Majlis Daerah Kuala Langat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Majlis Daerah Kuala Langat
مجليس دايره كوالا لاڠت

MDKL
Logo-Majlis-Daerah-Kuala-Langat.jpg
Jenis
Jenis
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
Tuan Mohamad Zain bin A Hamid, P.P.T
Moto
Kuala Langat Indah dan Harmoni
Tempat persidangan
Kuala Langat District and Land Office.jpg Persiaran Majlis,
Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawang
www.mdkl.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MDKL adalah hasil gabungan 3 majlis tempatan iaitu :

  • Majlis Tempatan Sungai Jarom.
  • Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
  • Lembaga Bandaran Kuala Langat.

Kawasan Pentadbiran MDKL

Keluasan Kawasan Pentadbiran

  • Awal penubuhan 3.7 batu persegi(9.6 km).
  • 2001 bertambah kepada 62.294 km persegi.
  • 2006 bertambah kepada 857.70 km persegi termasuk 3 batu nautika.

Jumlah Pegangan

  • Pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30,000.
  • Dari pelbagai jenis seperti Pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian & pertanian.
Tahun Jumlah Penduduk
1991 46,588
2001 97,405
2011 272,893

Misi, Visi & Objektif[sunting | sunting sumber]

Misi

  • Merakyatkan Perkhidmatan Perbandaran yang cekap seiring dengan perkembangan teknologi menerusi pembangunan secara saksama dan bertanggungjawab melalui tadbir urus yang inovatif untuk kesejahteraan rakyat

Visi

  • Kuala Langat perbandaran maju, dinamik, lestari dan terbilang menjelang tahun 2020.

Objektif

  1. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
  2. Memperkukuh dan memantapkan kecekapan pengurusan kewangan bagi meningkatkan sumber hasil MDKL.
  3. Memantapkan pengurusan perkhidmatan perbandaran untuk kesejahteraan rakyat.
  4. Memperkasa tadbir urus MDKL teknologi semasa.
  5. Mempergiatkan pembangunan fizikal bandar yang mampan serta mengutamakan pemeliharaan alam semulajadi untuk kesejahteraan sosio ekonomi warga Kuala Langat.
  6. Memantapkan pembangunan sosial untuk memelihara kehormanian dan kesejahteraan rakyat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]