang kini terletak Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda

Walaupun Bandar Bukit Meriam dibuka, baginda tetap bersemayam di Kota Arung-Arungan

Apabila Kalaha masyhur, maka orang-orang dari Siam, Legor, Caiya, Burma, Pegu datang ke Kalaha untuk melombong bijih timah dan menetap terus

Oleh kerana Kota Arung-Arungan terletak jauh dari sungai, maka baginda memerintahkan rakyatnya untuk mengorek suatu simpang sungai tembus ke laut

Korekan bermula dari Batang Pasir (Kampung Permatang Pasir) untuk tembus ke laut

Maka Sungai Simpor yang mengalir ke Sungai Muda itu telah dijajar dan dikambus dengan batu

Sungai korekan itu diberi nama Sungai Terus yang kini telah mengecil kerana jarang digunakan lagi

Baginda juga tidak alpa dalam memelihara rakyat dan menjaga hati rakan dagangnnya meskipun sibuk dengan urusan hal ehwal negeri

Baginda telah mangkat akibat kegeringan[1].

Didahului oleh
Maharaja Karna Diraja
Kedah Tua
{{{years}}}
Diikuti oleh:
Maharaja Maha Dewa II

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haji Buyong Adil (1980). Sejarah Kedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.