Majlis Daerah Batu Gajah Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Majlis Daerah Kinta Barat (MDKB) merupakan kerajaan tempatan di Kinta, negeri Perak. Majlis daerah ini ditubuhkan pada 1 September 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan pentadbiran MDKB pada 19 Disember 2002 berjumlah lebih kurang 52 batu persegi (60,070.31 ekar) dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 93,584 orang. Pusat Pentadbiran MDKB terletak di bandar Batu Gajah dan mempunyai 3 buah pejabat cawangan iaitu Pekan Pusing, Pekan Tronoh dan Pekan Tg. Tualang.

Majlis Daerah Kinta Barat merupakan sebuah organisasi yang diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kawasan Majlis Daerah Kinta Barat meliputi meliputi lima mukim iaitu Sg. Terap, Blanja, Tg.Tualang, dan sebahagian Sg.Raia dan Hulu Kinta. Kawasan pentadbiran utama ialah Batu Gajah manakala bandar lain ialah Tg.Tualang, Pusing, Tronoh, Papan, Sg. Durian, Seputeh dan Sg.Raia.

Pada 26 Mac 2009, nama Majlis Daerah Kinta Barat bertukar nama menjadi Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]