Majlis Clermont

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paus Urban II pada Majlis Clermont, lukisan diberikan sekitaran Goth lewat dalam hiasan manuskrip berwarni-warni yang diambil daripada Livre des Passages d'Outre-mer, lebih kurang tahun 1490 M (Bibliothèque National)
Paus Urban II berkhutbah tentang Perang Salib Pertama di Majlis Clermont.

Majlis Clermont ialah sebuah synod Gereja Roman Katolik yang dihadiri campuran para ahli agama dan orang awam. Majlis diadakan pada 18 hingga 28 November 1095 M di Clermont, Perancis. Ucapan Paus Urban II pada 27 November menjadi titik tolak Perang Salib Pertama.


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1095 M, Maharaja Byzantine Alexius I Comnenus menghantar duta-duta ke Barat bagi meminta bantuan ketenteraan untuk menentang Turk Seljuk. Utusan telah diterima Paus Urban II pada Majlis Piacenza. Kemudian dalam tahun yang sama, yakni pada bulan November, Urban membuat persidangan Majlis Clermont untuk membincangakan perkara itu lebih lanjut. Dengan pemanggilan persidangan majlis, Urban menyeru para uskup dan abbot (paderi), yang diseru secara langsung, untuk membawa pembesar-pembesar di wilayah masing-masing bersama-sama.

Majlis berjalan dari 19 November hingga 28 November, dan dihadiri hampir 300 orang paderi dari seluruh pelusuk Perancis. Urban membincangkan reformasi Cluny terhadap Gereja, dan juga melakukan pengucilan[1] terhadap Philip I dari Perancis kerana perkahwinan semula raja itu dengan Bertrade dari Montfort, yang dikira penzinaan. Pada 27 November, Urban berucap buat kali pertamanya tentang masalah-masalah di Timur. Beliau mengetengahkan perjuangan Kristian Barat terhadap Muslim yang telah menduduki Tanah Suci dan yang sedang menyerang Empayar Rom Timur.

Enam sumber[sunting | sunting sumber]

Terdapat enam sumber maklumat utama tentang bahagian Majlis ini: Gesta Francorum ("Perbuatan-perbuatan Faranj" bertarikh lebih kurang 1100/1101 M) yang awanama,[2] yang mempengaruhi semua versi ucapan Urban melainkan versi yang ditulis Fulcher dari Chartres, yang hadir pada majlis tersebut—versi Robert si Rahib, yang mungkin hadir; Baldric, ketua uskup Dol; dan Guibert de Nogent, yang kesemuanya tidak hadir pada Majlis. Kesemua periwayatan ini ditulis pada masa selepas Majlis diadakan; riwayat-riwayat ini mengikut tradisi persuratan yang berlainan dan oleh sebab itu berbeza-beza antara satu sama yang lain.[3] Lebih penting daripada lima ucapan yang digubah daripada sumber-sumber terkemudian, yang sering dipengaruhi oleh sikap penulis terhadap peperangan agama, ialah sepucuk surat yang ditulis oleh Urban sendiri pada bulan Disember 1095 yang merujuk kepada Majlis Clermont.

Ucapan[sunting | sunting sumber]

Mengikut Fulcher dari Chartres yang menulis sebuah versi ucapan dalam Gesta Francorum Jerusalem Expugnantium, Urban bercakap tentang beberapa penyalahgunaan gereja seprti simony (membayar untuk mendapatkan sakramen) dan ketidakpatuhan pada Kedamaian Tuhan:

Biarlah sesiapa yang sudah biasa dengan zalimnya berperang dengan orang yang beriman [Kristian] sekarang pergi berperang menentang kafir [Muslim] dan akhiri peperangan ini, yang sepatutnya sudah dimulakan dahulu lagi, dengan kemenangan. Biarlah mereka yang sudah lama menjadi perompak, sekarang menjadi kesatria. Biarlah mereka yang sedang berperang dengan saudara-saudara mereka sekarang pergi berperang dengan cara yang betul menentang orang gusar. Biarlah mereka yang sedang berkhidmat sebagai askar upahan dengan upah yang kecil sekarang dapat ganjaran kekal. Biarlah mereka yang sudah jerih tubuh dan roh sekarang berusaha untuk mendapatkan penghormatan berganda.[4]

