Majlis Perbandaran Kuala Langat
Majlis Perbandaran Kuala Langat مجليس دايره كوالا لاڠت | |
---|---|
MPKL | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua (YDP) | Dato Amirul Azizan bin Dato' Seri Abdul Rahim, D.I.M.P. |
Moto | |
Kuala Langat Indah, Harmoni dan Bestari | |
Tempat persidangan | |
![]() Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
sunting ![]() |
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat berpusat di bandar Banting mukim Jugra.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Ditubuhkan Majlis Daerah Kuala Langat pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MPKL adalah hasil gabungan 3 majlis tempatan iaitu :
- Majlis Tempatan Sungai Jarom.
- Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
- Lembaga Bandaran Kuala Langat.
- Sanitary Board.
Keluasan Kawasan Pentadbiran
- Awal penubuhan 3.7 batu persegi(9.6 km).
- 2001 bertambah kepada 62.294 km persegi.
- 2006 bertambah kepada 857.70 km persegi termasuk 3 batu nautika.
Jumlah Pegangan
- Pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30,000.
- Dari pelbagai jenis seperti Pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian & pertanian.
Tahun | Jumlah Penduduk |
---|---|
1991 | 46,588 |
2001 | 97,405 |
2011 | 272,893 |
Pada 1 Mac 2020, Majlis Daerah telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Kuala Langat yang merangkumi seluruh daerah Kuala Langat.[1]
Misi, Visi & Objektif[sunting | sunting sumber]
Misi
- Merakyatkan Perkhidmatan Perbandaran yang cekap seiring dengan perkembangan teknologi menerusi pembangunan secara saksama dan bertanggungjawab melalui tadbir urus yang inovatif untuk kesejahteraan rakyat
Visi
- Kuala Langat perbandaran maju, dinamik, lestari dan terbilang menjelang tahun 2020.
Objektif
- Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
- Memperkukuh dan memantapkan kecekapan pengurusan kewangan bagi meningkatkan sumber hasil MPKL.
- Memantapkan pengurusan perkhidmatan perbandaran untuk kesejahteraan rakyat.
- Memperkasa tadbir urus MPKL teknologi semasa.
- Mempergiatkan pembangunan fizikal bandar yang mampan serta mengutamakan pemeliharaan alam semulajadi untuk kesejahteraan sosio ekonomi warga Kuala Langat.
- Memantapkan pembangunan sosial untuk memelihara kehormanian dan kesejahteraan rakyat.
Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]
Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]
- Ahli Parlimen Kuala Langat
- YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
- Ahli Parlimen Sepang
- YB Puan Aiman Athirah
Ahli Dewan Negeri (ADN)[sunting | sunting sumber]
- ADN Sijangkang
- YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
- ADN Banting
- YB Tuan Papparaidu Veraman
- ADN Morib
- YB Tuan Rosnizan Ahmad
- ADN Tanjong Sepat
- YB Tuan Borhan Aman Shah
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- "Majlis Daerah Kuala Langat jadi majlis perbandaran"- BH Online. (Byline:Norzamira Che Noh - September 10, 2020) [2]
- "MDKL berstatus perbandaran 1 Mac" - Selangor Kini. (Byline: Nadiah Zamlus, February 24, 2020)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Langat
- Portal Rasmi Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat Diarkibkan 2017-10-29 di Wayback Machine
- ^ Nadiah Zamlus (24 Februari 2020). "MDKL berstatus perbandaran 1 Mac". Selangor Kini. Dicapai pada 5 April 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Majlis Daerah Kuala Langat Jadi Majlis Perbandaran". www.google.com. Dicapai pada 2023-07-21.