Pergi ke kandungan

Makaw biru kuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Makaw biru-dan-kuning)

Makaw biru-dan-kuning
Di Taman Burung Jurong
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
A. ararauna
Nama binomial
Ara ararauna
(Linnaeus, 1758)
  Taburan populasi Makaw biru-dan-kuning

Makaw biru kuning (Ara ararauna), juga dikenali sebagai makaw kuning dan biru atau makaw biru dan emas, adalah satu anggota dalam kumpulan besar parrot Neotropika yang dikenali sebagai makaw. Ia membiak di dalam hutan (walaupun tertumpu di hutan paya air tawar, ia juga membiak di kawasan terbuka di Terra Firme) dan hutan tropika di Amerika Selatan bermula di Trinidad dan Venezuela dan selatan ke Peru, Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Taburan populasinya juga menjangkau sedikit ke Amerika Tengah, iaitu di Panama. Makaw ini merupakan spesies terancam di Trinidad, dan hampir-hampir pupus dari Paraguay, tetapi masih biasa ditemui dan didapati di sebahagian besar Amerika Selatan. Terdapat juga populasi yang membiak di Kaunti Miami-Dade, Amerika Syarikat.[1] Oleh itu, ia disenaraikan sebagai Sedikit Bimbang oleh BirdLife International.

Perincian

[sunting | sunting sumber]
Seekor burung di Taman Burung Jurong

Makaw ini boleh membesar sehingga 76 hingga 86 cm (30 hingga 34 in) panjang dan seberat 2.7kg hingga 3.9kg(2.9 to 8.5 paun). Warnanya terang dengan warna biru di sayap dan ekor, pipi berwarna biru tua, berwarna emas di bahagian bawah badan, dan berdahi hijau. Paruhnya berwarna hitam, dan sangat kuat untuk memecahkan kekacang. Mukanya yang berwarna putih akan bertukar menjadi merah jambu apabila teruja, dengan garis-garis bulu berwarna hitam.

Terdapat sedikit perbezaan warna pada bulu pada burung yang berasal dari kawasan berlainan. Beberapa makaw ini memiliki warna oren yang lebih banyak terutamanya di bahagian dada. Ini boleh dilihat pada makaw yang berasal dari Trinidad dan kawasan Caribbean lain, dan berkemungkina atas faktor alam sekitar.[perlu rujukan] Makaw biru-dan-kuning menggunakan paruh kuatnya untuk memecahkan kulit kekacang dan juga digunakan untuk memancat atau bergantung di pokok.

Pembiakkan

[sunting | sunting sumber]
Ara ararauna

Secara umumnya makaw biru-dan-kuning berpasangan seumur hidup. Ia bertelur di dalam lubang pokok dan burung betina akan menelurkan dua hingga tiga biji telur. Burung betina akan mengeram telur kira-kira 28 hari dan anak burung akan meninggalkan sarang kira-kira 90 hari selepas menetas.[2]

  1. ^ Krishnan, Karunya. "Macaws on campus 'awesome' but noisy." The Miami Hurricane. 2009.
  2. ^ Alderton, David (2003). The Ultimate Encyclopedia of Caged and Aviary Birds. London, England: Hermes House. m/s. 235. ISBN 184309164X.
  • "Ara ararauna". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Doane, Bonnie Munro & Qualkinbush, Thomas (1994): My parrot, my friend : an owner's guide to parrot behavior. Howell Book House, New York. ISBN 0-87605-970-1
  • ffrench, Richard; O'Neill, John Patton & Eckelberry, Don R. (1991): A guide to the birds of Trinidad and Tobago (2nd edition). Comstock Publishing, Ithaca, N.Y.. ISBN 0-8014-9792-2
  • Hilty, Steven L. (2003): Birds of Venezuela. Christopher Helm, London. ISBN 0-7136-6418-5

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]