Urban tidak menyebut Jerusalem (Baitulmuqaddis) langsung dalam ucapan yang dicatat Fulcher. Walau bagaimanapun, Urban ada bercakap tentang bantuan yang diperlukan Empayar Byzantine untuk menangani serangan Muslim:

Dengan ketangkasan yang baru ekoran keinsafan yang dikurniakan Tuhan, anda mesti gunakan kekeutan kebenaran terhadap satu perkara yang berkaitan dengan anda dan juga Tuhan. Ini kerana saudara-saudara anda yang tinggal di Timur sangat memerlukan bantuan anda, dan anda mesti bergegas memberi bantuan yang sering kalai dijanjikan kepada mereka. Kerana, seperti kebanyakan anda sudahpun maklum, orang Turk dan Arab telah menyerang mereka dan sudahpun manakluki wilayah Romania [Empayar Byzantine/Yunani] jauh ke barat hingga ke pantai Mediterranean dan Hellespont, yang dipanggil Lengan St. George. Bertambah-tambah tanah orang Kristian yang sudah mereka duduki, dan sudah tertewas mereka [orang Kristian] dalam tujuh pertempuran. Mereka telahpun membunuh dan menawan ramai orang, dan sudah membinaksan gereja-gereja dan meranapkan empayar. Jika anda benarkan mereka untuk bertindak sedemikian sejenak [sic] tanpa balasan, lebih ramai lagi orang yang beriman dengan Tuhan akan diserang mereka. Oleh sebab ini saya, atau lebih tepat lagi Tuhan, menyeru kalian sebagai utusan Christ agar menyebarkan berita ini ke mana-mana tempat dan meyakinkan semua orang dengan tidak mengira pangkat, soldadu biasa atau kesatria, miskin atau kaya, agar segera membantu orang Kristian dan menghapuskan bangsa yang keji itu dari tanah sahabat-sahabat kita.[4]


Pada hari terakhir Majlis, sebuah panggilan am dihantar kepada para kesatria dan pembesar di Perancis. Urban nampaknya sudah tahu lebih awal lagi akan hari Raymond IV dari Toulouse, luar biasa oleh sebab keberanian dan kewarakannya, bersedia untuk mengangkat senjata. Urban sendiri menghabiskan beberapa bulan bercakap tentang Perang Salib di Perancis, sementara wakil-wakil peribadi paus menyebarkan seruan di seltan Itali; dalam tempoh itu tumpuan berubah daripada membantu Alexius kepada menawan Jerusalem. Boleh jadi yang masyarakat umum, yang mendengar tentang Majlis, memahami bahawa inilah matlamat sebenar Perang Salib.

Surat Urban, yang dialamatkan kepada orang beriman "yang menunggu di Flanders," ada meratapi hakikat yang orang Turk, selain meranapkan "gereja-geraja Tuhan di wilayah timur," telah merampas "Kota Suci Christ, yang dihiasi oleh penderitaan dan kebangkitannya—dan kufur jika mengatakannya—sudah menjualnya beserta gereja-gerejanya ke dalam kehambaan yang terkutuk." Namun demikian, beliau tidak menyeru penaklukan Jerusalem secara jelas. Sebaliknya, beliau secara jelasnya menyeru kepada "pembebasan" Gereja Timur, dan melantik Adhemar dari Le Puy sebagai ketua Perang Salib, yang akan mula mara pada hari Mary diangkat ke Langit (Assumption of Mary), 15 Ogos.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perihal tindakan yang memencilkan seseorang daripada menyertai gereja Kristian atau diberikan pengkebumian oleh gereja sekiranya dia mati kecuali setelah dia mengaku segala dosanya serta mendapat pengampunan. takrif DBP
  2. ^ http://www.fordham.edu/halsall/source/urban2-5vers.html#gesta
  3. ^ Georg Strack, The sermon of Urban II in Clermont 1095 and the Tradition of Papal Oratory, in: Medieval Sermon Studies 56 (2012), S. 30-45. (http://www.mag.geschichte.uni-muenchen.de/downloads/strack_urban.pdf).
  4. ^ a b http://www.fordham.edu/halsall/source/urban2-5vers.html
  5. ^ Quotes from Urban's letter in Riley-Smith, Louise; Riley-Smith, Johnathan, ed. (1981). The Crusades: Idea and Reality, 1095-1274. Documents of Medieval History. 4. London: E. Arnold. p. 38. ISBN 0-7131-6348-8. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]