Tanjung Tualang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tanjung Tualang
Bandar
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Moto: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:

Negaraku
Country  Malaysia
Wilayah/Provinsi  Perak
Daerah Batu Gajah
Mukim Kinta Barat
Bandar Tanjung Tualang
Kerajaan
 • Jenis Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
 • Perdana Menteri YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
 • Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Populasi ((1991))
 • Celik huruf ( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina % lelaki dan  % perempuan
Zon waktu GMT
 • Musim panas (DST) GMT (UTC)

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Kinta Valley, Kampung Baru Chendrong, Batu Gajah, Kampung Gajah, Teluk Intan, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanjung Tualang mendapat namanya dari dua sumber. Sumber pertama mengatakan bahawa terdapat satu pokok Tualang yang agak besar[perlu rujukan] yang tingginya mencecah 100 kaki yang kononnya tumbuh di kawasan yang kini menjadi Klinik Desa. Satu lagi sumber mengatakan bahawa ianya datang dari nama syarikat Toh Allang Chinese Tin Ltd..[perlu rujukan] Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, Pernas Chartered Management dan Malaysian Mining Corporation.

Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar di dunia (Kapal 1). Sekitar tahun 1970-an terdapat lima buah kapal iaitu Kapal 1 di Tanjung Tualang dan ada beberapa belas lagi Kapal 3 dan Kapal 5.

Kini anda masih lagi boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini iaitu (Kapal 5) yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Tanjung Tualang. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.

Sekitar penghujung 1930'an, Tanjung Tualang menjadi salah satu pusat aktiviti pengkaderan ahli Partai Komunis Malaya (PKM) yang utaman dimana ianya digerakkan oleh Tu Lung Shan. Salah seorang kader PKM yang akhirnya menjadi pemimpin utama Partai Komunis Malaya yang direkrut di Tanjung Tualang adalah En Rashid Maidin.

Industri dan Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Tanjung Tualang juga mempunyai industri penternakan itik (daging dan telur) dan penternakan ikan air tawar yang terkemuka dan terbesar di Negeri Perak. Ia telah menjana ekonomi bagi kawasan ini sejak tamatnya industri perlombongan di sini. Walaupun begitu, industri getah (menanam pokok Getah) dan pokok Kelapa Sawit pula mengambil alih menjadi antara nadi utama di Tanjung Tualang.

Sekarang Tanjung Tualang lebih dikenali dengan gelaran "Bandar Udang Galah" kerana terdapatnya industri penternakan udang galah berskala besar dan hampir kesemua restoran di Tanjung Tualang menjual hidangan berasaskan masakan udang galah. Para pelancong datang dari segenap pelusuk negara malah ada yang datang dari luar negara semata-mata untuk menikmati hidangan udang galah yang sedap dan segar.

Namun kini terdapat satu lagi industri utama yang telah beroperasi dan bakal menjadikan Tanjung Tualang lebih terkenal sebagai "Pusat Pengujian Senjata Bawah Tanah". Kompleks pengujian senjata yang terdapat disini dikawalselia sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Mercu Tanda[sunting | sunting sumber]

Pusat bagi Tanjung Tualang ialah di simpang empat utama. Di simpang empat ini, anda boleh dapati ada beberapa tanda mercu yang mudah dikenali seperti Kedai Papan Keng Weng, Kedai Basikal, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Thung Hon dan juga satu-satunya gerai cendol yang terkenal (Berahim Cendol). Dari simpang empat ini anda boleh melihat Sekolah Rendah Kebangsaan St Paul.

Pada satu masa dahulu di Tanjung Tualang ada terdapat sebuah pawagam yang banyak menayangkan wayang gambar Inggeris, Cina, Tamil, Hindustan, Indonesia dan Melayu. Pawagam ini beroperasi bersebelahan dengan Klinik Lim. Pada sekitar tahun 1984 pawagam ini mengenakan tiket bernilai 90 sen untuk satu tayangan. Kini pawagam ini telah ditutup dan diubahsuai menjadi kilang kasut dan pakaian.

Kampung dan Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

Senarai Masjid[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pusat Pengajian Tinggi[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Latihan Pensyarah dan Kakitangan UiTM, Sungai Galah, Tanjung Tualang.
  • Pusat Latihan Giat Mara Changkat Tin, Tanjung Tualang

Pasar[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Awam Terbuka

Kilang Minyak Sawit[sunting | sunting sumber]

  • Kilang Minyak Sawit Tg Tualang (1997) Sdn Bhd , PT 1278, Kampung Ayer Papan,

Pejabat Pos[sunting | sunting sumber]

  • Pos Malaysia Bhd , No. 759, Jalan Abdullah, Tanjung Tualang
  • Pusat Pembangunan Menjaro Mayc, No. 35701, Jalan Kampung Gajah, Changkat Tin,

Balai Polis[sunting | sunting sumber]

  • Balai Polis Tanjung Tualang
  • Pondok Polis Changkat Tin, Tanjung Tualang
  • Pondok Polis Sungai Durian, Tanjung Tualang
  • Pondok Polis Bali, Jalan Bali Tronoh

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

  • Balai Penghulu Mukim Tanjung Tualang,
  • Klinik Desa Tanjung Tualang,
  • Balairaya Tanjung Tualang,
  • Rumah Orang-Orang Tua Tanjung Tualang,
  • Stesen Bas Tanjung Tualang,

Stesen Minyak[sunting | sunting sumber]

  • ESSO Tanjung Tualang,
  • StesenKU, Batu 7 Jalan Tanjung Tualang,
  • StesenKU, Changkat Tin, Tanjung Tualang,

Kemudahan Bas[sunting | sunting sumber]

Telekomunikasi[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Telekomunikasi[sunting | sunting sumber]

  • Talian Tetap, ISDN, Gentian Fiber Optik, Talian Suwa (Leased Line)
  • Maxis 012 dan 017
  • Digi 016
  • Celcom 013 dan 019
  • Kemudahan VSAT (Very Small Aperture Terminal) C-Band, L-Band, Ka-Band dan Ku-Band.

Felcra[sunting | sunting sumber]

Bekalan Elektrik[sunting | sunting sumber]

Restoran[sunting | sunting sumber]

Tanjung Tualang amat terkenal dengan restoran-restoran yang menyediakan hidangan eksotik berasaskan makanan laut dan juga udang galah. Malah Tanjung Tualang telah diwartakan serata Asia Tenggara sebagai satu-satunya "Bandar Udang Galah" serta pernah dipaparkan dalam rancangan Masakan di ASTRO dan beberapa rancangan masakan terbitan stesen televisyen luar negara.

Tokong / Persatuan Cina[sunting | sunting sumber]

  • Tokong Kuan Yin, Kampung Baru Kampung Timah,
  • Oversea Chinese Philanthropic Association, No. 23, 1st Floor, Jalan Hamid,
  • Persatuan Penganut Dewa Guan Yin Dian Kg Timah, Tokong Kuan Yin, Kampung Baru Kampung Timah,

Kuil Hindu[sunting | sunting sumber]

  • Kuil Sri Kaliamal, Jalan Sungai Durian, Tanjung Tualang, Perak


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]