Makmal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Makmal biologi umumnya mempunyai peralatan dan tindak balas kimia.

Makmal[1][2] (Mal., Sin.) atau laboratorium[3] (khusus Ind.[4]) merupakan tempat penyelidikan ilmiah melibatkan percubaan eksperimen, pengukuran ataupun latihan. Makmal biasanya digunakan untuk membolehkannya melakukan kegiatan-kegiatan tersebut secara terkawal. Makmal ilmiah biasanya dibezakan mengikut bidang ilmu yang dikhususkan tamsilnya makmal fizik, makmal kimia, makmal biologi, makmal komputer, dan makmal bahasa.

Perkataan "makmal" itu merupakan pinjaman Bahasa Arab: مَعْمَل‎, translit. ma`māl,[2] ia merupakan kata nama tempat (ism makān, اسم مكان‎)[5] terbitan kata kerja َعَمِل `amila yang bermaksud "bekerja".[6] "Laboratorium" yang khusus dipakai baku Indonesia[4] pula serapan bahasa Latin melalui bahasa Belanda - ia datang daripada akar labōrō, "saya bekerja".[7]

Teknik[sunting | sunting sumber]

Teknik di sini merujuk kepada turutan prosedur yang digunakan pada ilmu alam seperti kimia, biologi, fisika untuk melakukan percubaan, semuanya mengikuti kaedah atau metode saintifik . Sementara beberapa di antaranya melibatkan penggunaan peralatan makmal yang kompleks dari peralatan gelas laboratorium hingga alat elektronikk, dan peralatan lainnya yang memerlukan pasokan yang lebih spesifik atau lebih mahal.

Alatan dan kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Terdapat berbagai-bagai kelengkapan dan peralatan yang digunakan oleh saintissemasa bekerja dalam makmal:

Peralatan klasik mencakup peralatan seperti penunu Bunsen dan mikroskop serta kelengkapan khusus seperti ruang pendingin operan, spektrofotometer dan kalorimeter.

Makmal kimia
Makmal biologi molekul + sains hayat

Peralatan laboratorium umumnya digunakan untuk melakukan percubaan atau pengukuran dan mengumpulkan data. Peralatan yang lebih besar atau lebih canggih umumnya disebut instrumen ilmiah. Baik peralatan laboratorium dan instrumen ilmiah semakin banyak dirancang dan digunakan bersama dengan prinsip perangkat keras terbuka.[8][9]

Makmal fizik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ makmal. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.Selenggaraan CS1: tarikh dan tahun (link)
  2. ^ a b "makmal". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  3. ^ laboratorium. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.Selenggaraan CS1: tarikh dan tahun (link)
  4. ^ a b "laboratorium". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  5. ^ Makmur Haji Harun, Muhammad Bukhari Lubis (2015). ANALISIS PENGGUNAAN SERAPAN BAHASA ARAB DALAM BAHASA INDONESIA DAN MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI: Satu Kajian Awal". Tanjung Malim, Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  6. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 257. ISBN 967-65-7321-3.
  7. ^ Rujuk perbandingan dengan kognat bahasa Inggeris "laboratory" di Online Etymology Dictionary
  8. ^ Pearce, J.M., 2014. Laboratory equipment: Cut costs with open-source hardware. Nature 505, 618. doi:10.1038/505618d
  9. ^ Baden, T., Chagas, A. M., Gage, G., Marzullo, T., Prieto-Godino, L. L., & Euler, T. (2015). Open Labware: 3-D Printing Your Own Lab Equipment. PLOS Biology, 13(3). DOI: 10.1371/journal.pbio.1002086 http://journals.plos.org/plosbiology/article?id=10.1371/journal.pbio.1002086

Lihat juga[sunting | sunting sumber]